Disable Copy

Aug 24, 2011

Minggu Depan Dah Raya...

Tapi...persiapan raya langsung takde. Baju, tudung, kasut, kuih semuanya tak beli lagi. At least nak la baju raya selai. Kalau pakai baju lama mak pak aku plak sedih tengok anak dah kerja nak beli baju raya pun tak mampu sob3...

Kuih2 tu bukan aku nak sangat pun. Saja buat suka2 penuhkan meja. Mak aku dah tak larat nak buat kuih2 ni. Dulu masa anak2 semua kecik mak aku rajin la buat. Nak bagi anak sonok nak raya katanya. Baru la meriah ada kuih raya. Takpe la, kuih moden selalu aku beli. Yang klasik2 selalunya akak aku borong dari kampung. Aku kat hutan batu susah sket nak cari kuih2 lama yang sedap.


Credit pic: Pak Cik Google

En AA...Bila kita nak keluar cari barang raya ni T_____T

Aug 23, 2011

Cari Barang

Adoi..pening kepala kerja kena cari harga barang, cari barang, cari supplier, cari vendor. Setiap tender yang masuk barang selalu tak sama. So kena la cari lagi vendor, supplier, harga, dengan barang tu semua. Dah la susah bila berurusan dengan orang ni. Mulut kena manis. Aku pulak jenis cakap takde lentok liuk macam tanam tebu di pinggir bibir. (T___________T)

Bukannya apa. Nak cari barang ni kena la baik dengan owner dia, takpun staf dia. Aku pulak baru je masuk bidang ni. Nak kena call2 orang nak tebalkan muka tanya macam2. Sebab takde dalam job description pun. Kalau tau kena nak call2 orang, nak jawab2 call memang la aku tolak. Sebabnya aku memang tak suka kerja yang kena berurusan dengan orang secara direct. Aku tak suka kerja ada kena mengena dengan telefon. Tapi kalau Telekom aku suka je (",). Menci nak marah atau kena marah. Menci nak pura2 baik pura2 sopan pura2 soft spoken.

En AA..tolong la carikan keje lain. Ai ni pemalu nak cakap dengan orang kat telefon atau nak jumpa orang. 

Aug 19, 2011

Kenapa Dia Dapat Lebih...

Memang kadang2 kita akan rasa jeles dengan apa yang orang ada. Bukan tak bersyukur, tapi biasa la apa orang ada kita pun nak ada jugak. Apa yang orang dapat kita pun nak jugak. Semua nak macam orang. Sebab tu Allah uji kita dengan pelbagai ujian. Kalau sama je semua belum jadi apa-apa dah tau apa nak buat kan. Macam jugak rezki. Semua orang ada rezki masing2. Mesti la tak sama kan. Jadi belajarlah bersyukur.

*Aku tengah nasihatkan diri sendiri supaya tak menjeles dengan adik aku yang kabonya mendapat gaji yang lebih tinggi daripada aku. Takpe la ada hikmahnya kan. Kalau dia susah je duit aku jugak dia akan pow kan. Aku nak membantu memang tak mampu. Itulah yang tersirat disebalik apa yang berlaku. Walaupun aku agak jeles (T_______T)

Aug 12, 2011

Sakit Tekak

Adoi...Dah la bulan pose. Tekak sakit plak. Kalau hari biasa sakit tekak + selsema aku makin 3x ganda. Konon2 nak kurangkan gatal2 kat tekak ni. Sekarang pose, camne nak makan. Dah la batuk2 lagi. Senak plak perut lagi. Makin tambah angin dalam perut. Adoyai...

Aug 10, 2011

Sempurna...

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku o
h sayang 

Engkau begitu sempurna
Sempurna...

Kau genggam tanganku 

Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
Tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku o
h sayang 

Engkau begitu sempurna
Sempurna..


* Biarlah buruk di mata orang tapi untuk diriku kau adalah yang terbaik

Sob..Sob...Sob...

Ni semalam punye cerita. Semalam kawan bos aku datang. Banyak la benda diorang borakkan. Dah riuh rendah kuatnya cakap macam sebatu jauhnya orang tu memang sah2 la aku boleh dengar.

Then bos aku tanya member dia anak dah berapa. Kawan dia kata nak masuk 4 dah. Mungkin bulan 12 tahun ni kot dapat yang nombor 4 tu. Dushhhh....Aku rasa macam kena karen je. Eh macam tu ke bunyi karen? Ah gasaklah. Sedih la katakan.

Macam dalam entry aku yang lepas kan aku cite kawan2 aku ramai dah ada 2-3 orang anak. Jeles la jugak. Tapi nak buat camne. Takde rezki. Kalau ada anak kan nak pakai banyak duit. Haruslah aku kumpul duit banyak2 dulu.

Sabarlah...

Aug 9, 2011

Ku Ingin Terbang Tinggi



Jauh sudah ku melangkah
Pelbagai halangan di redah
Demi nama mengejar cita yang diimpikan bersama
Dulu seiringnya bertiga
Kini haluanku berbeza
Namun rohaniku masih merasakan
Bimbingmu berkekalan

Bila dunia tak seindah
Bila langit tak secerah
Dan bila rebut melanda
Kau sinarkan segala
Walau tak di bibir tetapi di hati
Kita berdua
Bagaikan sepasang sayap
Untukku terbang tinggi

Usia telah mengubah kita
Kematangan dan pengalaman
Telah banyak mengajarku mendukung
Ertinya bersaudara
Tatkala ku berair mata
Kau ukir senyuman ceria
Menjanji esok pasti akan menanti
Hajat dalam hati

Tika ribut jadi riang
Tika namaku dihujan
Tak pernahku melupakan
Sebalik kejayaan
Walau tak dibibir tetapi di hati
Lidahku tak terucap
Sayangnya kurasai kita berdua
Bagaikan sepasang sayap
Untukku terbang tinggi