Disable Copy

Sep 26, 2011

Tak Mampu Nak Puaskan Hati Semua Orang...

Hmm..ada la jadi 1 kes. Tapi aku tak dapat nak penuhi hajat mereka. Nak buat camne. Bagi mereka mungkin aku hanya bagi alasan. Tapi mereka tak pernah tanya kenapa dan kenapa. Mereka taktau masalah aku dan apa kekurangan aku. Dan mereka tak pernah tanya kenapa. T_____T

Sep 23, 2011

Malam Di Pinggir Kota...

Minggu ni memang balik lewat. Dalam pukul 7 lebih baru balik. Dalam perjalanan balik tu tengok kiri kanan sibuknya macam siang je. Masing-masing baru nak balik rumah. Kenderaan masih berderet-deret walaupun dah pukul 8 lebih.

Tak dapat bayangkan kalau ada anak-anak kat rumah. Sangat terhad masa dengan anak-anak. Entah-entah masa kita jejak kaki ke rumah, anak semua dah tidur. Sedih la juga. Takut la anak-anak rasa kurang kasih sayang ke apa. Tapi hidup di kota macam tu la. Kena kerja keras sebab semua nak pakai duit T____T. 

Nikmat Hidup...

Erm..apa yang nikmat sangat tu. Apabila dapat membuang segala isi-isi perut yang tidak diperlukan lagi. Rasa macam keluar segala toksin-toksin punca penyakit. Rasa semua organ-organ dalam badan berfungsi dengan baik. Tiada kata lain melainkan Alhamdulillah...................

Sep 20, 2011

Arghhh...

Rasanya macam tengah super duper tension. Letih berurusan dengan orang. Kerenah pun lain-lain. Kalau boleh nak bekerja ikhlas kerana Allah sebab nak cari rezeki. Tapi serabut kepala otak mesti la ada kan. Bukan nak merungut tapi cuma nak melepaskan rasa je.

Kadang-kadang kita dah buat filing elok-elok untuk semua dokumen. Datang orang lain dia huru-harakan / kucar-kacirkan pulak yang kita dah susun elok-elok tu. Tapi bila diorang cari balik tak jumpa semua cari aku. Semua salahkan aku T______T bila takde apa yang diorang nak. Banyak benda nak uruskan bukan mengadap benda tu saja. Lagipun syarikat baru lagi sistem pun takde lagi. Sama-sama la kita urus benda yang kita handle tu dengan elok.

Pening, penat, kerja sendiri, kerja orang, nak monitor semua. Tangan dua je. Kalau macam sotong boleh la buat 10 benda satu masa. Nanti la sambung..............

Sep 9, 2011

Pecah Rahsia

Alamak...Rahsia kewujudan blog ni telah diketahui oleh En AA. Tension I tau. Nak mengumpat lebih-lebih pun dah tak boleh. Siap perli-perli pulak lagi apa yang aku taip. Orang tulis luahan hati je. Melepaskan tension sebab nak mengurangkan beban perasaan je.

En AA...Lepas baca tu senyap-senyap sudah la. Lepas ni nak tulis macam-macam la kat blog. Letak wish list sekali. Dengan harapan dia tau apa aku nak kan. Tulis nak ferrari sebijik agak-agak dapat tak? Aku rasa dapat penampo je kot mintak yang bukan-bukan =) Sebab blog ni masih private, kita dua orang je la yang tau ye En AA.