Disable Copy

Nov 30, 2011

Apa Nak Buat


Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT



Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"



Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN



Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR



Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free



Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"



Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati..^^,

*Kredit: http://adawiyahakbar.blogspot.com

Nov 24, 2011

Manusia Yang Bikin Otakku Pusing

Sebagai pekerja di sebuah syarikat, memang la aku kena ikut arahan orang atasan. Takkan nak memandai buat keputusan sendiri kan. Lingkup syarikat ni aku jugak yang kena bawak diri.

Yang buat aku pening adalah orang-orang yang bagi arahan pada aku. Dulu aku cari barang aku ikut sepenuhnya cpec yang client nak. Then bila tak dapat bos suruh cari yang nak dekat-dekat sama pun takpe. Bila aku cari barang spec yang nak dekat-dekat sama bos kata kena la ikut spec client. Nanti diorang marah/reject. Pulak dah (T____________T)

Masalahnya tanggungjawab tu pada aku kan. Tak tau nak ikut mana satu. Sama jugak dengan supplier. Projek baru ni aku amik yang boleh bagi harga rendah pada kami tapi lambat sikit boleh dapat. Ada lagi satu syarikat harga mahal sikit tapi boleh dapat cepat. Bila propose kat bos mesti la dia nak yang murah kan. Boleh untung banyak. Tapi bila client lambat dapat aku pulak yang kena marah kenapa tak amik supplier lagi satu. Padahal bos aku yang suruh amik kat supplier yang bagi murah ni =(



*En AA bila plan kita nak jadi ni...???


Nov 23, 2011

Seluar Ketat

Ishhh...Seluar jeans aku dah makin ketat dan sendat pulak. Selama ni kalau pakai longgar kemain. Pakai tali pinggang pun masih muat lagi penumbuk aku nak seluk pinggang seluar.

Tapi sekarang, nak kancing seluar pun agak seksa sudah. Belt aku tak pakai pun takpe. Tak londeh macam dulu. Adakah aku semakin gemuk? Arghhh...tak suka tak suka tak suka.

Padahal aku sekarang dah kurang makan. Setengah pinggan pun seksa nak telan. Stress barangkali. Dulu kalau makan 2 pinggan adalah wajib. Boleh pulak berat maintain 42. Bila kurang makan berat makin naik pulak. 

Nov 22, 2011

Finally...

Uishh...Berdebar jugak nak publish blog ni. Takut jugak En AA mengamuk. Tapi aku publish saja nak bagi dia baca apa yang tersirat kat hati aku ni. Bukan semua benda boleh diluah dengan kata-kata. Takut jadi kudis merebak ke nanah langsung jadi penyakit yang lebih kronik. Tapi yang sensitif2 aku nak convert to draft saja. Yang sesuai untuk bacaan umum je aku publish.


Aku memang tengah cuak sebenarnya dengan respon En AA (-_-)

Anjakan Paradigma

Huishh...Tajuk macam serius dan isu berat je. Tapi memang berat. Sangat2 berat. Berat demi hidup aku dan masa depan aku. Memandangkan aku tiada pekerjaan tetap, haruslah aku standby dengan benda lain untuk menyara diri. Yela pencen nan ado kan. KWSP pun takde. Semua kerja setakat kontrak je. Tiada caruman ke arah itu. Jadi sekarang kena la perah otak dan keringat dengan tugas baru. Akan diceritakan lain kali. Semuanya masih dalam proses. Perlu juga aku lakukan sesuatu untuk hari tua. Sapa lagi nak tolong diri ini kalau bukan diri sendiri.



Kredit: Pak Cik Google

* Tapi aku rasa work smart also can kill me (kalau refer en kura2 dia atas la =P)
* Usaha + Doa + Tawakkal
* Hanya Allah yang tau apa yang terbaik untuk aku

Tukar Template Lagi

Ni entah kali ke berapa aku dok godek2 template blog konon2 nak bagi nampak lawa + gempak. Bila dah edit2 tu rasa rimas pulak dengan bunga2an dan segala macam warna yang bercampur aduk. Dah la blog ni tempat luah perasaan. Jadi stress pulak. At last aku letak hitam putih je. Sesuci fikiran aku (cet). Saja nak bagi rasa damai dan tenang dengan warna putih.

Nov 21, 2011

Stress To The Max

Entah la..sejak akhir2 ni memanjang rasa tension. Fade up, give up, stress, bla3. Malas nak kata apa bila tengah marah ni.