Disable Copy

Aug 28, 2012

Termengintai Orang Itu

Sebab ngantuk sesangat aku cari la bahan bacaan kat internet ni tadi. Kerja-kerja yang dibuat macam ribut tadi semua dah hantar. Jadi nak merehatkan minda la kejap (KONONNYE). Tiba-tiba terbukak page kawan lama. Memang lama sangat pun kenal dia tapi ada la dekat 10 tahun tak jumpa (KAWAN SEKOLAH LER).

Entah kenapa tiba-tiba terasa jeles (SIKIT JE LA). Padahal takde hujung pangkal pun nak jeles dengan dia. Dia apatah lagi langsung takde dosa dengan aku. Istighfar aku banyak-banyak. Setiap orang ada rezki masing-masing. Rezki tu macam-macam. Duit banyak rezki kerja hebat rezki kahwin cepat rezki, dapat zuriat rezki, kereta beso rezki. Tapi jangan la lupa sihat dan hati yang tenang juga rezki. Betapa aku mendongak ke langit sampai tak perasan tanah mana yang aku pijak. 


Astaghfirullah.............kenapa harus aku berkeluh-kesah tak dapat mencapai bintang di langit sedangkan kat depan aku bertaburan intan permata. 

Hidup aku sekarang mungkin begini:

Mungkin akan terduduk, tergolek, atau tersungkur dalam meniti hidup seperti ini:

Tapi aku mesti bangkit dan teguh berdiri dalam menempuh badai berduri ni:

Dalam perjalanan, mungkin akan mendapat teman/pasangan/musuh seperti ini (ambil kesempatan atau ikhlas dalam sama-sama berjuang hanya dia yang tahu):

Melihat kehidupan yang luas terbentang. Termenung nak pilih jalan mana nak dilalui:

Oh, mungkin sudah ternampak ini. Terasa bernafas kembali =)

Di seberang pokok nun jauh kelihatan seperti ini =)):

Dan mungkin juga ini =))):

***Allahu Akbar Tuhan Sekalian Alam. Nikmat mana yang harus kudustakan. Sungguh indah aturanMu***


Standby Mode...

Entah apa-apa je nak standby bagai. Macam kan keje doktor je keje sampai 36 jam. Ye...aku belum tidur lagi sejak semalam. Gara-gara nak kejar dateline kerja. Yang owner project pun 1 hal. Ada ke patut naik je cuti raya dah nak kena submit semua. Sah-sah la ramai yang cuti. Mana sempat nak siap kalau kena hantar lepas je cuti raya. Cuti raya ofkos la sebenar-benarnya cuti. Mana ada nak bukak pc ke laptop ke nak cek email bagai. Kalau pakai android ke smartphone sekalipun confirm takkan cek punya hal-hal kerja masa cuti raya.

Kalau ikut hati memang nak balik awal sikit. Tapi nak buat macam mana. Ada majlis kat rumah kampung. Bukan rumah orang, rumah keluarga sendiri jugak. Kalau tak nampak muka kang orang bunyik pulak. Tunjuk la jugak batang hidung yang tak mancung ni depan orang. Tak nampak jugak siap la kome. Sudahnya sekarang rasa mata ni dah macam panda je. Tak yah nak sorong bantal, baring atas lengan je pun boleh terus hanyut ke alam lain terus. Mengantuksssssssss.

Aug 10, 2012

Raya 2012M/1433H

Nak balik kampung ke tak. Nak balik kampung ke tak. Nak balik tapi sedih =( Tak balik pun sedih jugak =(

Kepada yang nak kata macam-macam ke bukan-bukan tentang aku takpe la. Kalau nak tambah dosa walau hari raya suka hati korang la.

"Nikmatilah 'kemudahan' memilih apa yang baik selagi masih dalam batasan tanpa perlu terikat dengan 'kesukaan' orang yang pelbagai. Jika mereka tetap ingin melabel dan mengumpat, tersenyumlah."

"Sedih itu fitrah tapi usah bersedih-sedih. Di akhirat nanti, kita perlukan mereka untuk memikul dosa kita. Kita juga boleh mengikis pahala mereka. Indah, bukan? Moga Allah sudi ampunkan kita dan mereka."

Terima kasih buat Ustazah Fatimah Syarha . Penulisan ustazah buat jiwa saya tenang kembali. Nak baca blog beliau ada di sini.

Aug 3, 2012

My New Baby

Uhuk2...

My sis baru je dapat baby 1/8 hari tu. Anak ke-4 tapi baby girl dia yang pertama. Seronok sangat le dia dah lama tunggu nak dapat anak dara kan. 3 orang hero tu pun dah besar. Dah pandai bawa diri. Tiada istilah jealous kot. Sayang lagi ada agaknya. Adik bongsu perempuan kan.

My ofismate pun baru je dapat baby tapi baru anak sulung. Mesti la dia happy sesangat kan.

Ok...tumpang happy je la. Malas nak cakap lebih2. Tapi bila diorang tanya bila pulak my turn? Ya Allah...boleh tak aku jawab dengan air mata je (T________T) Entah la...sama ada diorang memang tak sensitif dengan perasaan orang lain ataupun diorang teringin sesangat nak tengok anak aku.


Kredit: Nina Chan

* SPEECHLESS - aku langsung taktau nak jawab apa bila orang tanya. AKU BUKAN TUHAN.