Disable Copy

Jul 25, 2011

Bliss Yogurt Drink


Pernah dengar tak nama tu..??? Ok kalau tak tau meh sini aku tunjuk sikit.
Aku memang suka semua benda2 yang menyihatkan ni. Tak kira la susu ke yogurt ke oat ke semua aku suka.
Biasanya perut aku takde masalah. Setiap pagi mesti beri. Tapi minggu lepas 2-3 hari macam susah je nak keluar. Aku mula la tak senang duduk. Bukannya apa kalau aku tak buang perut ni macam keras je. Macam boleh pegang je buah pinggang dengan usus ni. boleh rasa guna tangan.
Kebetulan keluar dengan En AA pergi beli barang dapur. Aku beli la benda ni. Lepas beli nak balik naik kete aku terus teguk. Sebab En AA tengah kehausan aku bagi la dia sikit.
Nak tau dia kata apa..???
En AA: Cuba tengok kat botol tu dah expired ke air tu…???
Aku mula la banyak ? kat kepala.
Aku: Aku belek botol then kata lambat lagi la. Boleh simpan dalam fridge lagi setengah tahun kot.
En AA: Nape rasa dia masam? Macam dah basi je………….
Aku: Dah nama pun yogurt memang la masam……….
En AA: Nape tak bagi tau awal2 ni yogurt drink…???
Aku: Budak kecik pun tau la Bliss ni yogurt drink. Baik untuk kesihatan.
En AA: Eee…nape benda macam ni pun nak minum..??
Aku: It is good for my health OK…Dah jom balik….
Malas nak layan nanti aku pulak yang hot. Lelaki memang taknak jaga diri @ malas nak jaga kesihatan.

Yeay..1st Time Menang Hadiah Kuiz TV


Biar la kalau orang nak kata aku jakun ke hape. Tapi minggu lepas aku gatal2 tangan masuk kuiz kt TV. Soalan senang sangat. Rasa nak hantuk kepala kat dinding kalau tak dapat jawab. Tapi bila soalan senang mesti banyak saingan kan. Jadi aku pun berhempas-pulas perah kepala otak aku yang dah mula nak karat ni. Setelah merasakan aku punya cadangan tu adalah bagus (perasan !) aku pun hantar la.
Nak tau…aku punya terpacak la depan TV hari ahad tu. Walaupun badan lemah longlai akibat pose kononnye, tapi tabahkan je la. Bila keluar je nama aku kat TV tu sebagai pemenang minggu tu, apa lagi melompat la aku. Kali pertama aku masuk kuiz menang pulak..alhamdulilllah. Penat konon2 pose tu pun hilang (gedik).
Nak tau tak hadiah dia apa..jeng3……
Selagi belum dapat aku rasa memang tak lena la tidurku…TQ Dell..tak lupa juga kepada program TV itu..I LOVE PRESENTSSSSSSSS………..

Jun 30, 2011

“Don’t Point Your Finger At Me!”


menyampah betul bila orang tuding jari pada kita untuk kesalahan yang dia buat..hello u yang buat task tu, u yang berurusan dengan orang tu..u yang handle semua dokumen..u yang buat filing..so kenapa bila nak cari dokumen tu u tanya i..siap blame i lagi..konon i tak reti buat kerja..i letak merata2..hello dokumen yang i filing pun u sepah2kan..u dah ambik tak reti nak letak balik elok2 macam asal i buat..inikan pulak semua dokumen yang berkaitan dengan u..WTH..
wait and see…

Jun 17, 2011

Seronok Ke Gayut Kat Telefon..???


Tengok tajuk ngada-ngada kan. Secara jujurnya dulu rasa seronok la, zaman budak-budak zaman remaja. Masa tu kalau ada orang nak cakap dengan kita kat telefon rasa riak bangga semua ada. Lepas tu bila dah mampu ada handphone sendiri pun sama. Excited kan dengan telefon baru. Guna duit sendiri lagi. Memang 24 jam rasa nak melekat je dengan telefon tu. Bila dah ada buah hati pengarang jantung lagi la taknak lepas. Walau jauh di mata tapi dekat di hati kan.

Tapi tu dulu. Cuba tengok sekarang. Telefon bunyi kemain liat nak jawab. Tak kisah la telefon rumah ke handphone ke memang malas nak jawab. Rasa bingit je telinga ni. Lagi-lagi untuk kerja. Perghh…rasa hangin je 1 badan, rasa naik je darah, terutamanya bila nak call orang. Nak kena tanya itu ini. Nak promote barang, nak tanya bila nak reply email/fax, nak suruh bayar hutang lagi la. Kadang rasa nak pekik je kat telefon tu. Geram sesangat. Kadang-kadang kita hati panas pun cakap elok je boleh pulak orang tu jawab punyalah action. Bahasa melayu dia apa ek, erm macam kerek, macam berlagak, macam bagus, dan segala macam lagi la. Entah-entah yang jawab tu kuli je tapi jawab kalah bos.

So sekarang: I am not addicted with phone, try to avoid that kind of alien. >______<

Jun 14, 2011

Yang Lebih Indah Daripada Cinta…


Telah ku katakan sebelumnya, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Dan itulah juga ungkapan yang kerap diulang-ulang oleh mereka yang arif tentang cinta. Ramai yang kurang bersetuju dengan kata-kata ini. Masakan begitu, detik hati kita.
Teringat kembali detik mengetahui cinta kita telah diterima oleh si dia… Ah, gembiranya saat itu. Dunia ini seakan tersenyum. Bulan, mentari dan bintang seakan turut bersama kita meraikan detik yang sangat indah itu. Bukankah dicintai lebih utama daripada dipercayai? Hati kita berkata-kata.
Musim berlalu. Alam rumah tangga yang kita bina bersamanya menongkah arus ujian. Pelbagai suka duka, pahit manis diharungi bersama. Kata orang, semakin tinggi pokok yang kita panjat, semakin kuat pula angin yang menggoyang. Maksudnya, semakin tinggi puncak kehidupan ini kita daki maka semakin banyak dan hebat ujian yang menggugah hati. Warna sebenar (true colours) kita dan pasangan kita akan terserlah. Pada ketika itu segala yang pahit, masam, busuk akan terserlah…
Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggung jawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. “Perasaan” adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat buruk. Justeru, jika ingin selamat, pastikan perasaan “bekerja” untuk kita, bukan sebaliknya.
Akan tiba masanya, sesuatu yang kita lihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika kita hanya bergantung kepada perasaan, cinta kita akan tercalar. Pada ketika itu cinta memerlukan tanggung jawab dan tanggung jawab menuntut satu kepercayaan. Ketika cinta mula goyah di pentas rumah tangga, tanggung jawab akan datang menyelamatkan “pertunjukan” dengan peranan yang lebih berkesan.
Cuba bayangkan, ketika isterimu hamil, muntah-muntah, rambut kusut dan badannya tidak terjaga lagi kerana menanggung derita tempoh mengandung, ketika mulutnya mula becok mengasuh dan mengelolakan anak yang berderet selang setahun, atau ketika suamimu termenung memikirkan belanjawan rumah yang semakin meningkat atau keceriaannya semakin menurun gara-gara sibuk mengejar tugasan yang bertali arus… Bagaimana? Masih berserikah wajah si dia seperti yang kita lihat pada malam pertama?
Atau lebih menguji lagi apabila umur perkahwinan semakin lanjut dan kita sudah mencecah usia senja. Pada saat itu darah tinggi, diabetes, tahap kolesterol, obesiti dan malam-macam penyakit mula bertamu. Mungkin kita selamat, isteri pula yang menghidapnya. Bagaimana? Sanggupkah kita menjaganya dengan setia? Membawanya ke hospital memenuhi rutin rawatan, memastikan segala ubat-ubat dimakannya menepati jadual, atau lebih “ekstrem” lagi terpaksa menyuap makan-minumnya ketika dia sudah terbaring kesakitan serta menukar kain lampin kerana dia sudah tidak mampu mengurus diri?
Cinta memang hebat, tetapi ia tidak dapat menandingi tanggung-jawab. Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tangung jawab. Cinta itu untuk memberi bukan untuk menerima. Lafaz, “aku terima nikah,” oleh kita sebagai suami musim lalu bukan bererti kita menerima sebaliknya untuk memberi. Kita memikul tanggung jawab untuk memberi kasih-sayang, perhatian, pembelaan, didikan dan segalanya…
Walaupun begitu bagi si isteri… penerimaan mu sebagai pasangan hidupnya bukan ertinya untuk kau menerima tetapi untuk memberi – memberi kesetiaan, kepatuhan, pembelaan dan seluruh jiwa raga mu untuknya. Kau telah membuat satu aku janji yang paling suci dan tinggi dalam hidup mu, bukan untuk seseketika tetapi untuk selama-lamanya. Bukan hanya ketika suami mu bertubuh kekar, tetapi sehinggalah dia terlantar. Bukan hanya ketika rambutnya hitam tersisir rapi, tetapi hingga rambutnya putih dan mungkin tidak tumbuh-tumbuh lagi!
Itu baru ujian luaran. Belum lagi ujian dalaman yang berbentuk cemburu, jemu, marah, curiga dan lain-lain “virus” perhubungan. Berapa banyak hubungan yang terputus atau tinggal nyawa-nyawa ikan kerana hilangnya kepercayaan. “Aku cintakannya, tetapi aku curiga apakah dia setia dengan ku?” “Tergodakah dia bila di belakangku?” Itulah contoh dialog hati yang merasuk bila ada cinta tetapi kurang ada percaya. Fobia dan trauma ini sering melanda rumah tangga. Ia akan menyebabkan hilang bahagia.
Pernah anda lihat si suami yang “diganggu” panggilan telefon oleh isterinya setiap selang 15 minit sekali? Aduh rimasnya. Betulkah itu kerana cinta atau kerana curiga. Pada hal cinta itu membebaskan bukan mengawal. Jika kita benar cintakan suami atau isteri, dan cinta itu ditunjangi oleh kepercayaan, kita tidak akan mengawalnya bahkan kita akan membebaskannya. Terbanglah ke mana kau suka, insya-Allah kau akan kembali jua. Justeru hati mu… tetap di sini, di hati ku!
Ada si suami yang curi-curi memeriksa “inbox” dan “sent” telefon bimbit isteri kalau-kalau ada SMS yang mencurigakan? Ada pula isteri yang menyelongkar setiap inci kereta suami takut-takut ada “kesan-kesan” tinggalan perempuan lain. Pernah saya dengar ada suami yang memusnahkan segala resit, bil, surat-surat kecil, dan apa jua dokumen-dokumen picisan dalam poket dan beg duitnya sebelum pulang ke rumah takut “disoal siasat” oleh isterinya?
“Ini bil makan, abang makan dengan siapa?” “Lain macam sahaja mesranya SMS ini, ada apa-apa ke ni?” “Eh, banyak yang abang beli ni. Tetapi kenapa nampak sedikit sahaja yang dibawa pulang ke rumah?”
Itulah soalan-soalan isteri yang menyebabkan suami terkial-kial menjawabnya. Pada suami semua itu remeh temeh, tetapi tidak pada isteri yang tidak percaya, semua itu boleh dijadikan modal “perang besar”. Kalau si suami disyaki ada di tempat yang tidak sepatutnya ada atau pada waktu yang tidak sesuai, siap sedialah menghadapi hukuman jika gagal memberikan “alibi”!
Itulah gara-gara sama ada isteri tidak mempercayai suami atau suami tidak mempercayai isteri atau kedua-duanya sudah saling tidak mempercayai! Bukan kerana tidak ada cinta tetapi kerana hadirnya sebuah curiga akibat hilang rasa percaya. Sebab itu mengikut kajian, penceraian banyak berlaku bukan sahaja pada pasangan yang sudah kehilangan cinta tetapi pada pasangan yang terlalu cinta.
Tidak percayakan seseorang disebabkan dua faktor. Pertama, kita belum benar-benar mengenalinya. Kedua, kerana kita telah benar-benar mengenalinya. Jika disebabkan faktor yang pertama, jalan terbaik ialah kenalilah pasangan anda dengan lebih mendalam. Berkenalan kali pertama dahulu (seawal usia perkahwinan) adalah untuk menumbuhkan bibit-bibit cinta. Tetapi perkenalan kali kedua, ketiga dan seterusnya yakni setelah usia perkahwinan meningkat adalah untuk menyuburkan bibit-bibit percaya. Adalah salah sekali kalau kita beranggapan yang kita telah kenal pasangan kita dan terus menghentikan proses perkenalan. Sedangkan proses perkenalan dalam rumah tangga adalah “on going” (berterusan) sifatnya.
Kenal itu sangat berkait dengan rasa cinta. Dan cinta sejati dalam sebuah rumah tangga adalah dibina atas perkenalan bukan sahaja dengan kebaikan pasangan kita tetapi juga dengan keburukannya. Ya, kita sanggup menerima bukan sahaja yang indah tetapi juga yang hodoh pada wajah batin pasangan kita. Keburukannya akan kita cuba sama-sama atasi dan jika tidak, kita terima seadanya kerana kita sedar kita berkahwin dengan manusia bukan malaikat.
Kita akan terus mempercayainya walau apa pun keadaan. Kita mengingatkan bila dia terlupa dan membantunya sewaktu dia ingat. Jangan sekali-kali hilang kepercayaan. Selagi kita bertekad meneruskan perkahwinan hingga ke akhir hayat, pupuklah kepercayaan. Kepercayaan itu akan melahirkan tanggung jawab dan tanggung jawab adalah oksigen cinta. Oksigen itulah yang akan memberi stamina kepada cinta untuk terus kembara dari dunia hingga ke syurga.
Jika anda bertanya bagaimana memupuk kepercayaan? Jawabnya, kembalilah kepada kepercayaan-kepercayaan yang asas dan teras. Apa lagi jika bukan Rukun Iman? Binalah semua jenis percaya di atas enam kepercayaan itu. Jika suami dan isteri percayakan Allah, dan sama-sama berpegang kepada kehendak-Nya, maka mereka akan saling mempercayai antara satu sama lain. Percayalah kepercayaan kepada Allah itu adalah simpulan yang mengikat kepercayaan sesama manusia.
Sebab itulah kepercayaan juga disebut sebagai akidah – ertinya simpulan. Simpulan yang mempertautkan segala kebaikan. Ya, kepercayaan kita kepada Allah akan menyebabkan pasangan kita mempercayai kita. “Ah, suami ku jauh. Tetapi aku percayakannya. Dia adalah mukmin yang teguh agama.” “Aduh lamanya kita berpisah. Namun isteri ku, iman akan menjaga mu…”
Bila hancur sebuah cinta bererti hancurlah satu kepercayaan. Bila hancur kepercayaan bererti hancurlah iman. Wahai suami, wahai isteri… sekali lagi ku tegaskan inilah oksigen cinta. Dan bagi semua yang masih belum mengenal cinta (antara lelaki dengan wanita), burulah sesuatu yang lebih indah daripada dicintai… itulah dipercayai!   Bukankah nabi Muhammad itu lebih dahulu mendapat gelar “Al Amin” (dipercayai) sebelum menemui srikandi cintanya Siti Khadijah?
Rasa terubat di hati masa baca artikel ni. Walaupun pasangan tidak memiliki ciri-ciri lelaki idaman tapi jauh di sudut hati bersyukur sebab dia bertanggungjawab dan tak kekok menolong di rumah…

Jun 10, 2011

Happy Bday To Me…Sweet 26


Walaa…dah 26 tahun umur aku rupanya. Takmo la nak kira umur lagi, bukan budak kecik asik nak kira umur je. Entah nape sekarang dah malas nak kira umur. Umur siblings pun dah malas nak kira. Aku takut tua ke T______________T
Patut aku happy sesangat hari ni kan. Tapi ada 1 perkara malam tadi yang buat aku sedih sesangat sampai la sekarang. What should I say…??? Only forgiven but not forgotten…

May 6, 2011

Doorgift & Bunga Telur

Hmm...lepas kerja nanti nak pergi cari doorgift pulak dengan bunga telur untuk kenduri my bro. Takde idea langsung la. Kat dalam kepala ni rasa nak bagi sapu tangan je. Tak pun kurma. Dalam fikiran aku kalau nak bagi orang bagi la benda yang boleh dimakan atau boleh guna. Dua-dua tadi ok la kot kan. Ni pun bajet dah dekat 1k. Mak aku mintak tolong sponsor. Si bakal pengantin senyap sunyi je. Takpe la demi bonda tercinta kuturuti jua.

Tadi godek-godek kat internet jumpa la kurma coklat ni dekat bake-and-deco.blogspot.com. Macam ok je aku tengok. Lagipun harga ok dan dekat bangi je. Senang nak ambil walaupun kenderaan aku 2 batang kaki ni je. Kesian kat aku kan. Redha je la.




Nak tunjuk bunga sapu tangan tu tapi internet slow pulak. Yang bentuk macam bunga ros macam gula-gula macam kek pun ada. Ok la jugak kot nak bagi itu. Cer tengok kat bawah tu. Nak tunjuk yang macam kek dengan bunga ntah mana plak hilangnya.



* Sedang bekira-kira dalam fikiran

May 5, 2011

Taknak Marah-Marah Lagi

Sebelum ni kan asyik emo je kalau tulis kat blog. Asyik nak marah je kan. Asyik nak tulis ketidakpuasan hati aku je kan. So sekarang aku kena tekad untuk kurangkan marah, kurangkan emo, kurangkan segala yang tak elok tu. Nanti nampak cepat tua pulak kan. Sekarang nak happy-happy selalu. Yeah..............

Apr 20, 2011

Sakit Lagi....

Nape ni...??? Rasa kepala penuh dengan angin + nak muntah je rasa. Pasal semalam la ni. Pintu utama ke toilet ada orang tak tutup rapat. Pastu ada orang gi beri. Bau dia buat aku macam nak uwek je. Bukan nak mengata tapi bau dia buat aku nak muntah. Bila sampai rumah pun macam terbau lagi = uwehk. Sampai sekarang aku rasa macam nak muntah. Kat hidung ni rasa ada bau muntah + benda yang orang selalu buang tu. OMG aku betul-betul pening. Rasa nak kuarkan semua isi-isi perut aku. Tak kisah la ikut atas ke bawah. Dengar memang macam geli tapi serius aku tak boleh tahan. Kepada orang-orang kat luar sana. Sila la flush toilet lepas guna. Ketikpekaan anda buat orang keliling rasa macam nak mati ok. Sekian.

Apr 19, 2011

Who Am I ???

There is a story behind every person...
There is a reason why they are the way they are...
They are not just like that because they want to...
Something in the past created them like that...
And sometimes it is impossible to fix them...
* MOOD === SAD (T______________T)

credit: kak jie (kujie2.com)