Disable Copy

Oct 25, 2011

Kawan Lama

Apa yang buat aku sedikit tak suka bila jumpa kawan lama:

1. Suka tanya apa perkembangan terbaru
2. Suka ungkit kisah lama

Aku bukannya nak lupa kawan lama ke apa. Tapi kalau nak tanya tu agak-agaklah sikit. Segala hal dia nak tau dari perihal perbadi isi dalam isi luar semua nak korek. Yang dulu-dulu kan cerita lama. Sekarang dah hidup dengan life masing-masing. Dulu mak ayah tanggung. Sekarang segalanya kena tanggung sendiri. Mesti la tak sama. Antara contoh yang boleh buat aku bernanah telinga nak dengar:


"Eh, kau dulu kan budak pandai. Takkan kerja macam ni je kot. Sia-sia je ijazah yang kau ada tu. Bodoh-bodoh aku ada juga kerja tetap."


"Eh, bodoh-bodoh aku pun walau selalu corot dalam kelas walau masuk kelas corot tetap dapat kerja tetap. Boleh je kerja gomen."


"Eh, aku kerja cikai-cikai pun dah boleh pakai kereta. Dah kawin ada anak lagi. Kau kereta tak ada, rumah tak ada, kawin pun belum, anak jauh sekali."


Kalau ikutkan ada banyak lagi. Tapi malas nak tulis perkara yang menyakitkan hati. Sebab aku kan manusia yang positif. Ceh ! Jadi aku ambil keputusan memang tak berhubung pun dengan kawan-kawan lama. Ada la jugak seorang dua tapi yang aku rasa baik dengan aku sajalah. Yang lain aku buat taktau saja. Bukan nak angkuh atau sombong tak kenal asal usul lupa orang yang mula-mula dengan kita. Tapi bagi mengelak sengketa adalah lebih baik aku berdiam diri saja.

Sebab tu la aku tak join facebook atau lain-lain laman sosial. Bukan nak putuskan silaturrahim yang terjalin. Tapi nak elak pergaduhan, busuk hati, iri hati, hasad dengki, juga sengketa. Semua aku nak buang jauh-jauh dari sanubari.

Tapi menyampah la juga sebab aku kan asal dari kampung. Memang akan mengadap juga la budak-budak sekolah dulu. Mana ada yang pindah. Keluarga masing-masing ada kat kampung lagi. Kalau berhijrah ke bandar sekalipun, hari raya tetap la balik sana kan. Haishhh...malas nak ambil pusing. Bikin runsing saja.


Biar la aku tak ramai kawan pun. Yang penting aku punya teman baik =)  Cuma yang aku tahu, aku akan buat baik dengan semua orang. Orang di pejabat, kawasan kejiranan, juga orang di sekeliling.

Oct 19, 2011

Tukang Kasut

Tak jauh dari ofis aku ni ada la sorang pak cik tukang kasut ni. Dulu dia dekat deret ofis belakang. Lepas kedai tu renovate dah langsung takde space untuk pak cik ni bukak tempat baiki kasut dia. So dia bukak pulak dekat dengan ofis aku ni. Kadang2 bila aku sampai ofis dia dah ada. Kadang2 belum ada. Kadang2 dia tengah sorong kotak kayu yang penuh la dengan peralatan baiki kasut dia. Lebih kurang macam gambar kat bawah ni la tempat baiki kasut pakcik tu.

Sumber: Pak Cik Google

Ada satu hari, aku sampai agak awal ke ofis. Nampak la pak cik ni tengah sorong kotak kayu tu. Ya Allah..tak tau la kenapa aku rasa sedih. Aku sedih sebab pak cik yang sudah tua tu masih perlu bekerja keras untuk menyara hidup. Terpaksa buang perasaan malu demi sesuap nasi. 

Semakin aku menginjak usia, semakin banyak perkara tentang hidup yang aku belajar. Sebab aku banyak sangat kekurangan jadi aku lebih pandang mereka yang kurang bernasib baik kalau nak dibandingkan dengan aku. Kalau tengok orang rumah besar, kereta besar, gaji besar atau segalanya yang lebih besar dan lebih hebat daripada aku, mesti rasa hati ni perit. 

Aku takut menjadi kufur dengan nikmat yang Allah beri. Aku dah taknak pandang dengan benda yang aku takde. Aku nak fokus dengan apa yang aku ada sekarang. Fizikal yang normal, akal yang waras, ada tempat tinggal, ada benda nak makan, ada kerja walaupun gaji tak seberapa, dikelilingi orang yang disayang dan menyanyangi aku juga.

Kalau nak diimbas kenangan lalu memang la perit. Tapi dengan pengalaman itu la aku menjadi kuat. Bukan fizikal yang gagah tetapi dari segi mental la yang lebih utama. Lepas belajar dulu memang la kerja. Tapi poket memang la selalu robek sebab gaji berapa sen la sangat. Sampai ada satu masa aku makan nasik dengan kicap, nasik dengan garam, dan paling kritikal makan bubur nasik cair yang langsung takde isi lain kat dalam. Sebab langsung takde duit nak beli beras. Kena jimat sangat dengan apa yang ada.

Serius masa ni hari2 aku menangis. Teringat zaman aku kecik2 dulu. Walaupun mak bapak aku orang susah setakat kerja kebun je, tapi tak pernah bagi kami adik-beradik makan bubur nasi semata. Kalau ada pun masa demam. Tu pun ada letak ayam la apa la lagi accessories kat bubur tu. Seingat aku kalau takde duit pun ada la lauk ikan masin ke, telur ke, ikan rebus ke. Masa tu aku tak perasan pun mak bapak aku ikat perut semata nak bagi anak makan. Segala sisa dengan tulang2 ikan la mak bapak aku makan buat lauk. Masa ni aku kecik lagi so tak fikir sangat. 

Tapi bila aku dah kerja dan masih belum punya tanggungan tapi terpaksa makan bubur nasik cair memang hati aku rasa hiba. Kalau mak bapak aku tau mesti diorang amat3 sedih sebab sepanjang aku bawah tanggungan diorang tak pernah pun makan bubur nasik semata. Sebab tu sekarang aku sangat la berat bab makan2 ni. Memang cuba sedaya upaya taknak membazir. Masak pun cukup2 je. Sebab aku tau macam mana nilai sebutir beras itu sangat berharga.

Tapi jangan lah kita pandang golongan ni sebelah mata saja. Aku pernah baca dalam surat khabar seorang ibu tunggal yang jadi tukang kasut semua 7 orang anaknya jadi insan berjaya. Bukan setakat ijazah atau sarjana muda, ada yang sampai doktor falsafah juga. Ada yang jadi pensyarah juga doktor. Tapi aku lupa nak cari kat mana nak link. Sebab dulu baca dalam surat khabar saja. Yang aku baca dalam iluvislam.com ni pun boleh membuka minda kita. Sila jangan pandang rendah golongan ini.

Oct 6, 2011

Bila Makan Melampau...

Nabi dah pesan kan berhenti makan sebelum kenyang. Aku pulak selagi tak habis kena makan makanan tu sampai habis. Sayang konon nak buang. Akibatnya sampai sekarang rasa nak muntah. Makan sate ayam sampai 20 cucuk. Padahal limit aku 15 cucuk je. Bila makan melampau jadi la perut sebu sampai rasa nak muntah je. Sekarang bau ayam dengan daging pun boleh buat aku muntah. Jimat duit aku telan je la ikin bilis hari2 sampai rasa loya ni hilang.


No more chicken !

Oct 3, 2011

Yeay...Cadanganku Disiarkan...

Dulu kan pernah cerita aku join kuiz kat TV yang hadiahnya notebook tu. Pengumuman menang tu bulan Julai kot. Semalam tengok kat TV cadangan aku dah disiarkan. Hehe...masa hantar cadangan tu bagi fungsinya sikit je (nasib la menang jugak). Masa keluar kat TV rupanya banyak lagi kebaikan benda tu. Bagusnya wartawan segmen tu. Buat research habis-habisan. Nak join lagi la macam2 pertandingan. Mana tau ada luck (",) Tapi selalu kalau lucky draw tak pernah lekat pun sob3 (T____T)