Disable Copy

Jan 30, 2012

Doa Yang Dilupakan (-.-)

Aku manusia biasa yang lemah lagi banyak kesilapan.

Sejak meningkat usia ni banyak fikir soal kehidupan je. Lepas sekolah menengah dah mula lalai. Yela masa kat asrama kan macam-macam program ilmiah bebentuk agama. Masa tu wajib pergi dan wajib dengar. Lepas sekolah dah jarang pergi majlis-majlis ilmu. Susah nak jumpa dan kalau ada aku yang tak cari kot. Yela semua nak ada geng nak ada teman. Bila kawan-kawan bukan ke arah situ aku pun hanyut sama.

Sekarang ni nak amalkan balik apa yang banyak aku tinggal. Solat tak sempurna. Baca pun kemain express rakyat je. Kadang-kadang takat baca al-fatihah je sebab nak cepat habis =( Aku tak pernah selidik maksud setiap ayat dalam solat kecuali surah al-fatihah. =(

Sebab teman-teman tak banyak ke arah ni aku kena la cari sendiri-sendiri ilmu ni. Internet pun dah banyak info kan pasal agama. Boleh klik je. Dengar ceramah online pun boleh. Ok sekarang nak muhasabah diri balik. Titik-titik hitam dalam hati perlu di padam. Mulai saat ni kena kais sikit-sikit dan cuba amalkan pelan-pelan.

Hari ni mula dengan bacaan antara 2 sujud. Kena la pelan-pelan kayuh. Dah berusia ni lambat pick up sikit.

                                                   

Sumber: Pak Cik Google


Selama ni aku tak dalami pun maksud ayat ni =( Dah umur 26 tahun baru nak tau. Tula selama nak cepat je kan baca. Entah lari maksud ke tak. Teruknya aku ni......(T________T)
   



















Jan 29, 2012

Bila Kuli Jadi Jutawan

Tadi ada tengok tv tentang kejayaan hidup orang. Mula-mula tak layan sangat siaran tv tu. Just pasang supaya rumah riuh sikit. Takde orang kat rumah kan so biar la bising sikit. Padahal mata aku mengadap lappy je. Tiba-tiba dengar ayat dia cakap:

"Walaupun kerja tapi hidup miskin gak. Dah alang-alang miskin baik saya buat apa yang saya suka buat. Takde la kecewa sangat walaupun miskin. Asalkan saya suka apa yang saya buat." (Ayat masa dia tengah give up!)


Ayat dia tu keluar masa dia mula kerja baru dia. Kerja sendiri je. Masa makan gaji pun hidup susah kan. So dia mula buat kerja sendiri tapi benda tu memang dia suka la. Dulu sekolah pun dia antara yang tercorot kan. Memang nak target jawatan tinggi dan besar tu agak rumit la.

Nak tau apa jadi dengan dia sekarang. Antara jutawan muda ok. Boleh bayangkan daripada budak kampung yang susah, asyik corot ke kat sekolah, asyik jadi kuli je masa kerja makan gaji tapi sekarang dah jadi jutawan. Jadi CEO syarikat sendiri dan pekerja dia entah berapa ramai sekarang. Ok orang camni memang aku tabik spring. Sebab dia berjaya bukan hasil warisan keluarga. Tapi dia mula dari bawah dengan modal RM 90 SAHAJA.

Tiba-tiba aku termotivasi tengok dia. Key point dia:

"Buat apa yang kita suka buat. Bila suka kita akan bersungguh-sungguh dan kurang tekanan."

Jan 28, 2012

Kenapa Dengan Pentipu Ni...!

Kadang-kadang bila aku teringat perkara yang buat aku sakit hati yang teramat sangat aku rasa macam nak tumbuk-tumbuk je orang tu, rasa nak bagi flying kick front kick gedebush-gedebush nak bagi dia penyek. Rasa geram sangat.


Dia ni budak sekolah aku dulu. Tapi aku tak berapa suka dia sebab suka sangat la nak menipu aku. Tak padan dengan perempuan asyik nak menipu 24 jam. Kenapa dia menipu ni sebab nak tutup kelemahan dia barangkali. Nak tunjuk kat orang dia la terbaik dan terhebat katanya.


Bila dah habis sekolah memang aku tak contact dia pun sebab malas nak layan. Tapi dia cari aku. Sebab sekampung aku layankan je la. Sampai satu tahap dia mula la buat cerita nak tunjuk kehebatan dia tu (kononnya!). Bila dah meningkat umur ni aku bukan la mudah untuk dikencing dan dipijaknya. Ada la argue sikit dengan dia.


Then apa jadi. Dia pergi cerita kat orang yang aku gitu gini. Dan orang tu dok merebakkan cerita tu umpama virus. Yang aku tak faham kenapa kawan-kawan aku yang lain tu boleh percaya bulat-bulat tanpa tanya aku sama apa puncanya. Mana boleh berat sebelah. Dengar cerita 1 pihak je. Bukan pernah contact aku pun. Dekat 10 tahun kot tak pernah jumpa, tak call, tak sms atau guna social media. Diorang ni pun dulu tak rapat dengan aku, tak kenal hati budi aku. Mana mungkin diorang kenal peribadi aku.


Aku rasa nak bagi kecoh je kat semua orang yang dia ni penipu. Eee...geram sampai rasa macam nak buat press conference. Geram jugak dengan si N terutamanya yang jadi batu api. Geram dengan si Z, D, T, F, L, E, M yang jadi petrol+kerosine. 


Aku mohon pada Allah agar tunjukkan kebenaran. Malas aku nak tunjuk hero dengan bawak parang segala nak buktikan aku benar. Hanya masa yang menentukan. Diam tak bermakna aku salah dan kalah. 



Jan 21, 2012

Balik Kampung

Balik kampung mestilah seronok kan. Boleh makan benda sedap banyak-banyak. Lepas perut ketat boleh terlentang depan TV. Heaven sungguh balik rumah sendiri kan.

Tapi ada jugak part yang tak best. Cukup tak suka dengan orang yang suka sangat bz body hal orang lain.


"Bila nak ada anak? Tak jeles ke tengok orang lain dah kelek anak? Umur dah lanjut taknak ada anak sendiri ke?" (Aku baru 26 ye)

"Tak teringin ke ada kete sendiri"


"Bila nak ada kerja tetap?" (Perli aku tak keje gomen ke)

"Taknak pindah rumah lain ke? Takkan nak dok kawasan rumah camtu?"

Banyak lagi soalan-soalan yang buat aku annoying. Kadang-kadang aku happy macam mana pun mesti aku sentap bila ada soalan-soalan camtu. Rasa terus nak pack baju zass balik KL. Menyampah dengan orang camni. Daripada hati aku sakit baik aku blah. Mata aku hujan. Hati aku banjir. T_______T

                                  

Mereka ni cakap macam la aku ada kuasa ajaib yang boleh ubah takdir dan nasib orang. Aku bukan tuhan. Aku jugak nak hidup macam orang lain. Ada kehidupan. Ada zuriat. Ada aset. Ada kerjaya yang kebabom. Siapa yang taknak. Cuba cakap ada ke manusia yang taknak hidup dia sempurna.

Jeles? Mesti la jeles tipu la tak rasa apa-apa. Lagi-lagi kalau orang-orang terdekat ada segalanya. Tapi takkan aku nak iri hati dan dengki pulak. Kalau rasa jeles tu menebal dalam hati aku akan lari jauh-jauh daripada orang. Menangis puas-puas. Sedih memang la sedih. Aku pandang orang miskin, pandang anak yatim. Pandang OKU. Betapa aku dapat lebih bila bandingkan dengan orang macam ni. Hidup perlu diteruskan. Perlu bersyukur dengan segala nikmat kurniaan yang Allah bagi.

Aku hanya mampu berusaha dan berdoa. Selebihnya aku serahkan kepada Allah.




Jan 11, 2012

2012 - Tahun Amazing Race

Macam dah lewat sangat nak cite pasal tahun baru. Tapi takpelah. Ni kan hikayat hidup aku.

Sebenarnya sejak hujung bulan Dis 2011 lagi dah mula bz. Tapi itu bz dengan pengurusan. 2012 bz dengan perlaksanaannya pulak.

Yes....penat ngantuk mata bengkak hati bengkak muka naik jerawat semua ada.

Mulai sekarang iaitu Jan 2012 dah mula carum KWSP untuk diri sendiri. Dengan erti kata lain. Aku kena usaha lebih daripada orang lain.

Jatuh bangun hidup mati tersungkur terlingkup sendiri yang pilih dengan izin Allah. Semoga ini yang terbaik untuk masa depan aku dan keturunan aku. AMIN........



Hidup aku sekarang kena pantas. Sambil berlari sambil buat kerja T________T

Jan 9, 2012

Audit

Taktau nak buat intro camne. Sebab otak tengah tepu. Segala skill menulis karangan masa amik SPM dulu entah ke mana. Hentam la labu.

Actually kena prepare banyak dokumen untuk audit syarikat. Dan aku kena buat sorang2. Owh sungguh tak kewl. 1st time kena buat audit ni. Serabut otak. Takde sape nak guide. Mencikkk.....