Disable Copy

Showing posts with label AKU. Show all posts
Showing posts with label AKU. Show all posts

Dec 31, 2013

Terima Kasih Kak Fynn Jamal =)

Maybe entry ni akan jadi sticky post. Sebab aku nak hafal semua peluru berpandu yang  menuju ke arah aku. Terima kasih Kak Fynn. 

kesempurnaan sebagaimana diberitahu buku teks--
mengikut garis panduan ciri2 jalan hidup normal manusia sekeliling kita.

1. result cemerlang.
2. masuk universiti.
3. result cemerlang lagi.
4. kerja gred A.
5. menikahi atau dinikahi.
6. mendapat zuriat.
7. zuriat akan menurut aturan tadi;
8. result cemerlang,
9. masuk universiti,
10. dan seterusnya--
>> terus ke anak cucu cicit sebagainya.

TAPI.
hakikatnya,
tak semua orang mendapat A 1.
tak semua orang berjaya penuhi kesempurnaan buku teks itu.

ada terbengkalai di nombor 4.
ada tersangkut di nombor 2.
ada yang tak sempat merasa pun nombor 1.
hidup ini bukan aturan kita.
kita kena terima itu.

kelakar.
sebab di banyak masa,
kita MEMANG tak ada masalah untuk terima.

(ok. mungkin ada detik2nya yang kita seperti terdudukkan--
terdiamkan dan terpecahkan mengenang ketidakmampuan kita memenuhi kesempurnaan dunia)

tapi kita tidak mati.
CUMA di ada kalanya sahaja.
apa yang pasti--
kita SUNGGUH tak ada masalah untuk terima.

masalahnya,
yang tak mampu terima--
adalah ORANG KIRI KANAN kita.

tak kahwin.
tak ada anak.
tak mau sambung belajar.
tak minat kerja tinggi.

kenapa orang kiri kanan kita yang sibuk dengan 'kenapa'nya?
kalau penanggung dah cakap dia terima--
kenapa disibuk tanggungan orang, ya?

mari kita guna situasi ini sebagai contoh:
bab paling biasa.
bab jodoh.

phow.
aku memang super defensif bila ada yang pergi pada kawan2 aku yang masih belum dimiliki siapa dan bertanya soalan2 celaka seperti:
"bila hendak berumahtangga?"
"apa memang suka fokus pada karier?"
"kenapa memilih sangat pasangannya?"
"siapa dan jenis mana yang layak utk dinikahimu agaknya?"

aku memang lekas2 jawabkan:
"kau sibuk kenapa?"

sibuk sekali dengan taqdir orang, apa kau tau kesudahan hidup kau?
sibuk sangat dengan jodoh orang, apa kau pasti sang suami cuma bercinta dengan engkau?
haaa.. bila kita tanya begitu, reti pula melenting silat kungtau.

apa punya budaya la kita ada.
budaya penyibuk kita gantikan dengan 'kerana sayanglah kita ambil tahu'.
sedangkan pada haknya, mengikut garis agamanya, kita SEMUA patut tau konsep redha dan ikhlas dengan ketentuan tuhan yang satu.

apa kepastian kita yang sudah bersuami ini akan di akhirat nanti bertemu?
setakat janji yang dibina dalam lagu--
tak usahlah.
ziana zain, fauziah latif, spoon, scoin semua bagi janji palsu.
macammana bahagia kita dalam dunia, di dunia kekal itu-- tak siapa yang tahu.

tapi tuhan dah janjikan--
barangsiapa jodohnya tidak di dunia,
di syurga nanti, tersedia malaikat utk dinikahinya sampai bila2.

KAU ADA?

aku tak faham apa yang orang dapat dengan tanya soalan2 yang seumpama itu. apa kau rasa lebih beruntung kerana kau lebih bagus? apa kau rasa lebih bertuah kerana kau ada lebih untuk dimegah? apa? apa kau ada?

tak ada orang memang dari kecil bercita2 "aku hendak kesusahan dan kesedihan SAHAJA"
tak ada orang tak mahu apa yang orang ada.
tapi tak semua mampu terima yang dia bahagia dengan apa yang mereka ada.

sebab itu engkau2 yang ada macam2 patut malu.
sbb tuhan tak beri kau kesusahan dan kesedihan--
sebab tuhan lebih tahu yang kau memang tak mampu.

seharusnya mereka2 yang disusahkan dan disedihkan INI yang disorak--
atas kegagahan mereka,
atas kecekalan mereka.
nak dibandingkan dengan kita?
kita haprak.

malulah.
malulah bermegah dengan APA YANG KITA SANGKA kelebihan.
belajarlah erti harga,
bukan digit2 yang datang bersamanya.

bila orang boleh terima hakikat hidup mereka--
kita SIAPA untuk menidak dan mempersoal tentangnya.

kesempurnaan--
hanya wujud dalam buku teks sekolah kita.
kebahagiaan--
tak semua orang jumpa.

result cemerlang, masuk universiti, result cemerlang lagi, kerja gred A, menikahi atau dinikahi, mendapat zuriat, seumpamanya itu--
pada engkau adalah bahagia.

namun--

berkemungkinan kebahagiaan yang kita jumpa itu--
BUKAN kebahagiaan yang mereka cari di dunia ini.
barangkali mereka ada perjanjian sama tuhan--
untuk berbahagia di dunia azali.

aku minta--
biarkan mereka.

mereka bahagia.

Oct 4, 2013

=(

I need a shoulder to cry on...............=(

Sep 25, 2013

Situasi Terkini

1. Boring
2. Boring
3. Boring

Kenapa memanjang je nak boring?
Sebab takde orang kat ofis. Aku sorang-sorang je. Bosan weh kalau kerja takde saing. Tak tau sejauh mana kemampuan & kebolehan kita. Tak mencabar. Tak kreatif lagi inovatif. Dah lama nak resign. Nak tunggu detik tu je lagi cuma lambat ke cepat taktau. 

Sep 2, 2013

Blur!

Dah lama tak menulis kat sini. Banyak benda nak cerita. Tapi banyak hati perlu dijaga. Banyak isu yang tak semua orang boleh terima. Nak tulis tapi..............................

Aug 1, 2013

Benda Baik & Buruk Datang Silih Berganti

Hmm...semalam dapat benda best & tak best.
Mula-mula best sebab boss bagi bonus raya yang aku langsung tak sangka akan dapat.
Yela keje swasta kan, jangan expect tinggi sangat kompeni nak bagi apa.
Kalau tak dapat sendiri gak yang merana.
So bila boss bagi bonus sama banyak macam gomen dapat, syukur sangat dah.

Pastu dapat berita En AA eksiden.
Berderau la jugak darah aku sebab kete remuk kat belakang.
Syukur jugak dia pakai seat belt.
Kalau tak, mau tercampak ke depan.
Alhamdulillah selamat. Luka sikit-sikit. Sengal badan je banyak.

Hari ni timbul masalah lain pulak.
Lebih kepada personal matter.
Arghhh...memang tak boleh menyimpan la camni.
Kalau betul kasihkan seseorang, kena la berkorban ye dak.

Jul 19, 2013

Berharap Jadi Orang Paling Kaya

Sejak aku mengenali siapa Fynn Jamal (dunia maya pastinya), aku sering terjah blog dia. 
Aku akan baca berkali-kali tulisan dia. Kadang-kadang yang entry lama pun aku baca balik.
Lagi-lagi masa jiwa aku tak tenang, banyak masalah.
Apa yang ditulis memang suara hati aku juga. Tapi tak terluah sehebat dia.
Dan pada masa dan ketika ini, aku baca entry beliau yang satu ini berkali-kali.

KLIK untuk ke blog beliau.

kadang2 aku harap sangat aku orang paling kaya dalam dunia.
sebab kadang2 aku rasa aku macam penat dengan semua benda.sebab kadang2 aku tak larat nak bohong diri aku --yang perlu ada cuma cinta.
sebab semua benda, yang untung cuma orang kaya.yang kaya tetap kaya.
ptptn pun nak minta balik.beriya cerita kita semua tak malu hidup berhutang.halang keluar negara segala.
ingat semua orang macam anak2 orang kaya?yang habis kerja masih boleh lepak2 stabak tak kerja?yang kerja pun kalau tidak di pejabat daddy, boleh terus ke luar negara beli master?semua benda boleh beli.jawatan yang layak dibagi dekat kita yang belajar ini dia bagi pada keponakan dia.
nak cakap kita elak bayar hutang konon.
tunjuk aku mana kawasan dalam kawasan selangor yang boleh kita sewa kurang dari 500 ringgit?kalau ada pun, terperuk.
dengan duit transport ke pejabat, sama saja. kadang2 berlebih.
takkan nak menyewa ramai2. dah kahwin, mana boleh begitu?
syukur aku tak ada anak.tak sanggup aku nak jawab pada dia yang aku belum mampu untuk bagi dia segalanya.
yang untung,sentiasa orang kaya.

Ya. Aku pun syukur sebab belum punya anak.
Memang jeles la jugak bila rakan seperjuangan anak dah 3 pun.
Sebab aku sentiasa nak bagi yang terbaik untuk anak aku.
Jangan kata aku tak pernah fikir.
Nama anak, sekolah mana, tusyen mana, extra class apa, hujung minggu nak pergi mana semua aku dah fikir.

Tapi aku bukan Tuhan boleh sebut kun faya kun --> Maka terjadilah.
Sebagai hamba yang hina sudah pastinya aku diuji dan akan terus diuji.

#Zaman aku PTPTN semua pinjaman tak kira berapa pun pointer. Sekarang je baru jadi biasiswa sape dapat Ijazah Kelas Pertama.

Jul 9, 2013

Salam Ramadhan

Puasa 2013

Rasa macam baru je puasa dah masuk bulan puasa lagi.
Cepat sangat masa berlalu. Maknanya usia pun makin meningkat.
Arghhh....aku tak suka fikir pasal umur.
Serius sekarang kalau orang tanya aku umur berapa, aku jawab je 18 =P
Walau mak aku marah aku jawab giru lagi2 kalau orang tua yg tanya, habis tu nak jawab apa.
On the spot aku kena deduct tahun terkini dengan tahun aku lahir.
Cuba dulu2. Segala umur makpak nenek tok adik-beradik aku ingat.
Sekarang....nan hadoooooooo...

Setiap tahun pun tiap kali pose aku niat nak jadi bertambah baik.
Takpe la pelan-pelan kayuh. Jangan tak berubah langsung.
Memang tahun ni sangat mencabar untuk aku.
Dugaan banyak ujian yang berat.
Tapi takpe Allah uji dengan perkara yang mampu aku hadapi, bukan diluar kemampuan aku.
Pahit untuk ditelan sekarang, tapi Insya Allah akan dapat juga kemanisannya nanti.

Selamat Berpuasa Ya Semua...



Jun 14, 2013

Belajar Menjahit Online

Aku mula belajar menjahit masa Form 1 masa cuti sekolah lama tu. Masa tu sebenarnya nak temankan kakak aku je nak belajar jahit. Yela ada orang tu tercabar kan bakal adik ipar terer menjahit. Dan-dan dia jugak nak master dalam jahit-menjahit ni. Tapi sebab kena naik motor nak ke tempat belajar ambil masa dekat setengah jam, maka mak ayah aku mintak aku le temankan. Kot-kot la jadi apa kat tengah jalan kan. Masa tu akak aku tengah darah manis pun. Risau le orang tua aku. Tapi takkan aku nak melangut je kan tengok akak aku kat situ, maka dia pun register nama aku sekali dan tolong bayarkan jugak. Ok la belajar dengan tailor cina.

Form 1 kan kira budak lagi. Kira aku bosan gak la nak menjahit. 1 jam pertama ok la. 2 jam seterusnya mula la muka aku macam tertelan bijik koko. Sakit leher kot jahit ni. Rasanya macam aku lagi banyak main dari belajar. Nasib la nyonya dengan amoi tu tak marah hihihi. Tapi ok la sebulan setengah je belajar aku boleh buat baju kurung dengan baju melayu. Kalau belajar lagi lama maybe kebaya nyonya pun aku dah boleh buat.

Bila dah kerja aku banyak beli baju ready made je. Senang dan cepat. Tapi masalahnya baju beli ni kain dia takde kualiti pastu mahal mencekik. Kalau kain elok pun gigil-gigil tangan nak bayar. Jadi aku tekadkan diri nak jahit baju aku sendiri semula.

Tapi masalahnya bila belajar daripada buku atau internet sumpah aku tak faham step yang ditunjuk. Yela diorang pun nak berbisnes takkan nak share semua ilmu dia kan. Macam sembat leher tu aku tau mata lalat dengan karipap je. Yang tulang belut dengan pucuk rebung tu memang takde rupa pun ikut kat internet tu. Adoi kena cari sifu jugak la kalau macam ni. Sekali ajar boleh faham. Cuma nak cantik elok molek tu kena la prektis banyak kali ye dak.

Apr 11, 2013

Janji Ditepati

Hisshhh..Geram je kalau orang tak tepati janji. Dah janji kul 9, batang hidung pun tak nampak. Lewat setengah jam aku boleh consider lagi. Ni langsung takde cerita. Nak datang ke tak. Nak cancel ke tak. Tolong la jangan buat orang tertunggu-tunggu. Time is money in business okay.

Mar 7, 2013

Pen Kesayangan

Selalunya aku akan guna pen sendiri je walaupun untuk kegunaan di ofis. Sebab pen ofis bagi selalunya warna tak cantik & buat tulisan aku nampak buruk (Macamkan tulisan aku lawo sangat!). My feveret mestilah pen biru brand Kilometrico & Pilot. Juga semestinya aku guna yang medium sebab tulisan yang godang.


Kilometrico Kegemaran

Pilot Kegemaran

Memang semua adik-beradik Kilometrico dengan Pilot aku suka. Tapi selalunya ambil yang ni je la, murah. Ada la dalam seringgit lebih. Dah la murah, warna cantik, bertambah cantik la tulisan aku, apetah lagi tuan punya tangan =P

TETAPI...ada tapinya. Jangan sapa-sapa nak guna pen aku tanpa kebenaran. Bukan kedekut tapi please minta izin dulu. Harta orang kot apa salahnya tanya kalau nak guna. Aku tak claim bos pun guna pen sendiri. Sejak syarikat pertama sampai syarikat sekarang aku kerja memang aku tak guna pen yang syarikat provide. Memang aku guna sendiri punya sebab nak tulisan aku sedap mata memandang.

Sebelum ni aku ada cerita pasal dia ni kat SINI.

Dah la ambil pen aku tak tanya. Suka-suka hati nak guna. Pastu nak buat garu-garu kepala yang tak mandi. Pastu nak gesel-gesel kat telinga macam nak korek telinga guna pen aku. Macam nak meletup hati aku bila tengok pen kesayangan diperlaku sebegitu. MARAH. GERAM, BENCI. Memang la benda tu takde nilai pada orang. Takat RM 1.60 je. Tapi aku kena menulis jugak kot kat ofis. Bukan taip je. Nak suruh pulak aku guna pen bekas daki dia. Gggrrrr........................

Feb 21, 2013

Peniaga Online

Tahun lepas aku ada la beli 1 produk tu. Aku taktau la market price dia berapa. Memang majoriti orang yang jual tak tunjuk pun harga sebenar berapa. Tapi sebab maklumat di hujung jari aku tau la berapa retail price dia. Aku beli jugak dengan sorang akak ni. Memang lebih rendah daripada retail price. Mungkin sebab dia selalu amik banyak dengan pengeluar, dia boleh dapat dengan harga lebih rendah. Aku percaya la dan terus proceed buat payment segala.

Dah lepas 4 bulan. Memang la hasil memberangsangkan. Jadi nak repeat order selalu dia kata boleh dapat lagi murah. Regular customer katanya kan. Order la aku. Mak datok....terkejut aku. Kenapa lagi mahal daripada retail price. Pastu dia claim nak bagi offer kat aku dengan harga sekian-sekian. Lagipun aku ni repeat customer kan. Padahal harga yang dia kata special tu sebijik harga retail. Bukan lagi murah pun.

Taktau la aku nak proceed dengan dia je ke atau cari dealer lain. Tapi dia punya consultation bagus jugak. Respond pun cepat. Tapi tula, taktau dia nak menipu aku ke, strategi bisnes dia dah tukar ke, dia nak untung banyak ke, nak kaya cepat ke, hanya dia yang tau. Tapi aku ni kan repeat customer =( Ke customer dia dah banyak lari so dia ketuk aku harga tu. Entah...tapi aku macam percaya kat dia. Acane???


Feb 20, 2013

Marketing Strategy

Ada orang bisnes dia kata semua barang dia bagus, berkualiti, berkesan. Katanya dah memang terbukti.

Contoh:- Slimming Product
Kata boleh kurus, boleh pecah lemak, takyah senam pun takpe. Tapi si penjual pulak body 80-100kg. Macam mana orang nak percaya.

Contoh:- Skincare
Dia kata produk tu bagus. Buat muka putih, gebu, licin, takde jerawat. Tapi muka orang yang jual menggerutu, kusam, jerawat, parut jerawat semua ada. Macam mana orang nak percaya.

Contoh:- Supplement
Dia kata yang dia jual bagus nanti anak lahir kulit cantik gebu tak bersisik. Tapi yang dia tunjuk image baby mat saleh yang sah2 putih & pipi bibir pinkish gitu. Dok negara sejuk gitu le kekdahnya. Taknak pulak tunjuk anak sendiri ke, anak sedara sendiri ke, anak jiran yang guna. Kenapa mesti google. Macam mana orang nak percaya.

Dalam hidup aku tak pernah la mengata orang over weight, orang kulit masalah, orang tak sempurna fizikal. Sebab aku pernah juga rasa badan berisi, segala macam benda naik muka. Pernah lalui semua tu. Tapi tak suka la orang nak promote barang dia tapi dia sendiri pun tak guna. Patut diri sendiri dulu jadi testimonial kan. Baru orang yakin dengan apa yang dia jual.

Feb 13, 2013

Aku Makin Gemuk

Oh tidaaakkkkkkkkk............

Sesuatu yang aku tak boleh terima bila meningkat usia. Metabolisma yang semakin menurun! Hoi dulu nak makan apa semua aku boleh telan tanpa ada rasa bersalah langsung. Berat maintain je 45kg. Seluar jeans semua longgar siap kena pakai belt. Kalau tak yang kat pinggang tu boleh turun melepasi montot.

But now, nak sarung masuk peha pun hazab. Yes tu seluar yang sama. Levis saiz 27. Dulu longgar sangat. Sekarang tak muat. Muat la tapi seksa nak pakai seksa masa pakai. Sendat dah. Fuhhhh terpaksa aku diet ni. Taknak la gems =(

Feb 5, 2013

Bisu Yang Bersuara

Dapat idea bila baca entry Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang terkini. Aku copy sikit ayat ustaz ek tentang hubungan suami isteri:


Suami: “Dah berapa kali saya nyatakan… tetapi awak macam tak faham. Tak faham atau tak mahu faham?”

Begitu selalu kita dengar kemarahan seorang suami.

Isteri: “Dah berapa kali saya cakap baik-baik abang tak mahu dengar. Terpaksalah saya jerit macam ni. Kalau abang tak faham juga tak tahulah… saya bosan!”

Begitu pula luapan kekecewaan seorang isteri.
Semua kata-kata diatas menunjukkan betapa manusia sering gagal ‘mendengar’ kata-kata pasangannya.

Termenung saya memikirkan. Sebagai suami, saya selalu mengharapkan isteri mendengar kata-kata yang saya luahkan tanpa suara. Namun, saya sedar, mana mungkin saya menerima tanpa terlebih dahulu memberi? Ertinya, setelah saya benar-benar ‘mendengar’, barulah saya didengari.

Suami: “Awak sedar tak banyak kemahuan saya yang awak gagal penuhi?”

Kata suami yang berang.

Isteri: “Eh, awak kira kemahuan awak saja. Kemahuan saya? Dah berapa banyak awak penuhi? Saya tak dapat apa-apa dari perkahwinan ini!” balas isteri.

Beringat-ingatlah, kita tidak mungkin menerima tanpa terlebih dahulu memberi. Justeru, marilah kita dengar dahulu apa suara hati isteri sebelum mereka mendengar suara hati kita. Saya takut, kalau-kalau kita tidak berusaha mendengar bisikan, nanti kita terpaksa mendengar jeritan. Jadi, tumpang isteri masih sudi berbisik, marilah kita dengar bisikan itu. Takut-takut bila kita tuli dengan bisikan, dia terpaksa menjerit untuk memaksa kita mendengarnya.


“Peluk isteri sekurang-kurangnya 5 kali sehari tanpa dibauri keinginan seks. Maksudnya, semata-mata melahirkan kasih sayang,” kata pakar motivasi untuk suami.

Mampu? Berapa banyak tenaga yang diperlukan untuk memeluk isteri wahai para suami? Tak banyak, tetapi berapa ramai antara kita yang mahu melakukannya. 
#Hmm...banyak la yang aku setuju dengan Ustaz Pahrol kata. Suami harap isteri faham semua kehendak hati dia tanpa suami perlu berkata-kata. Masalahnya kehendak hati isteri walau dah diluahkan beribu kali tapi suami tetap tak faham. Sengaja tak faham, taknak faham, buat-buat tak faham. Diluah secara bisik taknak dengar, buat-buat tuli, buat pekak badak, buat dono. Dah tu kalau masuk kali ke 1000 memang la jadi jeritan.



Jan 23, 2013

Jangan Marah

Jangan marah saat ada yang menghina, doakan hinaan berbalik menjadi kemuliaan.
Jangan marah saat ada yang membenci, doakan kebencian menjadi kasih sayang.
Jangan marah saat ada yang menyakiti, doakan sakit itu berubah menjadi kebahagiaan.
Jangan marah saat ada masalah, doakan masalah menjadi LADANG AMAL yang bermanfaat.

Jan 8, 2013

Benci BOS ?

Lagi 1 aku suka juga baca blog JUTAWAN ni. Banyak tips perniagaan yang dia kongsi memang otak aku boleh terima dengan  hati terbuka.

1 benda yang En Shahabudeen ni kongsi di blog beliau:


5 Perkara Yang Dibenci Terhadap Seorang Boss


1. Tidak Memberitahu Perkara Sebenar – Pekerja sebenarnya menginginkan anda memberitahu secara terus terang perkara yang sebenar. Masalah ini berlaku apabila seseorang boss itu takut memberitahu perkara sebenar kepada pekerjanya.

Contohnya jika seorang pereka grafik membuat sesuatu rekabentuk yang tidak cantik dan tidak menepati apa yang anda mahukan. Terus terang kepadanya mengenai hal ini. Ini adalah lebih baik daripada anda bersembunyi di sebalik kata-kata yang manis.

Ini sebenarnya menjimatkan masa anda dan masa pekerja anda. Jika dari awal hubungan antara pekerja dan anda terlatih sebegini, pekerja anda tentu dapat memahami perkara ini dengan mudah.

Mengkritik dalam bekerja tidak bermakna anda tidak menyukai pekerja itu. Bezakan hal ini dalam diri anda dan beritahu pekerja anda juga mengenai hal ini. Setelah dikritik mungkin anda masih boleh berjenaka bersama mereka selepas itu.

2. Boss Tidak Tahu Semuanya – Anda mengambil pekerja bukan saja untuk membuat kerja fizikal untuk anda. Jika ini yang anda lakukan, maka anda sebenarnya hanya mempunyai buruh sebagai pekerja. Anda perlu mengambil pekerja yang mahir dan mampu berfikir sendiri.
Pekerja seperti ini akan memberitahu anda apa yang patut dilakukan bukannya anda yang memberitahu mereka apa yang patut dilakukan.

Zaman boss tahu segalanya telah berakhir. Jadi sebagai boss “Anda tidak tahu semuanya”, anda adalah ejen untuk membolehkan pekerja anda membawa syarikat anda mencapai tahap yang lebih tinggi. Jadi anda adalah ejen pemangkin dan pemberi sokongan. Bukan lagi ejen pemberi maklumat.

3. Menggunakan Kayu Ukur Yang Sama – Semua pekerja anda mempunyai bidang tugas yang berbeza antara satu sama lain. Jadi kaedah anda mengukur kejayaan mereka juga berbeza.

Anda tidak boleh mengukur kejayaan seorang salesman dengan graphic designer. Ini adalah seperti menilai kuda dan monyet mengikut kemampuan mereka untuk memanjat pokok. Sudah tentu anda sebenarnya membuat penilaian yang salah.

Jadi pastikan anda menilai orang yang berlainan dengan kayu ukur yang berlainan. Ini penting supaya anda tidak mematikan motivasi sesetengah pekerja anda yang lain.

4. Jangan Jadi Boss, Jadilah Pemimpin - Pemimpin dan boss mungkin nampak sama tetapi peranannya nyata berbeza. Sebagai boss, anda ditakuti. Sebagai ketua, anda dihormati.
Boss memainkan peranan untuk menakutkan pekerja supaya mereka bekerja dengan lebih keras. Sekali lagi, kaedah seperti ini sesuai hanya jika pekerja anda ialah buruh atau hamba abdi. Pada zaman sekarang, seseorang boss itu berperanan seperti ketua atau abang dalam rumah tangga.

Dia berperanan untuk memotivasi pekerja dan mencungkil bakat mereka ke satu tahap yang lebih tinggi. Dengan berbuat demikian, mereka akan memberikan yang terbaik kepada anda dari segi hasil kerja mereka.

Jadi kepada para majikan di luar sana. JADILAH PEMIMPIN YANG MEMBIMBING BUKAN JADI PENG-ARAH SAJA =P 

Aku Taknak Kaya !

TIPU....mesti la aku nak kaya hehe =) Kalau ada duit banyak masalah boleh selesai. Cuba takde duit. Bukan masalah pun boleh jadi masalah. Tapi kalau kaya pun semoga aku TAK LUPA DIRI. Yela kaya pun kadang-kadang ujian Allah kan. Ingat tu.

Aku suka sangat baca blog JUTAWAN ni. Sebab aku tak rasa apa yang dia cakap tu teori semata-mata. Dia dah praktikkan baru dia kongsi dengan orang. FREE pulak tu. Sebab ada orang nak share tips-tips niaga ni kan nak suruh kita beli buku la, beli ebook la, pergi ceramah dia la, pergi bengkel dia la, semua kena keluar kos. Yang jutawan yang aku follow blog dia ni, semua tips dia kongsi secara PERCUMA. Yang penting kena ada internet la. Baru boleh baca tips dia ye dak =)

Ok yang aku baca hari ni. Aku tulis point penting je la ye.

Aku tak mau jadi kaya...ayat popular orang kita


Apa yang saya pasti adalah, semua yang mengulangi ayat tersebut memang benar-benar tidak kaya. Mereka sekadar jadi warga biasa yang hanya mampu menyara kehidupan diri sendiri dan anak serta isteri.
Orang yang sama juga, yang mengulang ayat tersebut tidak punya pencapaian yang baik dalam bidang keilmuan. Mereka juga tidak menjadi tempat bergantung orang lain sebagai tempat rujukan masalah serta hukum hakam agama.

Ringkasnya mereka:
  • Tidak ke mana dalam bab ilmu sains
  • Tidak ke mana dalam ilmu agama
  • Tidak ke mana dalam bab kekayaan
Persoalannya, wahai saudara-saudara Islam ku di luar sana, kenapakah kamu terlalu mementingkan diri sendiri? 
  • Kamu belajar ilmu sekadar untuk kegunaan sendiri
  • Kamu belajar agama sekadar untuk lepas masalah diri
  • kamu cari kekayaan sekadar untuk kegunaan sendiri.
Apakah begitu anutan yang perlu dianuti oleh semua umat Islam?

Jika jawapannya tidak, maka sila pilih sesuatu untuk anda mendalami dan menempa kejayaan dalam kehidupan anda yang singkat ini.

Jika keusahawanan yang anda pilih, binalah sebesar-besarnya, untuk anda dan juga untuk masyarakat. Bukan pentingkan diri sekadar untuk lepas anak bini dan yang lain biarkan mereka mampus usaha sendiri!

Jika anda ustaz, jadilah ilmuan sekurang-kurangnya ke tahap Mujtahid. Biarlah anda menjadi rujukan di mana saja anda tinggal. Bukannya sekadar tahu serba sedikit untuk anak bini saja.
Jika anda ahli sains, jadilah pakar yang menyumbang kepada masyarakat dengan kemudahan teknologi yang baik. Biarlah anda mampu menjadi tempat berlindung dan pusat berteduh mereka yang ada di sekeliling anda. jangan sekadar tahu serba sedikit khas untuk anak bini anda saja!

Oleh itu, bagi para usahawan, janganlah segan silu menyatakan azam dan tekad anda untuk berjaya. Saya yakin anda pilih keusahawanan kerana anda bukanlah seorang ulama.
Kalau anda tak boleh berikan sumbangan ilmu sebagai seorang ulama, maka berilah sumbangan lain yang mampu anda lakukan, berilah sumbangan ekonomi pada umat Islam!

Selepas ini diharapkan tiada lagi pembaca yang sekadar mahu menyorok dan menjalani kehidupan sendiri tanpa sedikitpun memikirkan tentang apa nasib saudara sekeliling kita! Bangun dan jadilah penyumbang yang hebat.

Cuba bagitau aku tang mana salahnya apa yang En Subhi ni kata. Aku setuju 200% kata-kata beliau. Jangan pentingkan diri ye. Bantulah orang-orang keliling kita. ERTI HIDUP IALAH DENGAN MEMBERI.......... 

Jan 4, 2013

Mohon Keringanan Dan Kemudahan



Kredit: Darussyifa'

Permulaan awal tahun baru. Semoga yang aku rancang akan dipermudahkan. AMIN.

Lepas tengok/baca/dengar banyak-banyak doa, aku rasa kebanyakannya dah ada dalam Al-Mathurat. Ayat Ruqyah ke doa Manzil ke banyak juga yang terkandung dalam Al-Mathurat. Haishhhhh...............bila aku nak start baca balik taktau. Dulu selalu baca masa matrik je kot. Masuk U dah lalai sikit. Bila mula kerja lagi banyak lalai. Astaghfirullah...........semoga dunia dan akhirat aku seiring. 

Dec 21, 2012

Saat Lafaz Sakinah



Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda


AYAHANDAKU
prechorus:
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


chorus:

Dulu esakkannya sandar di bahuku

Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya


SUAMIKU
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


*Indahnya andai dapat si bapa yang menjadi wali dan si ibu bersama di sisi saat diri ini dinikah (T_____T)

*Andai kata Allah takdirkan rasa hidup berumahtangga aku akan suruh bapak aku baca depan suami sambil bersalam tangan antara mereka berdua. Kat Melaka dgn Johor je kot buat camni. Tapi aku nak buat jugak masa aku nanti. Supaya si suami sedar akan tanggunbgjawab dia nanti.


Nov 30, 2012

Suamiku...

Suami Kita Di Akhirat Nanti....


MARI kita RENUNGKAN BERSAMA SIAPA SUAMI KITA DI AKHIRAT NANTI... .

MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT KELAK?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin Sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelAki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia
sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali di aberkahwin.

Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir".


*ERM...sape la suami aku nanti...THINKING (-_-)