Dapat idea bila baca entry Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang terkini. Aku copy sikit ayat ustaz ek tentang hubungan suami isteri:
Suami: “Dah berapa kali saya nyatakan… tetapi awak macam tak faham. Tak faham atau tak mahu faham?”
Begitu selalu kita dengar kemarahan seorang suami.
Isteri: “Dah berapa kali saya cakap baik-baik abang tak mahu dengar. Terpaksalah saya jerit macam ni. Kalau abang tak faham juga tak tahulah… saya bosan!”
Begitu pula luapan kekecewaan seorang isteri.
Semua kata-kata diatas menunjukkan betapa manusia sering gagal ‘mendengar’ kata-kata pasangannya.
Termenung saya memikirkan. Sebagai suami, saya selalu mengharapkan isteri mendengar kata-kata yang saya luahkan tanpa suara. Namun, saya sedar, mana mungkin saya menerima tanpa terlebih dahulu memberi? Ertinya, setelah saya benar-benar ‘mendengar’, barulah saya didengari.
Suami: “Awak sedar tak banyak kemahuan saya yang awak gagal penuhi?”
Kata suami yang berang.
Isteri: “Eh, awak kira kemahuan awak saja. Kemahuan saya? Dah berapa banyak awak penuhi? Saya tak dapat apa-apa dari perkahwinan ini!” balas isteri.
Beringat-ingatlah, kita tidak mungkin menerima tanpa terlebih dahulu memberi. Justeru, marilah kita dengar dahulu apa suara hati isteri sebelum mereka mendengar suara hati kita. Saya takut, kalau-kalau kita tidak berusaha mendengar bisikan, nanti kita terpaksa mendengar jeritan. Jadi, tumpang isteri masih sudi berbisik, marilah kita dengar bisikan itu. Takut-takut bila kita tuli dengan bisikan, dia terpaksa menjerit untuk memaksa kita mendengarnya.
“Peluk isteri sekurang-kurangnya 5 kali sehari tanpa dibauri keinginan seks. Maksudnya, semata-mata melahirkan kasih sayang,” kata pakar motivasi untuk suami.
Mampu? Berapa banyak tenaga yang diperlukan untuk memeluk isteri wahai para suami? Tak banyak, tetapi berapa ramai antara kita yang mahu melakukannya.#Hmm...banyak la yang aku setuju dengan Ustaz Pahrol kata. Suami harap isteri faham semua kehendak hati dia tanpa suami perlu berkata-kata. Masalahnya kehendak hati isteri walau dah diluahkan beribu kali tapi suami tetap tak faham. Sengaja tak faham, taknak faham, buat-buat tak faham. Diluah secara bisik taknak dengar, buat-buat tuli, buat pekak badak, buat dono. Dah tu kalau masuk kali ke 1000 memang la jadi jeritan.
No comments:
Post a Comment