Disable Copy

Feb 4, 2013

Rindu Masa Lalu

Isshhh...rasa bosan sangat dengan hidup sekarang. Ofis lama meriah dengan manusia, ofis sekarang banyak dok ofis sorang-sorang yang lain banyak kerja luar. Hoi boring kot takde teman gosip. Silap-silap kalau ada cuti masa weekdays aku bantai masuk keje pulak. Yela kalau takde kalendar lumba kuda susah kot nak tau bila cuti. Kalender henfon mana ada cuti. Keje je 6 hari seminggu. Walau ada part yang best iaitu tiada unsur politik pejabat, tapi takde orang pun bosan kot. Tak meriah, langsung tak fun.

Rumah aku pun tinggal sorang je. Kadang-kadang je ada manusia lain. Tapi biasanya sorang je la. Kadang seronok takyah nak share semua benda, takyah nak fikir rumah kemas sangat ke tidak, takyah nak fikir nak masak ke tidak. Sorang je kan. Kira pandai-pandai le aku nak hidup camne. Tapi bosan tu ada kot. Lagi-lagi tv dah buat giler dengan takde suara. Ada gambar tapi takde suara. Baik la tak payah tengok kan sebab telinga aku masih berfungsi dengan baik. Bosan ganda dua.

Kawan-kawan majoriti dah beranak pinak. Ye kawan-kawan aku ramai dah anak 2, 3 pun ada, 1 ramai la. Aku je masih berbadan 1. Jadi takleh la nak kacau diorang sangat. Diorang mesti banyak komitmen dengan keluarga. Nak urus rumahtangga. Tak boleh nak berjimba macam orang bujang. So aku kena faham. 

Tak boleh jadi dengan hidup camni. Kena buat sesuatu sebelum aku naik hantu.

No comments: