Lagi 1 aku suka juga baca blog JUTAWAN ni. Banyak tips perniagaan yang dia kongsi memang otak aku boleh terima dengan hati terbuka.
1 benda yang En Shahabudeen ni kongsi di blog beliau:
Jadi kepada para majikan di luar sana. JADILAH PEMIMPIN YANG MEMBIMBING BUKAN JADI PENG-ARAH SAJA =P
1 benda yang En Shahabudeen ni kongsi di blog beliau:
5 Perkara Yang Dibenci Terhadap Seorang Boss
1. Tidak Memberitahu Perkara Sebenar – Pekerja sebenarnya menginginkan anda memberitahu secara terus terang perkara yang sebenar. Masalah ini berlaku apabila seseorang boss itu takut memberitahu perkara sebenar kepada pekerjanya.
Contohnya jika seorang pereka grafik membuat sesuatu rekabentuk yang tidak cantik dan tidak menepati apa yang anda mahukan. Terus terang kepadanya mengenai hal ini. Ini adalah lebih baik daripada anda bersembunyi di sebalik kata-kata yang manis.
Ini sebenarnya menjimatkan masa anda dan masa pekerja anda. Jika dari awal hubungan antara pekerja dan anda terlatih sebegini, pekerja anda tentu dapat memahami perkara ini dengan mudah.
Mengkritik dalam bekerja tidak bermakna anda tidak menyukai pekerja itu. Bezakan hal ini dalam diri anda dan beritahu pekerja anda juga mengenai hal ini. Setelah dikritik mungkin anda masih boleh berjenaka bersama mereka selepas itu.
2. Boss Tidak Tahu Semuanya – Anda mengambil pekerja bukan saja untuk membuat kerja fizikal untuk anda. Jika ini yang anda lakukan, maka anda sebenarnya hanya mempunyai buruh sebagai pekerja. Anda perlu mengambil pekerja yang mahir dan mampu berfikir sendiri.
Pekerja seperti ini akan memberitahu anda apa yang patut dilakukan bukannya anda yang memberitahu mereka apa yang patut dilakukan.
Zaman boss tahu segalanya telah berakhir. Jadi sebagai boss “Anda tidak tahu semuanya”, anda adalah ejen untuk membolehkan pekerja anda membawa syarikat anda mencapai tahap yang lebih tinggi. Jadi anda adalah ejen pemangkin dan pemberi sokongan. Bukan lagi ejen pemberi maklumat.
3. Menggunakan Kayu Ukur Yang Sama – Semua pekerja anda mempunyai bidang tugas yang berbeza antara satu sama lain. Jadi kaedah anda mengukur kejayaan mereka juga berbeza.
Anda tidak boleh mengukur kejayaan seorang salesman dengan graphic designer. Ini adalah seperti menilai kuda dan monyet mengikut kemampuan mereka untuk memanjat pokok. Sudah tentu anda sebenarnya membuat penilaian yang salah.
Jadi pastikan anda menilai orang yang berlainan dengan kayu ukur yang berlainan. Ini penting supaya anda tidak mematikan motivasi sesetengah pekerja anda yang lain.
4. Jangan Jadi Boss, Jadilah Pemimpin - Pemimpin dan boss mungkin nampak sama tetapi peranannya nyata berbeza. Sebagai boss, anda ditakuti. Sebagai ketua, anda dihormati.
Boss memainkan peranan untuk menakutkan pekerja supaya mereka bekerja dengan lebih keras. Sekali lagi, kaedah seperti ini sesuai hanya jika pekerja anda ialah buruh atau hamba abdi. Pada zaman sekarang, seseorang boss itu berperanan seperti ketua atau abang dalam rumah tangga.
Dia berperanan untuk memotivasi pekerja dan mencungkil bakat mereka ke satu tahap yang lebih tinggi. Dengan berbuat demikian, mereka akan memberikan yang terbaik kepada anda dari segi hasil kerja mereka.
Jadi kepada para majikan di luar sana. JADILAH PEMIMPIN YANG MEMBIMBING BUKAN JADI PENG-ARAH SAJA =P
No comments:
Post a Comment