Cuba baca tajuk kat atas tu. Aku baca kat mana entah tadi. Lupa nak copy link. Sebabnya habis je baca aku terus pangkah. Bukan sebab marah atau benci dengan penulis. Tapi sebab fikir nasib diri.
Siapa yang taknak berumahtangga. Siapa yang taknak ada cahaya mata. Semua orang akan kata MAHU. Aku juga mahu. Dulu aku niat nak kawin umur 21 dan beranak seawal yang boleh. Manusia mampu merancang tapi Allah yang tentukan.
Perlukah aku marah dan buruk sangka pada Allah? Memang la bila tengok kawan-kawan dan orang sekeliling hati aku terdetik untuk ada juga. Tapi nak buat macam mana. BUKAN REZKI aku. Aku dah usaha dan doa. Selebihnya tawakal je pada Allah.
Cuma aku rasa macam marah la jugak bila orang bagi kenyataan elok kawin awal, beranak awal, nanti dah tua anak semua dah besar. Kita pun dah pencen masa tu. Tak perlu susah payah besarkan anak lagi. Lagi-lagi kalau yang cakap tu ilmu agama tinggi. Adakah dia menidakkan kuasa Allah? Rezki, ajal, maut kan kuasa Allah. Pasangan dan anak juga rezki. Rezki kan rahsia Allah. Kita taktau bila, di mana, bagaimana, semua la. Ada cepat ada lambat. Ada sikit ada banyak. Ada cepat dapat cepat hilang. Cepat dapat lama pulak kita pegang. Lambat dapat lambat pergi. Sudah la lambat dapat cepat pulak pergi. Pun ada jugak.

Kredit: Mr Google
Aku akui memang umur aku makin meningkat. Dah dekat 30 pun. Lagi-lagi aku perempuan. Mesti la pasangan aku lagi tua. Lain la kalau aku laki. Dah tua-tua pun laku lagi. Boleh pulak ke nak hukum anak aku nanti tak cerdik? Sedih ok kalau fikir. Tapi aku taknak percaya sangat. Sebab aku tau semua tu kuasa Allah. Anak sulung mak aku lahirkan masa umur 19 tahun dan anak bongsu mak aku lahirkan masa umur 38 tahun. Aku rasa semua adik-beradik aku cerdik je. Yang bongsu tu pun sepanjang masa dapat straight A dalam exam. So otak aku tolak fakta tu. Aku percaya semua tu bergantung pada cara didikan. Kalau didik tak betul lahir anak sulung masa umur 20 pun tak bape cerdik gak jadinya.
Malas dah aku fikir cakap-cakap orang. Kalau layan nanti sakit jiwa pulak dibuatnya.
Kredit: Mr Google
Kredit: Google jugak
# In shaa Allah. Satu hari nanti akan ada juga potret keluarga aku sendiri. AMIN
No comments:
Post a Comment