Disable Copy

Dec 31, 2013

Terima Kasih Kak Fynn Jamal =)

Maybe entry ni akan jadi sticky post. Sebab aku nak hafal semua peluru berpandu yang  menuju ke arah aku. Terima kasih Kak Fynn. 

kesempurnaan sebagaimana diberitahu buku teks--
mengikut garis panduan ciri2 jalan hidup normal manusia sekeliling kita.

1. result cemerlang.
2. masuk universiti.
3. result cemerlang lagi.
4. kerja gred A.
5. menikahi atau dinikahi.
6. mendapat zuriat.
7. zuriat akan menurut aturan tadi;
8. result cemerlang,
9. masuk universiti,
10. dan seterusnya--
>> terus ke anak cucu cicit sebagainya.

TAPI.
hakikatnya,
tak semua orang mendapat A 1.
tak semua orang berjaya penuhi kesempurnaan buku teks itu.

ada terbengkalai di nombor 4.
ada tersangkut di nombor 2.
ada yang tak sempat merasa pun nombor 1.
hidup ini bukan aturan kita.
kita kena terima itu.

kelakar.
sebab di banyak masa,
kita MEMANG tak ada masalah untuk terima.

(ok. mungkin ada detik2nya yang kita seperti terdudukkan--
terdiamkan dan terpecahkan mengenang ketidakmampuan kita memenuhi kesempurnaan dunia)

tapi kita tidak mati.
CUMA di ada kalanya sahaja.
apa yang pasti--
kita SUNGGUH tak ada masalah untuk terima.

masalahnya,
yang tak mampu terima--
adalah ORANG KIRI KANAN kita.

tak kahwin.
tak ada anak.
tak mau sambung belajar.
tak minat kerja tinggi.

kenapa orang kiri kanan kita yang sibuk dengan 'kenapa'nya?
kalau penanggung dah cakap dia terima--
kenapa disibuk tanggungan orang, ya?

mari kita guna situasi ini sebagai contoh:
bab paling biasa.
bab jodoh.

phow.
aku memang super defensif bila ada yang pergi pada kawan2 aku yang masih belum dimiliki siapa dan bertanya soalan2 celaka seperti:
"bila hendak berumahtangga?"
"apa memang suka fokus pada karier?"
"kenapa memilih sangat pasangannya?"
"siapa dan jenis mana yang layak utk dinikahimu agaknya?"

aku memang lekas2 jawabkan:
"kau sibuk kenapa?"

sibuk sekali dengan taqdir orang, apa kau tau kesudahan hidup kau?
sibuk sangat dengan jodoh orang, apa kau pasti sang suami cuma bercinta dengan engkau?
haaa.. bila kita tanya begitu, reti pula melenting silat kungtau.

apa punya budaya la kita ada.
budaya penyibuk kita gantikan dengan 'kerana sayanglah kita ambil tahu'.
sedangkan pada haknya, mengikut garis agamanya, kita SEMUA patut tau konsep redha dan ikhlas dengan ketentuan tuhan yang satu.

apa kepastian kita yang sudah bersuami ini akan di akhirat nanti bertemu?
setakat janji yang dibina dalam lagu--
tak usahlah.
ziana zain, fauziah latif, spoon, scoin semua bagi janji palsu.
macammana bahagia kita dalam dunia, di dunia kekal itu-- tak siapa yang tahu.

tapi tuhan dah janjikan--
barangsiapa jodohnya tidak di dunia,
di syurga nanti, tersedia malaikat utk dinikahinya sampai bila2.

KAU ADA?

aku tak faham apa yang orang dapat dengan tanya soalan2 yang seumpama itu. apa kau rasa lebih beruntung kerana kau lebih bagus? apa kau rasa lebih bertuah kerana kau ada lebih untuk dimegah? apa? apa kau ada?

tak ada orang memang dari kecil bercita2 "aku hendak kesusahan dan kesedihan SAHAJA"
tak ada orang tak mahu apa yang orang ada.
tapi tak semua mampu terima yang dia bahagia dengan apa yang mereka ada.

sebab itu engkau2 yang ada macam2 patut malu.
sbb tuhan tak beri kau kesusahan dan kesedihan--
sebab tuhan lebih tahu yang kau memang tak mampu.

seharusnya mereka2 yang disusahkan dan disedihkan INI yang disorak--
atas kegagahan mereka,
atas kecekalan mereka.
nak dibandingkan dengan kita?
kita haprak.

malulah.
malulah bermegah dengan APA YANG KITA SANGKA kelebihan.
belajarlah erti harga,
bukan digit2 yang datang bersamanya.

bila orang boleh terima hakikat hidup mereka--
kita SIAPA untuk menidak dan mempersoal tentangnya.

kesempurnaan--
hanya wujud dalam buku teks sekolah kita.
kebahagiaan--
tak semua orang jumpa.

result cemerlang, masuk universiti, result cemerlang lagi, kerja gred A, menikahi atau dinikahi, mendapat zuriat, seumpamanya itu--
pada engkau adalah bahagia.

namun--

berkemungkinan kebahagiaan yang kita jumpa itu--
BUKAN kebahagiaan yang mereka cari di dunia ini.
barangkali mereka ada perjanjian sama tuhan--
untuk berbahagia di dunia azali.

aku minta--
biarkan mereka.

mereka bahagia.

Oct 30, 2013

150 Juta: Fynn Jamal Ainan Tasneem

Dalam hidup aku dengan En AA memang banyak likunya. Dugaan kami memang hebat terutamanya daripada orang sekeliling. Hubungan kami berdua pun kadang-kadang diuji juga. Setakat hari ni masih boleh diselesaikan bersama. Banyak masalah daripada orang luar la maksudnya. 

Jadi aku dengar lagu Kok Ping ni ada la kot terkait-kait dengan hidup aku & En AA.

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?" 
"Apa kau buta, apa kau pura-pura suka"
--> Orang lain memang selalu kata aku patut orang lagi bagus daripada dia

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas, jujur apa adanya"

*Pink aku hijau dia biru kami berdua

"Aku lagi kenal dia"

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

sayang mungkin baran tak kira masa --> Aku memang super duper hot temper punya manusia
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala --> Aku memang kepala batu juga. Memang degil takmo dengar kata =P
tapi sayang manja bila kita berdua

saya kenal sayang saya

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata


Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada


Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa


Rahsia kita berdua..

#Walau apu pun jadi harap kita berdua tabah dalam mujahadah menuju redha Ilahi

Oct 24, 2013

Cabaran Lepas Resign

Sebenarnya minggu depan la kira resign betul-betul.
Aku suka je sebab dah tak suka dengan tempat kerja sekarang.
Tapi bila aku kat rumah, expactation pasangan terhadap aku mesti la tinggi.
No more rumah berhabuk, no more kain tak cuci, no more kain longgok tak lipat, no more malas masak etc.
Yang pasangan tau semua kena sempurna la kan bila dia balik kerja.
Rasanya no more dia tolong aku masak & tolong aku sapu rumah lagi tssk3 =(

Tapi aku takleh la dok diam je.
Cadangnya nak kerja dari rumah.
Tapi tu la cabarannya iaitu dah tak merasa pegang duit sendiri.
Kena usaha gak cari duit walau dok rumah je.

Lagi satu, lepas 3 tahun kat tempat kerja sekarang, tiba-tiba rasa nak ambil MBA.
Tapi nak amil master pitih plak takdo =(
Bos aku sekarang ni nama je study oversea, tapi manage syarikat teruk.
Sungguh aku percaya kalau orang kata "Pandai buat kerja tak bermakna orang tu pandai mentadbir juga."

Orang taknikal tak semestinya pandai mentadbir & orang bahagian pentadbira lagi la konfem tak reti teknikal.
Kesimpulannya saling memerlukan.
Tapi dah tau saling berkait sangat penting la bagi kerjasama.
Kalau tak masakan setiap staf yang masuk tak sampai seminggu dah blah TANPA notis pun.
Aku nak blah dengan notis 24 je.
Gitau awal-awal kang bos sekat gaji plak.
Biar je la family dia urus. Selama ni takde nak amik tau pasal ofis pun.
Yang penting duit masuk katanya. Macam la staf ramai sangat!

Oct 21, 2013

Yeay...Hari-Hari Terakhir Di Ofis Sekarang

Tak tau nak kata macam mana. Happy sangat nak resign kali ni. Ternanti-nanti hujung bulan dan boleh tamat perkhidmatan di sini. Ye...aku perlu majukan diri. Kalau nak maju kena keluar dari company sekarang. Kena buat perubahan kalau nak nasib diri berubah. Ni adalah langkah pertama. 

Oct 4, 2013

=(

I need a shoulder to cry on...............=(

Sep 30, 2013

Pizza Hut Hulu Langat

Aku dah lama tak makan pizza hut ni. Lagipun pizza bukanlah makanan yang kesedapannya boleh bawa ke mimpi. Kebetulan ada branch baru Pizza Hut buka kat Hulu Langat. Sebab memang akan lalu bila pergi balik kerja, makanya aku pun singgah la nak melepaskan rasa anak tekak ni. Kalau nama aku nak keluar jejauh hanya sebab nak makan pizza memang tak la. Petrol sekarang mahal ye.

Take away je sebab malas nak makan situ. Tapi bila makan aku sedih. Sebab tak rasa macam aku makan sebelum ni. Sebagai pencinta daging memang aku order yang berdaging je la. Tapi topping yang dia letak banyak sosej dengan salami je. Daging sikit ya amat. 10g pun tak sampai aku rasa. Dalam 5g je camtu. Sikit kan?

Geram la juga aku ni. Dengan harga RM25 dan aku dapat camni baik aku buat sendiri je. Beli je tepung buat pizza yang dah siap uli tu, kat TESCO, MYDIN, GIANT pun ada jual aku rasa. Beli sosej, salami, sos dia, dengan benda lain cam ayam ke daging ke apa, buat je sendiri. Modal oven/microwave. Baru berapa ringgit. Boleh makan pizza sampai tergolek. Puas hati. Nama aku nak berkunjung ke Pizza Hut lagi memang tak la. Orang belanja lain cerita. TQ.


Sep 25, 2013

Situasi Terkini

1. Boring
2. Boring
3. Boring

Kenapa memanjang je nak boring?
Sebab takde orang kat ofis. Aku sorang-sorang je. Bosan weh kalau kerja takde saing. Tak tau sejauh mana kemampuan & kebolehan kita. Tak mencabar. Tak kreatif lagi inovatif. Dah lama nak resign. Nak tunggu detik tu je lagi cuma lambat ke cepat taktau. 

Sep 2, 2013

Blur!

Dah lama tak menulis kat sini. Banyak benda nak cerita. Tapi banyak hati perlu dijaga. Banyak isu yang tak semua orang boleh terima. Nak tulis tapi..............................

Aug 1, 2013

LAGU RAYA: Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang

Semua insan sedang gembira...
Di hari ini sayang...
Hari yang mulia...
Marilah bersama berhari raya...
Hilangkan duka...

Lupakan saja kisah yang lalu...
Gantikan cerita baru...
Agar hatimu waspada selalu...
Jangan kau kesalkan...
Jangan engkau tangiskan...

( korus )
Pada mereka yang tak mengerti...
Menuduh dirimu...
Di jurang kesalahan saja...
Ku tak sampai hati...
Biarkan engkau sendiri...

Tetapi diriku dan juga temanmu...
Yang tahu kisah derita...
Dan luka di dada, hanya kuharapkan...
Kau harus bersabar...
Dan bertenang selalu...

(ulang korus)

Mood --> Sedih nak raya...

Benda Baik & Buruk Datang Silih Berganti

Hmm...semalam dapat benda best & tak best.
Mula-mula best sebab boss bagi bonus raya yang aku langsung tak sangka akan dapat.
Yela keje swasta kan, jangan expect tinggi sangat kompeni nak bagi apa.
Kalau tak dapat sendiri gak yang merana.
So bila boss bagi bonus sama banyak macam gomen dapat, syukur sangat dah.

Pastu dapat berita En AA eksiden.
Berderau la jugak darah aku sebab kete remuk kat belakang.
Syukur jugak dia pakai seat belt.
Kalau tak, mau tercampak ke depan.
Alhamdulillah selamat. Luka sikit-sikit. Sengal badan je banyak.

Hari ni timbul masalah lain pulak.
Lebih kepada personal matter.
Arghhh...memang tak boleh menyimpan la camni.
Kalau betul kasihkan seseorang, kena la berkorban ye dak.

Jul 19, 2013

Berharap Jadi Orang Paling Kaya

Sejak aku mengenali siapa Fynn Jamal (dunia maya pastinya), aku sering terjah blog dia. 
Aku akan baca berkali-kali tulisan dia. Kadang-kadang yang entry lama pun aku baca balik.
Lagi-lagi masa jiwa aku tak tenang, banyak masalah.
Apa yang ditulis memang suara hati aku juga. Tapi tak terluah sehebat dia.
Dan pada masa dan ketika ini, aku baca entry beliau yang satu ini berkali-kali.

KLIK untuk ke blog beliau.

kadang2 aku harap sangat aku orang paling kaya dalam dunia.
sebab kadang2 aku rasa aku macam penat dengan semua benda.sebab kadang2 aku tak larat nak bohong diri aku --yang perlu ada cuma cinta.
sebab semua benda, yang untung cuma orang kaya.yang kaya tetap kaya.
ptptn pun nak minta balik.beriya cerita kita semua tak malu hidup berhutang.halang keluar negara segala.
ingat semua orang macam anak2 orang kaya?yang habis kerja masih boleh lepak2 stabak tak kerja?yang kerja pun kalau tidak di pejabat daddy, boleh terus ke luar negara beli master?semua benda boleh beli.jawatan yang layak dibagi dekat kita yang belajar ini dia bagi pada keponakan dia.
nak cakap kita elak bayar hutang konon.
tunjuk aku mana kawasan dalam kawasan selangor yang boleh kita sewa kurang dari 500 ringgit?kalau ada pun, terperuk.
dengan duit transport ke pejabat, sama saja. kadang2 berlebih.
takkan nak menyewa ramai2. dah kahwin, mana boleh begitu?
syukur aku tak ada anak.tak sanggup aku nak jawab pada dia yang aku belum mampu untuk bagi dia segalanya.
yang untung,sentiasa orang kaya.

Ya. Aku pun syukur sebab belum punya anak.
Memang jeles la jugak bila rakan seperjuangan anak dah 3 pun.
Sebab aku sentiasa nak bagi yang terbaik untuk anak aku.
Jangan kata aku tak pernah fikir.
Nama anak, sekolah mana, tusyen mana, extra class apa, hujung minggu nak pergi mana semua aku dah fikir.

Tapi aku bukan Tuhan boleh sebut kun faya kun --> Maka terjadilah.
Sebagai hamba yang hina sudah pastinya aku diuji dan akan terus diuji.

#Zaman aku PTPTN semua pinjaman tak kira berapa pun pointer. Sekarang je baru jadi biasiswa sape dapat Ijazah Kelas Pertama.

Jul 18, 2013

Ayat Pelembut Hati Suami & Anak-Anak


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

(Ayat 200 Surah Al Imran): "Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya."

Bacaan dalam huruf rumi:-

1. Yaaaa Ayyuhalladziina aamanuszbiruu waszaabiruu waraabithuu wattaqullaha la’a'llakum tuflihuuuun.


Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati suami dan anak-anak.

إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِأَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ

Maksud Ayat :-
Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : ‘Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri”.

Bacaan dalam huruf rumi:-

2. Innahuu min sulaimaana wainnahuu bismillaahirrahmaanirrahiiiim. Allaa ta’luu a’layya wa’tuunii muslimiiiin.
(Ayat 30-31 Surah AnNaml)

Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan sebagainya.

Jul 9, 2013

Salam Ramadhan

Puasa 2013

Rasa macam baru je puasa dah masuk bulan puasa lagi.
Cepat sangat masa berlalu. Maknanya usia pun makin meningkat.
Arghhh....aku tak suka fikir pasal umur.
Serius sekarang kalau orang tanya aku umur berapa, aku jawab je 18 =P
Walau mak aku marah aku jawab giru lagi2 kalau orang tua yg tanya, habis tu nak jawab apa.
On the spot aku kena deduct tahun terkini dengan tahun aku lahir.
Cuba dulu2. Segala umur makpak nenek tok adik-beradik aku ingat.
Sekarang....nan hadoooooooo...

Setiap tahun pun tiap kali pose aku niat nak jadi bertambah baik.
Takpe la pelan-pelan kayuh. Jangan tak berubah langsung.
Memang tahun ni sangat mencabar untuk aku.
Dugaan banyak ujian yang berat.
Tapi takpe Allah uji dengan perkara yang mampu aku hadapi, bukan diluar kemampuan aku.
Pahit untuk ditelan sekarang, tapi Insya Allah akan dapat juga kemanisannya nanti.

Selamat Berpuasa Ya Semua...



Jul 3, 2013

Bye Google Reader: Welcome Feedly

Menyampah tau dengan Google sebab stopkan Google Reader (GR). Padahal kat situ la boleh baca blog dengan paling pantas menerusi web. Nak buek camno, den takdo android/smartphone. So baca dari reader la senang. Ringan, takde iklan, takde lagu, takde widget mengarut, kurang masalah loading bagi blog yang banyak gambar.

Jadi, cintaku telah beralih arah kepada Feedly. Sape suruh kamu curang wahai Google Reader. Terpaksa aku cari kekasih hati yang baru. So boleh cekidaut Feedly kat sini (KLIK). Mungkin ramai orang dah tau pasal Feedly. Aku je baru hegeh-hegeh nak explore dek disebabkan GR curang dengan aku.

Interface dia camni. Erm takde la cantik sangat kan heheh =P


So nak login camni la rupa dia. Macam baru belajar grafik je design depan ni.



Ni la paparan dalam tu. Lebih kurang macam GR la juga. Tapi GR kalau yang baru update & aku belum baca dia tunjuk kat belah tepi kiri tu & akan highlight nama pemilik blog. Berapa entry aku belum baca pun dia tunjuk la. Tapi kat Feedly kalau belum baca jadi la macam kat atas ni.


Bila klik kat entry keluar la camni paparan dia. Ok la macam GR juga. Baru je explore. Tak biasa lagi nak klik mana. Tunggu lagi 2-3 hari mesti aku dah expert. heh =) Atas tu blok Kak Filla.

Kalau ikutkan aku lagi suka GR. Yela sebab dah biasa kan. Klik sana sini pun pantas je. Yang Feedly macam siput aku nak klik. Sampai kena fikir dulu nak klik apa. Cuba GR, nak klik apa-apa umpama tindakan refleks takyah guna otak nak fikir. Tapi dah jadi manusia ni kena la biasakan diri untuk terima perubahan. Sampai bila nak duduk di comfort zone je. Baru tukar sikit dah gelabah (aku le tue!). Takpe la aku kan cepat belajar benda lagha-lagha ni. Muahaha......................

Arghhh...seteleh godek-godek, ada je senarai blog yang update kat tepi kiri macam GR. Adoi la aku ni pun.


Jul 2, 2013

Google Reader: Come On Google...

Aiyakkk...google reader dah stop. Hmm...susah la nak baca blog orang dah. Nak buka satu-satu leceh kot kalau tenet slow. Dah la ada blog yg berat banyak widget dengan lagu-lagu lagi. So aku prefer baca dari Google Reader je. Boleh baca 100 blog yang update tak sampai 1 jam. Kalau nak kena buka blog setiap satu, alamat 1 hari 10 blog nak baca pun seperti mimpi.

Google...kenapa stop perkara terhebat yang kamu ada..........!

Jun 14, 2013

Belajar Menjahit Online

Aku mula belajar menjahit masa Form 1 masa cuti sekolah lama tu. Masa tu sebenarnya nak temankan kakak aku je nak belajar jahit. Yela ada orang tu tercabar kan bakal adik ipar terer menjahit. Dan-dan dia jugak nak master dalam jahit-menjahit ni. Tapi sebab kena naik motor nak ke tempat belajar ambil masa dekat setengah jam, maka mak ayah aku mintak aku le temankan. Kot-kot la jadi apa kat tengah jalan kan. Masa tu akak aku tengah darah manis pun. Risau le orang tua aku. Tapi takkan aku nak melangut je kan tengok akak aku kat situ, maka dia pun register nama aku sekali dan tolong bayarkan jugak. Ok la belajar dengan tailor cina.

Form 1 kan kira budak lagi. Kira aku bosan gak la nak menjahit. 1 jam pertama ok la. 2 jam seterusnya mula la muka aku macam tertelan bijik koko. Sakit leher kot jahit ni. Rasanya macam aku lagi banyak main dari belajar. Nasib la nyonya dengan amoi tu tak marah hihihi. Tapi ok la sebulan setengah je belajar aku boleh buat baju kurung dengan baju melayu. Kalau belajar lagi lama maybe kebaya nyonya pun aku dah boleh buat.

Bila dah kerja aku banyak beli baju ready made je. Senang dan cepat. Tapi masalahnya baju beli ni kain dia takde kualiti pastu mahal mencekik. Kalau kain elok pun gigil-gigil tangan nak bayar. Jadi aku tekadkan diri nak jahit baju aku sendiri semula.

Tapi masalahnya bila belajar daripada buku atau internet sumpah aku tak faham step yang ditunjuk. Yela diorang pun nak berbisnes takkan nak share semua ilmu dia kan. Macam sembat leher tu aku tau mata lalat dengan karipap je. Yang tulang belut dengan pucuk rebung tu memang takde rupa pun ikut kat internet tu. Adoi kena cari sifu jugak la kalau macam ni. Sekali ajar boleh faham. Cuma nak cantik elok molek tu kena la prektis banyak kali ye dak.

Jun 13, 2013

Si Busuk Datang Lagi

Hish...aku tak suka betul kawan bos aku yang sorang ni kalau datang. Bau dia boleh buat migrain tau tak. Dah la nak datang tak bagitau. Main terjah je. Macam la bos aku rajin dok ofis. 10x dia datang 20x bos aku takde. Sampai dia kena pergi la rumah bos aku. Sapa suruh tak inform nak datang kan. Merasa la ko ke sana sini cari bos aku. 

May 16, 2013

Hari Guru 2013

Selamat Hari Guru Buat Semua Pendidik...

Kepada semua guru yang pernah mengajar aku sejak tadika sampai la ke universiti aku ucapkan terima kasih sebab didik aku hingga mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Paling utama terima kasih juga kepada bapak & mak aku sebab jadi guru mengaji aku. Alhamdulillah sampai sekarang boleh baca Al-Quran dengan lancar.

Tapi tidaklah berlagu-lagu. Aku mana reti nak bertaranum bagai hihihi. Tapi kalau ada kelas mengaji hujung mengaji hujung minggu yang boleh ajar aku taranum bagus jugak. Ada sesiapa tau kat taman perumahan mana yang ada buat aktiviti ni? Aku nak beli rumah area situ.

Kepada kakak aku, adik perempuan aku, ipar duai aku, sepupu sepapat aku seramai 15 orang itu yang bertugas sebagai guru, aku ucapkan SELAMAT HARI GURU juga. Ramainya keluarga aku cikgu. =)

May 3, 2013

PRU 13 - MERIAH

Haha...tahun 2013 merupakan kali ke-2 aku mengundi. Tapi kali pertama dulu aku tak gi ngundi pun. Kali ke-2 ni pun macam tak pergi je. Bukan malas, tapi aku tak suka beratur (alasan). Sebab aku rasa kat tempat aku sape-sape pun menang sama je. Beza tu tak rasa sangat. Tapi kalau aku kena mengundi kat area tempat kerja atau rumah tempat aku tinggal, wajib la aku pangkah. Sebab memang besar jurang yang akan jadi. Kesimpulannya........."mak, kita tak balik ngundi ye".

Tapi PRU 13 memang meriah sungguh macam nak raya. Compare 2008 dulu, tak banyak bendera sangat pun. Kat rumah aku tinggal sekarang pun tak rasa macam nak PRU. Muram suram kusam je. Sekarang penuh warna warni. Rasanya 2008 dulu diorang over confident kot boleh menang tanpa usaha keras. Kot la boleh menang mudah. Rupanya kalah teruk. Takpe pengajaran.

Tapi aku tak eksaited pun PRU ni. Aku eksaited nak masuk keje baru. Yeay horey =) Bosan dowh tempat sekarang. Tak mencabar takde saing. Aku jadi manusia lemau je. Keje kalau ada saing baru mencabar. Kalau berada di zon selesa badan otak semua lemau. 

Apr 12, 2013

Tak Faham Aku

Hari tu kata diri kau hebat. Orang-orang kau juga kau kata hebat. Kau kondem aku indirectly. Aku balas dengan senyuman je walau kecik hati.

Tapi hari ni kenapa kau mintak tolong aku. Benda kecik je pun. Orang hebat macam kau mesti tau kan nak buat sebab dulu belajar obesi lagi. Takkan taktau. Kelakar la tengok orang over confident & suka kondem orang lain. Cuba dulu tak mengata aku. Aku boleh je nak tolong dengan rela hati. Sekarang aku paksa rela je.

Apr 11, 2013

Janji Ditepati

Hisshhh..Geram je kalau orang tak tepati janji. Dah janji kul 9, batang hidung pun tak nampak. Lewat setengah jam aku boleh consider lagi. Ni langsung takde cerita. Nak datang ke tak. Nak cancel ke tak. Tolong la jangan buat orang tertunggu-tunggu. Time is money in business okay.

Apr 9, 2013

Antara Suka Dan ...

Ermm...ada kawan kita dah tambah ahli keluarga baru. Eh bukan pasangan la tapi diorang punya junior. Bukan sorang dua tapi ramai la juga. Bukan yang pertama. Dah yang kedua dan ketiga pun. Ermm ok tumpang gembira. Allah je yang tau bila turn aku pulak walaupun untuk yang pertama.

Takpe...Allah ada bagi aku rezki lain dalam masa terdekat. Rezki juga syukur Alhamdulillah. Rezki tambah ahli keluarga bukan kuasa aku. Serah je pada Yang Maha Kuasa. 

Apr 5, 2013

Hormati Orang Lain

Aku tengah geram ni. Ada budak ofis ni dah la jarang masuk, dah masuk bising pulak. Pasang radio macam kan nak buat joget lambak pulak. Dah la aku ni alergik sikit muzik-muzik ni. Tak boleh ke dia pakai headphone ke earphone ke nak dengar lagu ke nak dengar radio ke apa. Ni siap pakej tengok utube bagai. Dengar sendiri2 sudah la. Nak dengar sampai bernanah telinga pun silakan. Tapi tolong la hormat orang lain kat ofis ni. Bos dah la jarang masuk. Kalau budak ni kencing bos pun bos tak perasan gamaknya.

Mar 29, 2013

Mydin

Minggu lepas aku gi Mydin nak restock barang dapur. Memang selalu gi Mydin je sebab dekat, murah, bayar cepat. Kedai runcit dekat rumah ada tapi mahal sikit la. Kalau nak beli banyak better gi Mydin je.

Selama ni aku tengok pekerja semua Melayu. Tapi hari tu dah ada Bangla pulak. Dalam hati tertanya gak nape amik Bangla keje situ. Selama ni aku datang barang semua penuh je kat rak. Asal kurang je diorang restock lagi. Hari tu banyak rak kosong. Pekerja Bangla ni wat derk je dia. Sibuk nak susun kotak je. Bukan nak susun barang tu semua kat rak.

Bertempik juga la supervisor Mydin. Dah la Bangla tu tak faham bahasa Melayu. Macam mana dia nak faham arahan. Dengar je buatnya tak. Macam mana pulak boleh lepas keje situ taktau. Communication breakdown!

Mar 14, 2013

Google Reader Retired? Blogger Reading List Gone?

Pagi ni buka je Google Reader (GR), Google announce GR retired mula 1 Julai 2013. Aku macam......ARRGGGHHHH.....macam mana aku nak baca semua reading list aku? Nak bukak blog satu2 leceh kot. Kalau internet laju takpe gak. Kalau pakai broadband? Macam siput kot nak bukak blog orang. Kalau yang berat banyak widget tu la stress. Satu tulisan pun tak keluar. Kemain lembab lagi. Baca dari GR lagi senang kot.

Lepas tu bukak blogger pulak. Haaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh...asal semua blog yang aku follow hilang? Tambah lagi pening kepala aku. Aku mana ada masa nak belek internet sangat. Blog sendiri pun aku belum touch up. Lagi nak godek semua benda yang hilang ni. Haiiiiisshhhhh....tambah stress !

Mar 13, 2013

Barang Free Pun Jaga La Elok-Elok

Aku keje dengan trading company. Banyak supply barang kat gomen. Private company pun ada tapi tak banyak la. Tapi aku terperasan. Kalau supply kat gomen mesti barang cepat rosak. Diorang kondem syarikat kata barang takde kualiti and so on. Aku macam pelik. Kadang barang yang kitorang supply, kitorang ada gak guna brand & model yang sama tapi takde pulak rosak.

So kitorang cek balik dengan supplier sebab still under warranty. Baru 2-3 bulan kot. Takkan dah rosak. Pada customer kalau under warranty je boleh nak claim. Pastu bila cek-cek nak tau apa kata supplier.

"As shown in the picture below, the knob has completely detached with loose debris, which suggests that is was broken by EXCESSIVE FORCE or POOR HANDLING. In that case, the warranty will not apply."
Ha kau...poor handling tu. Main taram je kata kitorang bagi barang takde kualiti. Dah tu benda sensitif dibuat hempas-hempas memang le terbarai semua komponen dalam tu. Kot ye pun tak guna duit sendiri, bayar guna duit kerajaan tu. Duit kerajaan duit rakyat juga, kita juga yang bayar mak nenek cukai segala.

Kalau kat swasta sape yang handle barang tu mau dia yang kena bayar balik. Kalau takde sape nak ngaku rosakkan, semua department yang guna tu kena potong gaji buat bayar repair. Ni style ofis lama aku la. Sape yang terlibat semua kena kalau takde sape nak ngaku. Sebab tu masing-masing kalau guna ape barang pun kemain cermat. Sakit hati kot kena potong gaji kalau kita tak buat salah. Kadang barang tu bukan seringgit dua. Ada puluh ribu, ratus ribu pun ada. 

Mar 8, 2013

Allah Tak Bagi Apa Yang Kamu Suka, Tapi Allah Bagi Apa Yang Kamu Perlu


"God doesn't give you the people you want, He gives you the people you need. To help you, to hurt you, to leave you, to love you and to make you the person you were meant to be"

Yeah...dulu aku ada macam-macam keinginan. Lelaki kesukaan pun ada physical type yang aku dah set dalam fikiran. Rambut, bentuk muka, ketinggian, semua la aku ada spec sendiri. Memang aku ada je jumpa lelaki yang memang ikut taste aku. Tapi aku je la yang minat dia, dia tak minat aku pun =(

Pastu bila meningkat dewasa, orang selalu ingatkan. Carilah lelaki yang betu-betul sayang kita, kita kurang sayang dia takpe. Sebab kalau dia sayang kita, dia akan jaga kita sehabis baik. Kalau kita je yang iye-iye sayang dia, tapi dia banyak lepas tangan lagi sakit hati kan.

Jujurnya En AA bukan la type lelaki yang aku suka. Aku suka lelaki rambut belah tengah, dia rambut main sikat je asal nampak kemas. Aku suka laki tinggi, dia sedang-sedang je. Aku suka laki cerah, dia sawo matang je. Pompuan mesti la nak yang ensem, tapi dia ok-ok je la. Takde la buruk sangat macam muka pecah rumah. Tapi kat mata aku masih boleh dipandang la. Yang fizikal, memang semua out =P

Tapi betul la Allah bagi apa yang aku perlu. Dia  banyak tolong aku tanpa diminta, dia yang selalu offer diri untuk tolong aku. Aku manusia yang agak independent, banyak benda buat sendiri je tanpa harap bantuan sape-sape. Malas nak susahkan orang. Tapi dia suka suka susahkan diri nak tolong aku. Dalam hati aku suka lagi terharu.

Orang yang kita sayang memang selalu menyakitkan hati. Aku setuju. Memang dia ada sakitkan hati aku. Tapi aku rasa aku lagi banyak sakitkan hati dia. Gulp! Yela...aku ni boleh tahan temper, emo, kepala angin. Dia cool je. Agak-agak aku meroyan, dia senyap je. Buat taktau. Padahal pompuan ni meroyan lagi nak dia nak respon. Bukan buat taktau je. Boleh bikin hati makin panas. Takpe la...nak gaduh dengan sape lagi kalau bukan dia =) Tapi aku ngamuk pun takde makian or carutan ek. Kalau itu berlaku, mau aku dapat makan pelempang. Marah-marah manje je takpe.

Mar 7, 2013

Pen Kesayangan

Selalunya aku akan guna pen sendiri je walaupun untuk kegunaan di ofis. Sebab pen ofis bagi selalunya warna tak cantik & buat tulisan aku nampak buruk (Macamkan tulisan aku lawo sangat!). My feveret mestilah pen biru brand Kilometrico & Pilot. Juga semestinya aku guna yang medium sebab tulisan yang godang.


Kilometrico Kegemaran

Pilot Kegemaran

Memang semua adik-beradik Kilometrico dengan Pilot aku suka. Tapi selalunya ambil yang ni je la, murah. Ada la dalam seringgit lebih. Dah la murah, warna cantik, bertambah cantik la tulisan aku, apetah lagi tuan punya tangan =P

TETAPI...ada tapinya. Jangan sapa-sapa nak guna pen aku tanpa kebenaran. Bukan kedekut tapi please minta izin dulu. Harta orang kot apa salahnya tanya kalau nak guna. Aku tak claim bos pun guna pen sendiri. Sejak syarikat pertama sampai syarikat sekarang aku kerja memang aku tak guna pen yang syarikat provide. Memang aku guna sendiri punya sebab nak tulisan aku sedap mata memandang.

Sebelum ni aku ada cerita pasal dia ni kat SINI.

Dah la ambil pen aku tak tanya. Suka-suka hati nak guna. Pastu nak buat garu-garu kepala yang tak mandi. Pastu nak gesel-gesel kat telinga macam nak korek telinga guna pen aku. Macam nak meletup hati aku bila tengok pen kesayangan diperlaku sebegitu. MARAH. GERAM, BENCI. Memang la benda tu takde nilai pada orang. Takat RM 1.60 je. Tapi aku kena menulis jugak kot kat ofis. Bukan taip je. Nak suruh pulak aku guna pen bekas daki dia. Gggrrrr........................

Mar 5, 2013

Ungkapan Tak Disangka

Semalam, member lama bos ada datang. Orang cha ya nun alif. Pada aku, dia baik dan sangat friendly. Umur 67 tapi nampak masih muda. Sekali tengok aku akan kita dia umur 50. Tak la hensem, tapi nice looking.

Dingdong2 dia ada 3 orang anak. Dan semuanya kawen dengan Melayu Islam. Maksudnya di sini anak dia semua masuk Islam. Menurut beliau, dia dan isteri juga mangamalkan cara hidup Melayu sebab keturunan Baba Nyonya. Pastinya cara hidup macam orang kita. Selalu mandi, bersih & tak selekeh.

Disebabkan mulut En AA memang macam murai dengan orang, dia boleh tanya bila dia nak masuk Islam tapi sambil gelak2 la takde la muka serius ke apa. Tau dia cakap ape?

"Bini belum mati macam mana nak masuk Islam"

Padahal mereka suami isteri dah hidup macam orang Melayu. Lagipun isteri dia jaga cucu. Menantu dia pun selalu masak macam org kita je sebab mereka tinggal serumah. Dia memang kaya raya la. Rumah dia entah berapa tingkat berapa bilik. Anak cucu memang tinggal sekali. Tapi alasan yang dia bagi memang la boleh bikin aku ketawa. 

Takpe...hidayah Allah bila-bila boleh datang. Aku doakan yang terbaik je untuk dia. 

Feb 27, 2013

Job Function

Aku tengah sedih ni. Sedih sangat-sangat. Sampai termenangis, tapi bila orang datang cepat-cepat aku berlagak cool.

Ofis aku ni Sdn Bhd. Tapi staff bape ketul je. Sebab tak ramai maka masing-masing kena multitasking, multiskills dan segala mak nenek multi. Kami umpama sotong yang punya banyak tangan yang boleh buat semua benda dalam satu masa. Aku tak kisah kena handle admin, HR, finance, account, clerk, atau benda-benda berkaitan management. Sebab benda ni boleh belajar sendiri sikit-sikit. Lama-lama tau la selok-belok dia.

Tapi bab teknikal aku memang failed. Aku bukan budak engineering atau budak teknikal. Aku boleh je sambung kabel-kabel barang elektrik / elektronik semua termasuk barang komputer. Tapi tolong la jangan tanya wayar tu jenis apa, brand apa, spec dia apa, akau tau sambung je supaya barang tu berfungsi. Tapi sebab staff teknikal tak berapa ada dan yang ada pun macam chipsmore, aku kena handle benda-benda teknikal.

Macam baru ni, client nak RJ45 cable brand Panduit. Tempat keje aku ni buat trading. Jadi buat reseller je la. Aku mana la tau ape menatang cable yang client nak ni. Cari kat google ada macam-macam. Bos kata nak yang biasa je. Macam mana aku nak tau biasa ke tak kalau result yang keluar masa aku cari dia macam ni:


Ni je dah ada 53 pilihan. Macam mana aku nak tau yang paling biasa tu macam mana.


Bahagian accessories yang dah ada 9 jenis tu je dah ada 3 spec utama. 


Untuk cable assemblies je pun dah ada 9 jenis dan ada 3 main spec jugak.


Untuk modular dah terbahagi kepada 2 jenis.

Aku tunjuk contoh Plugs & Jacks je la. Ni pun Ada 38 jenis.


Ada 6 spec penting yang perlu diambil kira.

Macam mana la aku tak meroyan. Client deal dengan bos & 1 technical staff ni. Aku manusia yang taktau menahu bab teknikal. Suruh sambung ok. Tapi jangan tanya jenis ke spec ke untuk barang teknikal. Aku memang taktau. 

Sebab tu aku memang nak cepat-cepat berhenti. Bukan aku taknak terima cabaran. Kerja-kerja management aku pun dah cukup banyak. Lagi aku nak kenal kabel? Inikan pulak segala electronics/electric component parts. Boleh jadi gila aku.

En AA bila I boleh berhenti kerja ofis ni? I nak kerja dari rumah je. 



Feb 21, 2013

Peniaga Online

Tahun lepas aku ada la beli 1 produk tu. Aku taktau la market price dia berapa. Memang majoriti orang yang jual tak tunjuk pun harga sebenar berapa. Tapi sebab maklumat di hujung jari aku tau la berapa retail price dia. Aku beli jugak dengan sorang akak ni. Memang lebih rendah daripada retail price. Mungkin sebab dia selalu amik banyak dengan pengeluar, dia boleh dapat dengan harga lebih rendah. Aku percaya la dan terus proceed buat payment segala.

Dah lepas 4 bulan. Memang la hasil memberangsangkan. Jadi nak repeat order selalu dia kata boleh dapat lagi murah. Regular customer katanya kan. Order la aku. Mak datok....terkejut aku. Kenapa lagi mahal daripada retail price. Pastu dia claim nak bagi offer kat aku dengan harga sekian-sekian. Lagipun aku ni repeat customer kan. Padahal harga yang dia kata special tu sebijik harga retail. Bukan lagi murah pun.

Taktau la aku nak proceed dengan dia je ke atau cari dealer lain. Tapi dia punya consultation bagus jugak. Respond pun cepat. Tapi tula, taktau dia nak menipu aku ke, strategi bisnes dia dah tukar ke, dia nak untung banyak ke, nak kaya cepat ke, hanya dia yang tau. Tapi aku ni kan repeat customer =( Ke customer dia dah banyak lari so dia ketuk aku harga tu. Entah...tapi aku macam percaya kat dia. Acane???


Feb 20, 2013

Ragam Lelaki

Lelaki ni memang semua benda kena bagitau satu-satu ek. Kalau cakap 10 benda 1 je dia akan buat.

Contoh 1:
"Sayang, tolong basuh baju. Tekan-tekan je mesin tu. Nanti dah siap tolong jemur sekali ek. Sambil-sambil mesin pusing tu tolong la buang sampah kat luar. Dah penuh tu busuk la rumah. Jangan lupa kunci terus gate tu. Kang ada tetamu tak diundang pulak."
Aku kira ada 4 je pertolongan yang diminta. 

Tapi yang dibuat hanyalah masuk baju dalam mesin je. Kira cuci baju je la. Lepas tu ngadap tv ke buka internet ke ngadap paper ke. Nape tak buang sampah. Tak cek & kunci gate. Jemur baju siap cuci apetah lagi. Nak harap lipat lagi la takde bayang.

Solution 1:
"Sayang, tolong basuh baju. Letak sabun. Tekan-tekan je mesin tu."
Dah siap.
"Tolong buang sampah kat luar. "
Dah siap.
"Kunci terus gate tu."
Dah siap.
"Tolong jemur baju dalam mesin tadi." 
Tapi bila cakap camni kata macam bini mengarah pulak, bini bising pulak, bini asyik bebel pulak, macamkan bini tak buat apa pulak. 

Tupun baju kotor semua memang dalam bakul. Baju nursery anak pun dah humban dalam mesin jugak. Kalau tiap bilik ada bakul laundry sendiri nak kena kutipkan jugak. Kalau tak memang bakul sebelah mesin jela yang dicuci.

Banyak lagi nak bagi contoh. Memang jawapan yela I buat la. Buat memang buat tapi yang pertama je. Ayat yang seterusnya dah hilang dalam ingatan. Entah ape je yang difikir lelaki ni sebenarnya. Takpun kena bahagi tugas awal-awal. I masak U cuci pinggan. I basuh baju U sidai. I sapu lantai U mop rumah. I mandikan anak U siapkan kain baju dia. I kemas rumah U main/tidokan anak. I bagi susu anak U cuci berak kencing dia tukar pampers.

Ok...aku setuju idea ni =)

Image: Google

Image: Google

Image: Google

Image: Google

Image: Google

Image: Google