Disable Copy

Jun 14, 2013

Belajar Menjahit Online

Aku mula belajar menjahit masa Form 1 masa cuti sekolah lama tu. Masa tu sebenarnya nak temankan kakak aku je nak belajar jahit. Yela ada orang tu tercabar kan bakal adik ipar terer menjahit. Dan-dan dia jugak nak master dalam jahit-menjahit ni. Tapi sebab kena naik motor nak ke tempat belajar ambil masa dekat setengah jam, maka mak ayah aku mintak aku le temankan. Kot-kot la jadi apa kat tengah jalan kan. Masa tu akak aku tengah darah manis pun. Risau le orang tua aku. Tapi takkan aku nak melangut je kan tengok akak aku kat situ, maka dia pun register nama aku sekali dan tolong bayarkan jugak. Ok la belajar dengan tailor cina.

Form 1 kan kira budak lagi. Kira aku bosan gak la nak menjahit. 1 jam pertama ok la. 2 jam seterusnya mula la muka aku macam tertelan bijik koko. Sakit leher kot jahit ni. Rasanya macam aku lagi banyak main dari belajar. Nasib la nyonya dengan amoi tu tak marah hihihi. Tapi ok la sebulan setengah je belajar aku boleh buat baju kurung dengan baju melayu. Kalau belajar lagi lama maybe kebaya nyonya pun aku dah boleh buat.

Bila dah kerja aku banyak beli baju ready made je. Senang dan cepat. Tapi masalahnya baju beli ni kain dia takde kualiti pastu mahal mencekik. Kalau kain elok pun gigil-gigil tangan nak bayar. Jadi aku tekadkan diri nak jahit baju aku sendiri semula.

Tapi masalahnya bila belajar daripada buku atau internet sumpah aku tak faham step yang ditunjuk. Yela diorang pun nak berbisnes takkan nak share semua ilmu dia kan. Macam sembat leher tu aku tau mata lalat dengan karipap je. Yang tulang belut dengan pucuk rebung tu memang takde rupa pun ikut kat internet tu. Adoi kena cari sifu jugak la kalau macam ni. Sekali ajar boleh faham. Cuma nak cantik elok molek tu kena la prektis banyak kali ye dak.

Jun 13, 2013

Si Busuk Datang Lagi

Hish...aku tak suka betul kawan bos aku yang sorang ni kalau datang. Bau dia boleh buat migrain tau tak. Dah la nak datang tak bagitau. Main terjah je. Macam la bos aku rajin dok ofis. 10x dia datang 20x bos aku takde. Sampai dia kena pergi la rumah bos aku. Sapa suruh tak inform nak datang kan. Merasa la ko ke sana sini cari bos aku.