Disable Copy

Jul 3, 2013

Bye Google Reader: Welcome Feedly

Menyampah tau dengan Google sebab stopkan Google Reader (GR). Padahal kat situ la boleh baca blog dengan paling pantas menerusi web. Nak buek camno, den takdo android/smartphone. So baca dari reader la senang. Ringan, takde iklan, takde lagu, takde widget mengarut, kurang masalah loading bagi blog yang banyak gambar.

Jadi, cintaku telah beralih arah kepada Feedly. Sape suruh kamu curang wahai Google Reader. Terpaksa aku cari kekasih hati yang baru. So boleh cekidaut Feedly kat sini (KLIK). Mungkin ramai orang dah tau pasal Feedly. Aku je baru hegeh-hegeh nak explore dek disebabkan GR curang dengan aku.

Interface dia camni. Erm takde la cantik sangat kan heheh =P


So nak login camni la rupa dia. Macam baru belajar grafik je design depan ni.



Ni la paparan dalam tu. Lebih kurang macam GR la juga. Tapi GR kalau yang baru update & aku belum baca dia tunjuk kat belah tepi kiri tu & akan highlight nama pemilik blog. Berapa entry aku belum baca pun dia tunjuk la. Tapi kat Feedly kalau belum baca jadi la macam kat atas ni.


Bila klik kat entry keluar la camni paparan dia. Ok la macam GR juga. Baru je explore. Tak biasa lagi nak klik mana. Tunggu lagi 2-3 hari mesti aku dah expert. heh =) Atas tu blok Kak Filla.

Kalau ikutkan aku lagi suka GR. Yela sebab dah biasa kan. Klik sana sini pun pantas je. Yang Feedly macam siput aku nak klik. Sampai kena fikir dulu nak klik apa. Cuba GR, nak klik apa-apa umpama tindakan refleks takyah guna otak nak fikir. Tapi dah jadi manusia ni kena la biasakan diri untuk terima perubahan. Sampai bila nak duduk di comfort zone je. Baru tukar sikit dah gelabah (aku le tue!). Takpe la aku kan cepat belajar benda lagha-lagha ni. Muahaha......................

Arghhh...seteleh godek-godek, ada je senarai blog yang update kat tepi kiri macam GR. Adoi la aku ni pun.


3 comments:

safurara said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aah lah.rara pon sedih dh xde GR.guna GR senang gila kan.laju ke.haih! nk try feedly ni pulak lah/

safurara said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

awak! kite dh buat.tp xboleh.kena import satu2 lah nampak nya.huaaa banyak nya keje.
eh awak ni ke uh komen kat blog kite td.ke org lain?

~ Huda Qamar~ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Cik Puan Rara

hahah...nak buat camne. saya ritu masa dia warning pun buat taktau je. dah lepas 1 Julai baru gelabah. terpaksa bertabah copy satu2 bloglist. ha'ah saya la yg komen tu tapi masa tu mls login =)