Disable Copy

Jun 14, 2013

Belajar Menjahit Online

Aku mula belajar menjahit masa Form 1 masa cuti sekolah lama tu. Masa tu sebenarnya nak temankan kakak aku je nak belajar jahit. Yela ada orang tu tercabar kan bakal adik ipar terer menjahit. Dan-dan dia jugak nak master dalam jahit-menjahit ni. Tapi sebab kena naik motor nak ke tempat belajar ambil masa dekat setengah jam, maka mak ayah aku mintak aku le temankan. Kot-kot la jadi apa kat tengah jalan kan. Masa tu akak aku tengah darah manis pun. Risau le orang tua aku. Tapi takkan aku nak melangut je kan tengok akak aku kat situ, maka dia pun register nama aku sekali dan tolong bayarkan jugak. Ok la belajar dengan tailor cina.

Form 1 kan kira budak lagi. Kira aku bosan gak la nak menjahit. 1 jam pertama ok la. 2 jam seterusnya mula la muka aku macam tertelan bijik koko. Sakit leher kot jahit ni. Rasanya macam aku lagi banyak main dari belajar. Nasib la nyonya dengan amoi tu tak marah hihihi. Tapi ok la sebulan setengah je belajar aku boleh buat baju kurung dengan baju melayu. Kalau belajar lagi lama maybe kebaya nyonya pun aku dah boleh buat.

Bila dah kerja aku banyak beli baju ready made je. Senang dan cepat. Tapi masalahnya baju beli ni kain dia takde kualiti pastu mahal mencekik. Kalau kain elok pun gigil-gigil tangan nak bayar. Jadi aku tekadkan diri nak jahit baju aku sendiri semula.

Tapi masalahnya bila belajar daripada buku atau internet sumpah aku tak faham step yang ditunjuk. Yela diorang pun nak berbisnes takkan nak share semua ilmu dia kan. Macam sembat leher tu aku tau mata lalat dengan karipap je. Yang tulang belut dengan pucuk rebung tu memang takde rupa pun ikut kat internet tu. Adoi kena cari sifu jugak la kalau macam ni. Sekali ajar boleh faham. Cuma nak cantik elok molek tu kena la prektis banyak kali ye dak.

Jun 13, 2013

Si Busuk Datang Lagi

Hish...aku tak suka betul kawan bos aku yang sorang ni kalau datang. Bau dia boleh buat migrain tau tak. Dah la nak datang tak bagitau. Main terjah je. Macam la bos aku rajin dok ofis. 10x dia datang 20x bos aku takde. Sampai dia kena pergi la rumah bos aku. Sapa suruh tak inform nak datang kan. Merasa la ko ke sana sini cari bos aku. 

May 16, 2013

Hari Guru 2013

Selamat Hari Guru Buat Semua Pendidik...

Kepada semua guru yang pernah mengajar aku sejak tadika sampai la ke universiti aku ucapkan terima kasih sebab didik aku hingga mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Paling utama terima kasih juga kepada bapak & mak aku sebab jadi guru mengaji aku. Alhamdulillah sampai sekarang boleh baca Al-Quran dengan lancar.

Tapi tidaklah berlagu-lagu. Aku mana reti nak bertaranum bagai hihihi. Tapi kalau ada kelas mengaji hujung mengaji hujung minggu yang boleh ajar aku taranum bagus jugak. Ada sesiapa tau kat taman perumahan mana yang ada buat aktiviti ni? Aku nak beli rumah area situ.

Kepada kakak aku, adik perempuan aku, ipar duai aku, sepupu sepapat aku seramai 15 orang itu yang bertugas sebagai guru, aku ucapkan SELAMAT HARI GURU juga. Ramainya keluarga aku cikgu. =)

May 3, 2013

PRU 13 - MERIAH

Haha...tahun 2013 merupakan kali ke-2 aku mengundi. Tapi kali pertama dulu aku tak gi ngundi pun. Kali ke-2 ni pun macam tak pergi je. Bukan malas, tapi aku tak suka beratur (alasan). Sebab aku rasa kat tempat aku sape-sape pun menang sama je. Beza tu tak rasa sangat. Tapi kalau aku kena mengundi kat area tempat kerja atau rumah tempat aku tinggal, wajib la aku pangkah. Sebab memang besar jurang yang akan jadi. Kesimpulannya........."mak, kita tak balik ngundi ye".

Tapi PRU 13 memang meriah sungguh macam nak raya. Compare 2008 dulu, tak banyak bendera sangat pun. Kat rumah aku tinggal sekarang pun tak rasa macam nak PRU. Muram suram kusam je. Sekarang penuh warna warni. Rasanya 2008 dulu diorang over confident kot boleh menang tanpa usaha keras. Kot la boleh menang mudah. Rupanya kalah teruk. Takpe pengajaran.

Tapi aku tak eksaited pun PRU ni. Aku eksaited nak masuk keje baru. Yeay horey =) Bosan dowh tempat sekarang. Tak mencabar takde saing. Aku jadi manusia lemau je. Keje kalau ada saing baru mencabar. Kalau berada di zon selesa badan otak semua lemau. 

Apr 12, 2013

Tak Faham Aku

Hari tu kata diri kau hebat. Orang-orang kau juga kau kata hebat. Kau kondem aku indirectly. Aku balas dengan senyuman je walau kecik hati.

Tapi hari ni kenapa kau mintak tolong aku. Benda kecik je pun. Orang hebat macam kau mesti tau kan nak buat sebab dulu belajar obesi lagi. Takkan taktau. Kelakar la tengok orang over confident & suka kondem orang lain. Cuba dulu tak mengata aku. Aku boleh je nak tolong dengan rela hati. Sekarang aku paksa rela je.

Apr 11, 2013

Janji Ditepati

Hisshhh..Geram je kalau orang tak tepati janji. Dah janji kul 9, batang hidung pun tak nampak. Lewat setengah jam aku boleh consider lagi. Ni langsung takde cerita. Nak datang ke tak. Nak cancel ke tak. Tolong la jangan buat orang tertunggu-tunggu. Time is money in business okay.

Apr 9, 2013

Antara Suka Dan ...

Ermm...ada kawan kita dah tambah ahli keluarga baru. Eh bukan pasangan la tapi diorang punya junior. Bukan sorang dua tapi ramai la juga. Bukan yang pertama. Dah yang kedua dan ketiga pun. Ermm ok tumpang gembira. Allah je yang tau bila turn aku pulak walaupun untuk yang pertama.

Takpe...Allah ada bagi aku rezki lain dalam masa terdekat. Rezki juga syukur Alhamdulillah. Rezki tambah ahli keluarga bukan kuasa aku. Serah je pada Yang Maha Kuasa. 

Apr 5, 2013

Hormati Orang Lain

Aku tengah geram ni. Ada budak ofis ni dah la jarang masuk, dah masuk bising pulak. Pasang radio macam kan nak buat joget lambak pulak. Dah la aku ni alergik sikit muzik-muzik ni. Tak boleh ke dia pakai headphone ke earphone ke nak dengar lagu ke nak dengar radio ke apa. Ni siap pakej tengok utube bagai. Dengar sendiri2 sudah la. Nak dengar sampai bernanah telinga pun silakan. Tapi tolong la hormat orang lain kat ofis ni. Bos dah la jarang masuk. Kalau budak ni kencing bos pun bos tak perasan gamaknya.

Mar 29, 2013

Mydin

Minggu lepas aku gi Mydin nak restock barang dapur. Memang selalu gi Mydin je sebab dekat, murah, bayar cepat. Kedai runcit dekat rumah ada tapi mahal sikit la. Kalau nak beli banyak better gi Mydin je.

Selama ni aku tengok pekerja semua Melayu. Tapi hari tu dah ada Bangla pulak. Dalam hati tertanya gak nape amik Bangla keje situ. Selama ni aku datang barang semua penuh je kat rak. Asal kurang je diorang restock lagi. Hari tu banyak rak kosong. Pekerja Bangla ni wat derk je dia. Sibuk nak susun kotak je. Bukan nak susun barang tu semua kat rak.

Bertempik juga la supervisor Mydin. Dah la Bangla tu tak faham bahasa Melayu. Macam mana dia nak faham arahan. Dengar je buatnya tak. Macam mana pulak boleh lepas keje situ taktau. Communication breakdown!

Mar 14, 2013

Google Reader Retired? Blogger Reading List Gone?

Pagi ni buka je Google Reader (GR), Google announce GR retired mula 1 Julai 2013. Aku macam......ARRGGGHHHH.....macam mana aku nak baca semua reading list aku? Nak bukak blog satu2 leceh kot. Kalau internet laju takpe gak. Kalau pakai broadband? Macam siput kot nak bukak blog orang. Kalau yang berat banyak widget tu la stress. Satu tulisan pun tak keluar. Kemain lembab lagi. Baca dari GR lagi senang kot.

Lepas tu bukak blogger pulak. Haaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh...asal semua blog yang aku follow hilang? Tambah lagi pening kepala aku. Aku mana ada masa nak belek internet sangat. Blog sendiri pun aku belum touch up. Lagi nak godek semua benda yang hilang ni. Haiiiiisshhhhh....tambah stress !