Disable Copy

Aug 1, 2013

LAGU RAYA: Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang

Semua insan sedang gembira...
Di hari ini sayang...
Hari yang mulia...
Marilah bersama berhari raya...
Hilangkan duka...

Lupakan saja kisah yang lalu...
Gantikan cerita baru...
Agar hatimu waspada selalu...
Jangan kau kesalkan...
Jangan engkau tangiskan...

( korus )
Pada mereka yang tak mengerti...
Menuduh dirimu...
Di jurang kesalahan saja...
Ku tak sampai hati...
Biarkan engkau sendiri...

Tetapi diriku dan juga temanmu...
Yang tahu kisah derita...
Dan luka di dada, hanya kuharapkan...
Kau harus bersabar...
Dan bertenang selalu...

(ulang korus)

Mood --> Sedih nak raya...

Benda Baik & Buruk Datang Silih Berganti

Hmm...semalam dapat benda best & tak best.
Mula-mula best sebab boss bagi bonus raya yang aku langsung tak sangka akan dapat.
Yela keje swasta kan, jangan expect tinggi sangat kompeni nak bagi apa.
Kalau tak dapat sendiri gak yang merana.
So bila boss bagi bonus sama banyak macam gomen dapat, syukur sangat dah.

Pastu dapat berita En AA eksiden.
Berderau la jugak darah aku sebab kete remuk kat belakang.
Syukur jugak dia pakai seat belt.
Kalau tak, mau tercampak ke depan.
Alhamdulillah selamat. Luka sikit-sikit. Sengal badan je banyak.

Hari ni timbul masalah lain pulak.
Lebih kepada personal matter.
Arghhh...memang tak boleh menyimpan la camni.
Kalau betul kasihkan seseorang, kena la berkorban ye dak.

Jul 19, 2013

Berharap Jadi Orang Paling Kaya

Sejak aku mengenali siapa Fynn Jamal (dunia maya pastinya), aku sering terjah blog dia. 
Aku akan baca berkali-kali tulisan dia. Kadang-kadang yang entry lama pun aku baca balik.
Lagi-lagi masa jiwa aku tak tenang, banyak masalah.
Apa yang ditulis memang suara hati aku juga. Tapi tak terluah sehebat dia.
Dan pada masa dan ketika ini, aku baca entry beliau yang satu ini berkali-kali.

KLIK untuk ke blog beliau.

kadang2 aku harap sangat aku orang paling kaya dalam dunia.
sebab kadang2 aku rasa aku macam penat dengan semua benda.sebab kadang2 aku tak larat nak bohong diri aku --yang perlu ada cuma cinta.
sebab semua benda, yang untung cuma orang kaya.yang kaya tetap kaya.
ptptn pun nak minta balik.beriya cerita kita semua tak malu hidup berhutang.halang keluar negara segala.
ingat semua orang macam anak2 orang kaya?yang habis kerja masih boleh lepak2 stabak tak kerja?yang kerja pun kalau tidak di pejabat daddy, boleh terus ke luar negara beli master?semua benda boleh beli.jawatan yang layak dibagi dekat kita yang belajar ini dia bagi pada keponakan dia.
nak cakap kita elak bayar hutang konon.
tunjuk aku mana kawasan dalam kawasan selangor yang boleh kita sewa kurang dari 500 ringgit?kalau ada pun, terperuk.
dengan duit transport ke pejabat, sama saja. kadang2 berlebih.
takkan nak menyewa ramai2. dah kahwin, mana boleh begitu?
syukur aku tak ada anak.tak sanggup aku nak jawab pada dia yang aku belum mampu untuk bagi dia segalanya.
yang untung,sentiasa orang kaya.

Ya. Aku pun syukur sebab belum punya anak.
Memang jeles la jugak bila rakan seperjuangan anak dah 3 pun.
Sebab aku sentiasa nak bagi yang terbaik untuk anak aku.
Jangan kata aku tak pernah fikir.
Nama anak, sekolah mana, tusyen mana, extra class apa, hujung minggu nak pergi mana semua aku dah fikir.

Tapi aku bukan Tuhan boleh sebut kun faya kun --> Maka terjadilah.
Sebagai hamba yang hina sudah pastinya aku diuji dan akan terus diuji.

#Zaman aku PTPTN semua pinjaman tak kira berapa pun pointer. Sekarang je baru jadi biasiswa sape dapat Ijazah Kelas Pertama.

Jul 18, 2013

Ayat Pelembut Hati Suami & Anak-Anak


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

(Ayat 200 Surah Al Imran): "Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya."

Bacaan dalam huruf rumi:-

1. Yaaaa Ayyuhalladziina aamanuszbiruu waszaabiruu waraabithuu wattaqullaha la’a'llakum tuflihuuuun.


Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati suami dan anak-anak.

إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِأَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ

Maksud Ayat :-
Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : ‘Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri”.

Bacaan dalam huruf rumi:-

2. Innahuu min sulaimaana wainnahuu bismillaahirrahmaanirrahiiiim. Allaa ta’luu a’layya wa’tuunii muslimiiiin.
(Ayat 30-31 Surah AnNaml)

Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan sebagainya.

Jul 9, 2013

Salam Ramadhan

Puasa 2013

Rasa macam baru je puasa dah masuk bulan puasa lagi.
Cepat sangat masa berlalu. Maknanya usia pun makin meningkat.
Arghhh....aku tak suka fikir pasal umur.
Serius sekarang kalau orang tanya aku umur berapa, aku jawab je 18 =P
Walau mak aku marah aku jawab giru lagi2 kalau orang tua yg tanya, habis tu nak jawab apa.
On the spot aku kena deduct tahun terkini dengan tahun aku lahir.
Cuba dulu2. Segala umur makpak nenek tok adik-beradik aku ingat.
Sekarang....nan hadoooooooo...

Setiap tahun pun tiap kali pose aku niat nak jadi bertambah baik.
Takpe la pelan-pelan kayuh. Jangan tak berubah langsung.
Memang tahun ni sangat mencabar untuk aku.
Dugaan banyak ujian yang berat.
Tapi takpe Allah uji dengan perkara yang mampu aku hadapi, bukan diluar kemampuan aku.
Pahit untuk ditelan sekarang, tapi Insya Allah akan dapat juga kemanisannya nanti.

Selamat Berpuasa Ya Semua...



Jul 3, 2013

Bye Google Reader: Welcome Feedly

Menyampah tau dengan Google sebab stopkan Google Reader (GR). Padahal kat situ la boleh baca blog dengan paling pantas menerusi web. Nak buek camno, den takdo android/smartphone. So baca dari reader la senang. Ringan, takde iklan, takde lagu, takde widget mengarut, kurang masalah loading bagi blog yang banyak gambar.

Jadi, cintaku telah beralih arah kepada Feedly. Sape suruh kamu curang wahai Google Reader. Terpaksa aku cari kekasih hati yang baru. So boleh cekidaut Feedly kat sini (KLIK). Mungkin ramai orang dah tau pasal Feedly. Aku je baru hegeh-hegeh nak explore dek disebabkan GR curang dengan aku.

Interface dia camni. Erm takde la cantik sangat kan heheh =P


So nak login camni la rupa dia. Macam baru belajar grafik je design depan ni.



Ni la paparan dalam tu. Lebih kurang macam GR la juga. Tapi GR kalau yang baru update & aku belum baca dia tunjuk kat belah tepi kiri tu & akan highlight nama pemilik blog. Berapa entry aku belum baca pun dia tunjuk la. Tapi kat Feedly kalau belum baca jadi la macam kat atas ni.


Bila klik kat entry keluar la camni paparan dia. Ok la macam GR juga. Baru je explore. Tak biasa lagi nak klik mana. Tunggu lagi 2-3 hari mesti aku dah expert. heh =) Atas tu blok Kak Filla.

Kalau ikutkan aku lagi suka GR. Yela sebab dah biasa kan. Klik sana sini pun pantas je. Yang Feedly macam siput aku nak klik. Sampai kena fikir dulu nak klik apa. Cuba GR, nak klik apa-apa umpama tindakan refleks takyah guna otak nak fikir. Tapi dah jadi manusia ni kena la biasakan diri untuk terima perubahan. Sampai bila nak duduk di comfort zone je. Baru tukar sikit dah gelabah (aku le tue!). Takpe la aku kan cepat belajar benda lagha-lagha ni. Muahaha......................

Arghhh...seteleh godek-godek, ada je senarai blog yang update kat tepi kiri macam GR. Adoi la aku ni pun.


Jul 2, 2013

Google Reader: Come On Google...

Aiyakkk...google reader dah stop. Hmm...susah la nak baca blog orang dah. Nak buka satu-satu leceh kot kalau tenet slow. Dah la ada blog yg berat banyak widget dengan lagu-lagu lagi. So aku prefer baca dari Google Reader je. Boleh baca 100 blog yang update tak sampai 1 jam. Kalau nak kena buka blog setiap satu, alamat 1 hari 10 blog nak baca pun seperti mimpi.

Google...kenapa stop perkara terhebat yang kamu ada..........!

Jun 14, 2013

Belajar Menjahit Online

Aku mula belajar menjahit masa Form 1 masa cuti sekolah lama tu. Masa tu sebenarnya nak temankan kakak aku je nak belajar jahit. Yela ada orang tu tercabar kan bakal adik ipar terer menjahit. Dan-dan dia jugak nak master dalam jahit-menjahit ni. Tapi sebab kena naik motor nak ke tempat belajar ambil masa dekat setengah jam, maka mak ayah aku mintak aku le temankan. Kot-kot la jadi apa kat tengah jalan kan. Masa tu akak aku tengah darah manis pun. Risau le orang tua aku. Tapi takkan aku nak melangut je kan tengok akak aku kat situ, maka dia pun register nama aku sekali dan tolong bayarkan jugak. Ok la belajar dengan tailor cina.

Form 1 kan kira budak lagi. Kira aku bosan gak la nak menjahit. 1 jam pertama ok la. 2 jam seterusnya mula la muka aku macam tertelan bijik koko. Sakit leher kot jahit ni. Rasanya macam aku lagi banyak main dari belajar. Nasib la nyonya dengan amoi tu tak marah hihihi. Tapi ok la sebulan setengah je belajar aku boleh buat baju kurung dengan baju melayu. Kalau belajar lagi lama maybe kebaya nyonya pun aku dah boleh buat.

Bila dah kerja aku banyak beli baju ready made je. Senang dan cepat. Tapi masalahnya baju beli ni kain dia takde kualiti pastu mahal mencekik. Kalau kain elok pun gigil-gigil tangan nak bayar. Jadi aku tekadkan diri nak jahit baju aku sendiri semula.

Tapi masalahnya bila belajar daripada buku atau internet sumpah aku tak faham step yang ditunjuk. Yela diorang pun nak berbisnes takkan nak share semua ilmu dia kan. Macam sembat leher tu aku tau mata lalat dengan karipap je. Yang tulang belut dengan pucuk rebung tu memang takde rupa pun ikut kat internet tu. Adoi kena cari sifu jugak la kalau macam ni. Sekali ajar boleh faham. Cuma nak cantik elok molek tu kena la prektis banyak kali ye dak.

Jun 13, 2013

Si Busuk Datang Lagi

Hish...aku tak suka betul kawan bos aku yang sorang ni kalau datang. Bau dia boleh buat migrain tau tak. Dah la nak datang tak bagitau. Main terjah je. Macam la bos aku rajin dok ofis. 10x dia datang 20x bos aku takde. Sampai dia kena pergi la rumah bos aku. Sapa suruh tak inform nak datang kan. Merasa la ko ke sana sini cari bos aku. 

May 16, 2013

Hari Guru 2013

Selamat Hari Guru Buat Semua Pendidik...

Kepada semua guru yang pernah mengajar aku sejak tadika sampai la ke universiti aku ucapkan terima kasih sebab didik aku hingga mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Paling utama terima kasih juga kepada bapak & mak aku sebab jadi guru mengaji aku. Alhamdulillah sampai sekarang boleh baca Al-Quran dengan lancar.

Tapi tidaklah berlagu-lagu. Aku mana reti nak bertaranum bagai hihihi. Tapi kalau ada kelas mengaji hujung mengaji hujung minggu yang boleh ajar aku taranum bagus jugak. Ada sesiapa tau kat taman perumahan mana yang ada buat aktiviti ni? Aku nak beli rumah area situ.

Kepada kakak aku, adik perempuan aku, ipar duai aku, sepupu sepapat aku seramai 15 orang itu yang bertugas sebagai guru, aku ucapkan SELAMAT HARI GURU juga. Ramainya keluarga aku cikgu. =)