Sapa guna pc aku ni. Habis semua contact aku dah hilang. Memang la salah aku tak buat back up. Tapi kan kerja kau yang akan terbengkalai bila kau delete semua contact yang ada. Bukan aku je susah, kau lagi susah.
Disable Copy
Dec 28, 2011
Dec 21, 2011
Tentang ASB
Hmm...sebenarnya memang aku nak sangat buat simpanan dalam ASB. Tapi pernah la dengar kenyataan haram pulak tentang ASB ni. Sebab tak pasti kan ke mana duit kita dilaburkan. Kalau tengok dividen memang la boleh terbuntang bijik mata.

Jadi kat mana harus aku laburkan duit aku. Takkan nak simpan bawah bantal. Duit adalah aset yang susut nilai. Jadi harus aku laburkan supaya ia berkembang biak dengan jayanya.
From
To
Kalau duit ada banyak camni pun ok gak.
From
To
Bukan apa. Aku pernah rasa macam mana hidup susah. Nak makan pun susah. Bila ada duit lebih sikit mesti la boleh tolong orang susah pulak kan. Sebab ada orang pernah mintak tolong aku, dan aku memang sangat percayakan dia. Tapi aku tak mampu nak tolong. Sedih tau bila kita tak dapat tolong orang yang kita sayang. Masa tu hanya mampu tolong doa je agar kehidupan dia dilapangkan.
Tapi aku harap biarlah semuanya datang dari sumber yang diberkati. Aku sangat yakin dengan pentingnya keberkatan. Sebab kalau duit berkepuk menggunung sekalipun kalau tak berkat, macam-macam masalah akan timbul dikemudian hari. Maaf tiada penutup yang bagus untuk entry ni =(
Kategori
Critical Thinking
Dec 20, 2011
Melukut Di Tepi Gantang
Di malam yang sunyi
Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi
Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namunkah hanya sekadar
Tinggal kata-kata
Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..
Dulu pernah kau katakan
Sayang..
Ingin mendengarku berlagu riang..
Menawar duka laraku
Lupakan saja..
Derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih..
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu diracun
Oleh kata fitnah
Penuh hina
Hingga kini kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna
bagimu…
Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi
Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namunkah hanya sekadar
Tinggal kata-kata
Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..
Dulu pernah kau katakan
Sayang..
Ingin mendengarku berlagu riang..
Menawar duka laraku
Lupakan saja..
Derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih..
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu diracun
Oleh kata fitnah
Penuh hina
Hingga kini kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna
bagimu…
Lagu ni cukup terkesan dalam hati aku bila si Meng asyik la pasang tv kuat-kuat masa bulan puasa tahun 2008 kalau tak salah. Ada drama apa ntah kat TV3 time sahur tu guna lagu tema ni. Dah la Aisyah yang nyanyi. Memang boleh nangis la. Entah la bila dengar rasa sayu, syahdu, sedih dan macam-macam lagi perasaan bercampur-baur.
Kategori
Hati Nurani,
Kehidupan
Dec 16, 2011
Pokok Kelapak
Tiba-tiba ada pokok kelapa kat tepi ni kan.
Aku nak kuat macam pokok kelapa tu.
Walau dipukul ribut, dilanda ombak, diterkam badai, tetap utuh bertunjangkan akar.
Maksudnya walau banyak mana masalah dan dugaan dalam hidup, aku kena tabahkan hati, tekad dalam diri, berpegang pada perintah Allah sentiasa.
Pernah terbaca dulu dalam artikel mana entah. Pokok kelapa kat pantai timur lebih tinggi dan besar kalau nak dibandingkan dengan belah pantai barat.
Nak tau kenapa?
Sebabnya pantai timur mengadap laut china selatan.
Laut terbentang luas macam tu angin, ribut taufan semua lalu.
Ombaknya bukan kecil-kecil anak.
Tapi sebesar-besar bas.
Sebab tu pokok kelapanya tinggi-tinggi dan kuat.
Lagi kuat cabaran dan rintangan, makin kuat la akarnya.
Makin tinggi la apa yang boleh dicapai.
Kalau belah pantai barat (kat kampung aku la ni).
Pokok kelapanya kemetot sikit.
Yela...selat melaka tu ombaknya kuat mana.
Angin pun sepoi-sepoi bahasa je.
Maklum la dah terhadang dengan pulau sumatera.
Pokok kelapanya pun lemah-gemalai je ditiup angin.
Semua ni aku sinonimkan dengan hidup aku.
Semoga aku tabah dan kuat.
Amin.............
Psst....kalau kat Hawaii entah macam mana la kan. Pulau kecil di tengah-tengah lautan yang terbentang luas. Bayangkan macam mana pokok kelapaknya..........

Kredit: Pak Cik Google (Pantai Terengganu)
Kalau belah pantai barat (kat kampung aku la ni).
Pokok kelapanya kemetot sikit.
Yela...selat melaka tu ombaknya kuat mana.
Angin pun sepoi-sepoi bahasa je.
Maklum la dah terhadang dengan pulau sumatera.
Pokok kelapanya pun lemah-gemalai je ditiup angin.
Kredit: Pak Cik Google (Pantai Port Dickson)
Semua ni aku sinonimkan dengan hidup aku.
Semoga aku tabah dan kuat.
Amin.............
Psst....kalau kat Hawaii entah macam mana la kan. Pulau kecil di tengah-tengah lautan yang terbentang luas. Bayangkan macam mana pokok kelapaknya..........
Kategori
Critical Thinking,
Hati Nurani,
Kehidupan
Dec 14, 2011
Sedar Diri
Tadi ada baca dalam iluvislam. Topik dakwah dan subtopik tazkirah. Tajuk biarlah rahsia. Rasa sebijik kena kat batang hidung sendiri. =(
Kategori
Hati Nurani
Dec 9, 2011
Manusia Pelik #1
Kadang2 aku pelik dengan manusia keliling aku terutamanya yang ada kaitan dengan kerja aku la. Personal life aku tak kisah sangat sebab aku kan anti sosial katanya. Aku utamakan orang2 terdekat aku saja.
Kembali kepada tajuk. Manusia pelik yang aku jumpa. Masing2 berlumba2 nak guna gajet2 terkini. Kalau tak guna nampak kampung la kononnya. Contoh gajet yang orang rebut2 nak dapat:
Kembali kepada tajuk. Manusia pelik yang aku jumpa. Masing2 berlumba2 nak guna gajet2 terkini. Kalau tak guna nampak kampung la kononnya. Contoh gajet yang orang rebut2 nak dapat:
iPad
Galaxy Tab
Galaxy Note
iPhone
Blackberry
Tak kisah la kalau diorang dah duit banyak sangat nak beli benda2 ni semua beli la. Takde sapa nak marah dan halang. Suka hati korang la. Tapi boleh tak gunakan semaksimum mungkin segala kecanggihan benda2 ni. Ni tak sekadar nak reply email pun nak suruh aku ke? Sedangkan orang yang nak diemail tu adalah contact dia, tak kisah supplier/client. Kalau korang sendiri yang email atau call contact korang kan lagi senang. Projek senang nak dapat, harga pun boleh dapat rendah.
Nak aku jugak yang buat. Sedap sangat ke suara aku kat telefon? Bagus sangat ke tatabahasa aku dalam email? Grrr...kalau deal dengan cina diorang tak heran benda2 ni la. Yang penting pada diorang duit masuk je. Adakah aku penting dalam syarikat? Tak kan....aku kan kuli je. Oh patut la. Kuli kan kena buat semua benda. Hishhhhh....Tapi boleh tak wariskan benda2 canggih ni kat aku. Kan senang + cepat aku buat kerja.
Aku rasa diorang guna benda canggih sebab nak show off saja kat orang lain. Tapi tak reti guna. Tau masuk facebook saja. Kesian............
Kategori
Manusia Pelik
Tanda Marah
Pagi ni En AA angin satu badan. Nasib la dia kalau marah dehem2 je banyak kali. Nasib la tak pesen maki hamun. Pelik jugak peel dia marah dia dehem2 je. Tapi nonstop. Nak mention aku kot dia tengah hot.
Kredit: Pak Cik Google
Kategori
Aku dan Dia
Dec 6, 2011
Kenapa Suka Baca Blog Orang
Pagi tadi En AA tanya kenapa aku suka sangat baca blog orang. Dek kerana aku malas nak tegang urat leher nak terangkan aku jawab "Mana ada baca blog orang. Baca artikel kat internet je." Padahal sah-sah info tu aku dapat daripada blog yang aku baca.
Yela...nak beli komik, majalah, surat khabar dsb malas nak keluar duit kan. Konon nak jimat la. Jadi nak cari bahan ilmiah untuk dibaca cari internet la. Bukan semua benda tak elok. Banyak je benda yang baik. Setakat ni dengan membaca blog banyak benda aku belajar. Contohnya pasal kehidupan, keluarga, rumahtangga, anak-anak, jiran, kawan-kawan, perniagaan, dan yang paling aku suka adalah bab kecantikan (dasar pompuan kan). Tetiba rasa nak buat produk review & tips..=)

Dunia Blog
Subscribe to:
Posts (Atom)