Disable Copy

Dec 16, 2011

Pokok Kelapak

Tiba-tiba ada pokok kelapa kat tepi ni kan.
Aku nak kuat macam pokok kelapa tu.
Walau dipukul ribut, dilanda ombak, diterkam badai, tetap utuh bertunjangkan akar.
Maksudnya walau banyak mana masalah dan dugaan dalam hidup, aku kena tabahkan hati, tekad dalam diri, berpegang pada perintah Allah sentiasa.

Pernah terbaca dulu dalam artikel mana entah. Pokok kelapa kat pantai timur lebih tinggi dan besar kalau nak dibandingkan dengan belah pantai barat.
Nak tau kenapa?

Sebabnya pantai timur mengadap laut china selatan.
Laut terbentang luas macam tu angin, ribut taufan semua lalu.
Ombaknya bukan kecil-kecil anak.
Tapi sebesar-besar bas.
Sebab tu pokok kelapanya tinggi-tinggi dan kuat.
Lagi kuat cabaran dan rintangan, makin kuat la akarnya.
Makin tinggi la apa yang boleh dicapai.


Kredit: Pak Cik Google (Pantai Terengganu)


Kalau belah pantai barat (kat kampung aku la ni).
Pokok kelapanya kemetot sikit.
Yela...selat melaka tu ombaknya kuat mana.
Angin pun sepoi-sepoi bahasa je.
Maklum la dah terhadang dengan pulau sumatera.
Pokok kelapanya pun lemah-gemalai je ditiup angin.


Kredit: Pak Cik Google (Pantai Port Dickson)

Semua ni aku sinonimkan dengan hidup aku.
Semoga aku tabah dan kuat.
Amin.............


Psst....kalau kat Hawaii entah macam mana la kan. Pulau kecil di tengah-tengah lautan yang terbentang luas. Bayangkan macam mana pokok kelapaknya..........


2 comments:

Misz-ella said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Cantek gmbr. BTW, setuju dgn entry ini. Kita perlu kuat spt pokok kelapak.

~ Huda Qamar~ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@kakchik@ellaTQ kak chik..mahu kuat seperti kak chik jugak..=)