Disable Copy

Jul 12, 2012

Hidup Tak Seindah Impian Kerana Impian Bukanlah Kenyataan

Selama ni aku bercita-cita tinggi. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku dalam menimba ilmu. Jalan yang dilalui masa tu memang lancar. Ada juga onak duri tapi tak la sampai kena redah lautan api. Aku fikir masa depan aku juga akan menjadi mudah dengan apa yang aku ada pada ketika itu.

Tapi aku silap. Rupanya realiti hidup tidak semudah yang aku sangkakan. Ilmu akademik dengan ilmu kehidupan memang jauh beza. Ada la juga kaitannya tapi teori dengan amali kan tak sama. Indah sungguh saat belajar dulu. Tak banyak benda nak fikir. Hanya fikir belajar, tugasan, exam. Tu je la pun. Perkara lain semua orang fikirkan.

Bila dah tamat belajar baru la bermula cabaran hidup. Susah rupanya nak hidup. Kena fikir macam mana nak makan, mana nak tinggal, bil banyak mana nak bayar, bayar loan lagi, belanja seharian lagi. Banyak betul benda nak bayar. Semuanya perlukan duit. Duit perlu dicari bukan melayang turun dari langit. Nak dapat duit tu pun memang terasa lelahnya. 




Sumber: Pak Cik Google

Ye...kadang-kadang memang rasa macam dah putus asa. Tapi hidup mesti diteruskan. Selagi bernafas selagi bernyawa kena usaha juga. Semua dugaan ini akan buat kita lebih dekat dengan Allah. Mungkin aku telah lalai dan leka dengan tanggungjawab sebagai hamba ni. Ni peringatan yang Allah bagi.

Patut la ramai pelajar cemerlang tetap kecundang dalam hidup. Patut la ramai anak orang miskin orang susah lebih berjaya hidupnya di kemudian hari. Kerana apa, kerana mereka telah terbiasa dengan perit jerih hidup. Hati mereka lebih tabah. Jiwa mereka lebih kental dan cekal. Setakat caci maki dengan pandang rendah orang lain, mereka dah lali. Dah tak peduli pun. 

"Jika Engkau Tidak Sanggup Menahan LELAHNYA BEKERJA, Engkau Harus Menanggung Pahitnya KELAPARAN"

No comments: