Disable Copy

Jul 27, 2012

Rindu Nak Bukak Pose Kat Kampung =(

Setakat 7 hari puasa ni belum lagi buka kat kampung dengan mak bapak. Kalau ikut hati memang nak balik. Tapi sebab tau kudrat aku takat mana je. Hari biasa kalau skip breakfast dengan lunch pun aku boleh gigil kepala lutut. Inikan pulak puasa. Sebab tu aku tak kisah langsung amik heavy breakfast yang kebanyakan orang nak elak. Tapi aku takde hal. Makan nasik campur pagi2 pun ok je.

Kalau setakat balik Sabtu Ahad macam tak berbaloi. Memang tak puas dok rumah pun. Sebab selalu kalau balik paling kejap pun 4 hari lepak kampung. Hilangkan segala rindu pada mak bapak dengan masakan mak semestinya. Tapi biasa aku memang amik cuti seminggu terus.

Rumah yang dok sekarang kadang ada orang kadang takde. Memang bosan der. Buka puasa seorang diri umpama sambut 1 syawal di perantauan hokey. Sambil makan macam dengar lagu dendang perantau pulak. Boleh menitik air mata.  Nak bukak puasa kat luar dengan member2 diorang pun dah ada hidup masing2. Yela umur2 macam aku sekarang mesti la masing2 sibuk bagi laki dengan anak makan kan. Hmm.........what to do........(T_____________T)

MISS MY MOM & FAMILY SO MUCH.............
Rindu nak makan masakan mak...........
Rindu nak buka ramai2 macam masa kecik dulu...............
Rindu nak duduk mengadap juadah walau masa buka lambat lagi (kena book tempat feveret..dekat dengan menu feveret ofkos..dekat dengan jug air feveret juga..senang nak refill =))....................
Rindu nak dengar bising2 berebut part ayam feveret....................
Rindu nak isi air sedap penuh2 untuk kita tapi untuk orang lain letak separuh je =P 
Rindu nak makan 2nd round buka (biasa lepas solat kan lapar balik)..................
Rindu segalanya tentang rumah kat kampung..........................
TAPI PART KENA CUCI PINGGAN 4-5 TRIP MEMANG TAK RINDU .....SEBOLEHNYA NAK NGELAT CUCI PINGGAN....hehehe.............)



No comments: