Disable Copy

Oct 31, 2012

CHANGE...

Ada dapat new job offer. Better daripada sekarang. Jawatan, gaji, kemudahan, faedah. Mestila aku suka sebab syarikat tu lagi besar daripada tempat sekarang ni. Tapi En AA macam tak suka je. Sebabnya jauh, jem, SIBUK, penat, tak banyak masa untuk dia. Sekarang memang la lebih senang. Tapi macam takde masa depan kalau terus kat sini. Masa muda ni la nak kerja teruk-teruk pun. Hasilnya rasa bila dah tua nanti. Kalau nak senang-lenang masa muda, rasa la peritnya bila dah tua.

Tapi aku kena keluar daripada zon selesa. Nak hidup kena banyak berkorban. Lagi-lagi kalau nak hidup senang. Banyak benda lagi aku tak capai. Aku bukan nak puaskan hati orang. Aku nak puaskan hati sendiri. Banyak cita-cita dan target hidup aku tak ikut milestone yang aku tetapkan. Aku nak jadi role model untuk anak-anak aku.

Pasangan patutnya support each other. Kalau nak berjaya dalam hidup la.



Oct 29, 2012

Raya Haji 2012

Sob3...dimulai dengan tangisan dulu (T_____T)

Balik kampung ramai nau yang bertanya aku kena chicken pox ke muka jadi gini. Aku sengih je walau dalam hati nangis jugak. Ini tak boleh jadi. Malas nak jawab ni parut jerawat ye akak2 adik2 makcik2. Rasa macam nak iye kan je kena chicken pox. Ok baiklah terpaksa la aku mencari jalan penyelesaian yang agak ekstrem dari segi kewangan.

BEAUTY IS PAIN =(

 


Oct 23, 2012

Mengidam Ayam Penyet

Walau aku bukan mak buyong tapi aku ni pelik sikit bab makan ni. Kadang-kadang macam teringin sangat nak makan benda tu. Kadang-kadang teringin aiskrim, mi goreng, telur dadar gebu + sambal kicap, cekodok pun ye. Bukan nak makan beria tapi takat lepas anak tekak pun takpe. Macamkan badan 2. Padahal masih berbadan 1 hingga kini =)

Tapi bila orang tengah mengidam ada pulak yang spoilkan, eee geram je rasa. Lupakan hal itu. Ok try gugel cari cara nak buatnya. Nak pergi makan kedai mesti la orang tu taknak kan. Air tangan aku lebih mabeles katanya. Pandai la you nak beli jiwa I kan. Ok sambung cek resepi. Majoriti resepi ayam penyet kat internet ni macam leceh je nak buat. Sampai nak kena tumis butter + rempah bagai untuk tanak nasi. Dah macam nasi ayam pulak kekdahnya. Padahal resepi Jawa biasanya mudah dan tak banyak ragam. Aku tau la sebab aku orang Jawa gak. Setelah godek-godek gugel ni dapat la aku resepi fresh dari Indon. Puas hati aku.

Resepi asal boleh tengok kat SINI. Nak tambah lagi boleh tengok SINI.

Aku salin resepi ayam penyet versi Indon. Mudah, senang, cepat, sedap =)


AYAM PENYET

Kredit: http://www.lestariweb.com

Bahan:

  1. 1/2 Kg ayam (bagian paha, jika ada), cuci bersih.
  2. 250 ml air untuk merebus
  3. 500 ml minyak goreng

Bumbu Halus / Bahan-Bahan:

Bahan Ayam Goreng
Kredit: http://www.lestariweb.com

  1. 2 siung bawang putih / 2 ulas bawang putih
  2. 2 cm kunyit
  3. 1 sdm ketumbar bubuk / 1 sudu makan serbuk ketumbar
  4. 1 sdt garam atau sesuai selera

Sambal:

Bahan Sambal Terasi Penyet
Kredit: http://www.lestariweb.com

  1. 3 cabai merah atau cabe merah keriting, potong2 kasar / 3 biji cili besar (merah) potong kasar
  2. 5 cabe rawit merah / 5 biji cili api/padi/hidup
  3. 1 buah tomat merah ukuran sedang, potong2 kasar / 1 biji tomato potong kasar
  4. 1 sdt terasi goreng / bakar / belacan kot 1 sudu teh
  5. 1/2 sdt gula
  6. garam secukupnya


Cara Membuat:

  1. Ayam Goreng : Haluskan bahan bumbu halus dengan cobek.
  2. Jika anda menggunakan blender, tambahkan air secukupnya ke dalam blender untuk mempermudah proses penghancuran.
  3. Rebus ayam dan bumbu halus dengan api sedang hingga air menyusut dan ayam matang. Angkat. Tiriskan ayam.
  4. Cicipi sisa kaldu, jika perlu tambahkan garam sesuai selera.
  5. Sambal Terasi Penyet : Potong-potong kecil cabe merah.
  6. Ulek cabe merah, cabe rawit dalam cobek sampai halus.
  7. Tambahkan irisan tomat, ulek lagi sampai halus.
  8. Tambahkan terasi, ulek sampai rata.
  9. Tambahkan gula pasir dan garam sesuai selera. Aduk rata.
  10. Ayam Goreng : Panaskan minyak goreng. Celupkan potongan ayam rebus ke dalam sisa kaldu, goreng ayam dalam minyak yang banyak dan panas di atas api besar sampai kering. Tiriskan.
  11. Taruh ayam goreng panas-panas dalam cobek, tekan dengan ulekan.
  12. Hidangkan dengan nasi hangat dan lalapan mentah.



TEMPE PENYET

Tempe Penyet
Kredit: http://www.lestariweb.com

Bahan:

  1. 250 gr Tempe
  2. Ketimun, iris sesuai selera
  3. Segenggam daun kemangi

Sambal Kencur:

  1. 3 - 5 bh cabe rawit merah
  2. 1 bh cabe merah besar, cincang kasar
  3. 1 bh bawang putih
  4. 1 bh tomat ukuran sedang atau separo tomat besar
  5. 1 sdt terasi matang
  6. 1 cm kencur, kupas

Bahan Tempe Penyet
Kredit: http://www.lestariweb.com


Cara Membuat:

  1. Tempe Goreng: Iris tempe sesuai selera, rendam dalam air garam, goreng dan tiriskan.
  2. Sambal Kencur : Goreng bawang putih sampai agak kecoklatan.
  3. Ulek bawang putih goreng, cabe merah, cabe rawit dan kencur sampai halus.
  4. Masukan tomat, ulek sekali lagi sampai halus.
  5. Tambahkan terasi matang dan garam aduk rata.
  6. Tambahkan sedikit gula pasir jika suka.
  7. Penyet tempe goreng dengan ulekan.
  8. Sajikan segera dengan nasi panas, lalapan ketimun dan kemangi.


*Amacam, teruja tak tengok resepi asal Jawa ni =P

Jangan Peduli

Rasa nak tersenyum je baca quote ni:
"Do not care what others would say. If they absent during our struggle please do not be present during our success."
Ada betulnya. Masa susah batang hidung sorang pun tak nampak. Bila dah berjaya masing-masing pandai pulak nak mengaku sedara ke kawan ke sahabat ke bau-bau bacang ke. DUNIA... !

Oct 15, 2012

Ikut Cara MAMAK

Aku baca dekat SINI. Tapi aku tulis yang penting je ok.


Tiru kejayaan kedai mamak

Dalam dunia perkhidmatan, ramai peniaga Melayu yang memandang remeh keperluan menyediakan jumlah kakitangan yang cukup untuk melayan para pelanggan mereka. Kebanyakan daripada syarikat perniagaan perkhidmatan Melayu, hanya sanggup menyediakan kerani yang kerjanya terlalu 'multi tasking'.


Kerani itulah yang membuat segala kerja administrasi yang tak pernah habis dan kerani itu jugalah yang melayan segala komplen atau pertanyaan pelanggan atau prospek pelanggan. Itu menyebabkan produktiviti merosot dan pelanggan rasa tidak puas hati.


Jika kita pandang serius untuk memuaskan hati pelanggan dalam industri yang berorientasikan perkhidmatan, kita tidak boleh pandang remeh terhadap penyediaan satu kumpulan kakitangan yang kerjanya memastikan kehendak pelanggan dipenuhi dengan segera dan berkesan.


Saya sering membuat servis kereta Nissan di pusat servis Nissan. Mereka menyediakan satu kumpulan customer servis yang mencukupi semata-mata untuk melayan pelanggan dari peringkat tempahan sehinggalah kereta pelanggan siap diservis. Kumpulan ini juga bertanggung jawab membuat panggilan susulan dalam tempoh beberapa hari selesainya servis. Begitulah hebatnya mereka memahami makna "customers satisfaction".


Antara perniagaan perkhidmatan yang boleh meniru cara kedai mamak adalah:

  • Khidmat pest control
  • Khidmat potong rumput
  • Khidmat pembantu rumah
  • Khidmat pembersihan
  • Khidmat penghantaran
  • Khidmat penyelengaraan 
Banyak lagi perniagaan seumpama yang saya sebutkan di atas yang mengambil ringan terhadap melayan kehendak pelanggan sedangkan jumlah pelanggan mereka bukannya sedikit. Amat malang jika kita mencampur adukkan pekerja operasi dengan pekerja khidmat pelanggan.


Kumpulan operasi perlu memberikan tumpuan pada kerja teknikal dan pastikan kerja mereka berkesan, mantap dan berjaya. Manakala kumpulan khidmat pelanggan pula berkewajipan menyampaikan maklumat progres kerja yang cemerlang tersebut pada pelanggan dengan cara yang disukai oleh pelanggan dan ini perlu latihan yang berlainan berbanding kumpulan operasi.


Untuk mereka yang perniagaannya ada proses melayan pelanggan, jangan kemut duit untuk melabur sumber manusia dalam menjalankan tugasan tersebut. Amat malang jika anda mahukan pelanggan berpuasa hati dan dalam masa yang sama tidak ada seorangpun kumpulan kakitangan khas yang memberi tumpuan pada faktor utama kejayaan perniagaan anda. Ayuh segera bertindak!


***Uhuk uhuk uhuk....Akulah si multi tasking itew...Sangat setuju dengan penulis asal...

Oct 4, 2012

Hari Gembira Menjadi Duka

Sepatutnya hari ni menggembirakan aku membahagiakan aku. Tapi rupanya hati aku dicalar lagi. Tiada apa hendak aku kata lagi. Bila dikhianati oleh orang yang dibenci/musuh mungkin tiada apa-apa. Memang dasar hati busuk. Tapi bila dikhianati oleh orang yang paling dipercayai memang seolah-olah nyawa direntap. Takpe la. Biarkan dia. Hanya ALLAH akan membalasnya.

Terima kasih.

Oct 1, 2012

Kalau Nak Bahagia Dunia Akhirat

Dengarlah nasihat ibubapa. Patuhilah apa yang dikata mereka selagi tak melanggar batas agama. InsyaAllah segala urusan dunia dan akhirat akan dipermudahkan.

Bisik Hati: Ampunkan anakmu duhai bonda dan ayahanda =(