Disable Copy

Nov 30, 2012

Suamiku...

Suami Kita Di Akhirat Nanti....


MARI kita RENUNGKAN BERSAMA SIAPA SUAMI KITA DI AKHIRAT NANTI... .

MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT KELAK?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin Sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelAki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia
sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali di aberkahwin.

Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir".


*ERM...sape la suami aku nanti...THINKING (-_-)


Nov 23, 2012

Semakin Berusia Kita..Semakin Kurang Cerdas Anak Yang Bakal Dilahirkan..

Cuba baca tajuk kat atas tu. Aku baca kat mana entah tadi. Lupa nak copy link. Sebabnya habis je baca aku terus pangkah. Bukan sebab marah atau benci dengan penulis. Tapi sebab fikir nasib diri.

Siapa yang taknak berumahtangga. Siapa yang taknak ada cahaya mata. Semua orang akan kata MAHU. Aku juga mahu. Dulu aku niat nak kawin umur 21 dan beranak seawal yang boleh. Manusia mampu merancang tapi Allah yang tentukan.

Perlukah aku marah dan buruk sangka pada Allah? Memang la bila tengok kawan-kawan dan orang sekeliling hati aku terdetik untuk ada juga. Tapi nak buat macam mana. BUKAN REZKI aku. Aku dah usaha dan doa. Selebihnya tawakal je pada Allah.

Cuma aku rasa macam marah la jugak bila orang bagi kenyataan elok kawin awal, beranak awal, nanti dah tua anak semua dah besar. Kita pun dah pencen masa tu. Tak perlu susah payah besarkan anak lagi. Lagi-lagi kalau yang cakap tu ilmu agama tinggi. Adakah dia menidakkan kuasa Allah? Rezki, ajal, maut kan kuasa Allah. Pasangan dan anak juga rezki. Rezki kan rahsia Allah. Kita taktau bila, di mana, bagaimana, semua la. Ada cepat ada lambat. Ada sikit ada banyak. Ada cepat dapat cepat hilang. Cepat dapat lama pulak kita pegang. Lambat dapat lambat pergi. Sudah la lambat dapat cepat pulak pergi. Pun ada jugak.

Kredit: Mr Google

Aku akui memang umur aku makin meningkat. Dah dekat 30 pun. Lagi-lagi aku perempuan. Mesti la pasangan aku lagi tua. Lain la kalau aku laki. Dah tua-tua pun laku lagi. Boleh pulak ke nak hukum anak aku nanti tak cerdik? Sedih ok kalau fikir. Tapi aku taknak percaya sangat. Sebab aku tau semua tu kuasa Allah. Anak sulung mak aku lahirkan masa umur 19 tahun dan anak bongsu mak aku lahirkan masa umur 38 tahun. Aku rasa semua adik-beradik aku cerdik je. Yang bongsu tu pun sepanjang masa dapat straight A dalam exam. So otak aku tolak fakta tu. Aku percaya semua tu bergantung pada cara didikan. Kalau didik tak betul lahir anak sulung masa umur 20 pun tak bape cerdik gak jadinya.

Malas dah aku fikir cakap-cakap orang. Kalau layan nanti sakit jiwa pulak dibuatnya. 


Kredit: Mr Google

Kredit: Google jugak

# In shaa Allah. Satu hari nanti akan ada juga potret keluarga aku sendiri. AMIN

Nov 19, 2012

Back To The Future

Sesiapa yang lahir tahun 80an dan sebelumnya mesti pernah tengok cite ni. Sebab cite ni tayang tahun 90an rasanya. Seingat aku masa ni aku sekolah lagi. Aku tak pasti ada berapa siri tapi aku ada la tengok beberapa siri. Best jugak la.

  
Credit: Mr Google

Sebenarnya aku nak kaitkan dengan hidup aku. Yup, kalau boleh undur masa memang aku nak undur balik. Tapi taknak la kembali masa sekolah. Nak kembali lepas SPM. Nak betulkan balik jalan-jalan hidup aku. Jauh sangat aku menyimpangnye kan. 

Tapi malam tadi ada tengok cite 17 Again. 

Credit: Mr Google

Yup, al-kisahnya dia dapat peluang kembali kepada kepada umur 17 tahun. Zaman kegemilangan dia masa sekolah. Potensi dapat biasiswa tinggi. Peluang belajar tinggi sebab dia kategori bijak. Tapi dia tolak semua tu sebab awek dia terpreknen dan dia buat keputusan untuk kahwin. Lepas kawen hidup huru-hara, tunggang-langgang. Yela kawen muda sangat kan banyak masalah. Then nak bercerai.

Dalam tempoh nak cerai tula dia dapat kembali kepada usia 17. Dia nak betulkan la balik hidup dia supaya jadi manusia yang berjaya. Tapi walau dia ubah semua kesilapan tu tapi ia tetap tak mengubah nasib hidup dia. Nak cerita macam panjang la pulak. Tapi kesimpulannya ialah kalau dah takdir & nasib begitu tetap akan jadi begitu. Jadi, macam hidup aku. Kalau aku kembali ke zaman silam sekali[un, walau aku ubah sejarah hidup aku sekalipun, kalau dah nasib & takdir aku camni. Tetap la jadi macam ni. 

Nov 6, 2012

Sedih? Sakit Hati? Benci?

Hari tu ada baca tentang KERETA MAYAT. Ada la part yang aku suka sangat apa yang dia tulis. Fokus dekat tulisan warna merah ye. Aku yang highlight merah tu ye bukan Hamka.


Koleksi 7 hari Kisah laki bini?
 (lagi lagi lagi koleksi kisah laki bini, bab suka duka Laki bini berpisah selama beberapa hari, adohai) 

* Walau Hamka tak pernah tunjuk wife beliau tapi aku sangat yakin wanita itu sangat cantik. Tengok saja gambar di atas =) 
Sabtu--------- 
Aku selalu juga berpimpin tangan dengan bini waktu jalan jalan, dengan syarat: tiada orang yang aku kenal di sekeliling sebab aku tak nak mereka sedih(jika belum kahwin) atau sakit hati(jika kekasih lama) atau meluat nak muntah(jika mereka anti sosial). 
Bila berpimpin tangan dengan bini, kemudian ternampak ustaz atau kawan yang lain, cepat cepat aku lepaskan tangan, dan bini aku tak kecik hatipun, semua faham sudah, kami dah tua, jangan mengada sangat. 
Semalam, jalan dengan bini berpimpin tangan, tiba tiba bini lepaskan tangan dan beredar dengan cepat. 
Kenapa? Malu dengan kekasih lamakah? 
Rupanya ada sales discount beg tangan wanita. 
Hampeh! 
Ps: macam macam hal kisah laki bini, ada ada aje.. : )


#Setuju dengan apa yang dikata. Jangan tunjuk sangat apa yang kita ada dekat orang. Tak kira la harta, aset, pasangan, anak-anak, keluarga. Secara jujurnya aku juga pernah alami situasi camtu. Ye part SEDIH tu. Sedih bila orang ada aku takde, sedih bila orang dapat aku tak dapat. Tapi sebab aku dah didik hati aku supaya tak dengki, irihati, busuk hati, aku hanya lihat dengan pandangan sayu apa yang aku nampak depan mata tu. Cepat-cepat istighfar. Sebab aku tau aku juga ada apa yang mereka takde. Cuma aku taktau apa bendanya la. Allah kan Maha Adil.





Nov 1, 2012

Keje Dari Rumah

Dah lama fikir nak kerja dari rumah. Cuma belum terlaksana je lagi. Suka je kalau jadi surirumah. Boleh didik dan asuh anak sendiri. TAPI...ada tapinya. Aku tak boleh hidup kalau tak pegang duit. Yela zaman sekarang semua kena bayar. Takde yang free. So kena keje jugak walaupun dari rumah.

Lagipun kita taktau pasangan kita hidup berapa lama. Kot tiba-tiba dia mati ke, kawin lain ke, apa yang kita ada untuk teruskan hidup. Kalau pasangan mati tinggalkan duit berkepuk 3 keturunan tak habis makan takpe la juga. Kalau tinggalkan tanah yang ada nilai takpe la juga. Kalau ditinggalkan sehelai sepinggang cane? Anak-anak yang ditinggal tu bukan makan pasir boleh hidup. Kena la juga bersedia. Walau aku doa yang baik-baik je untuk kehidupan aku akan datang, tapi kalau Tuhan nak uji sekelip mata je kan.