Disable Copy

Jan 23, 2013

Jangan Marah

Jangan marah saat ada yang menghina, doakan hinaan berbalik menjadi kemuliaan.
Jangan marah saat ada yang membenci, doakan kebencian menjadi kasih sayang.
Jangan marah saat ada yang menyakiti, doakan sakit itu berubah menjadi kebahagiaan.
Jangan marah saat ada masalah, doakan masalah menjadi LADANG AMAL yang bermanfaat.

Jan 22, 2013

Asyik Lapar Je!

Hai taktau la perut ni banyak cacing ke, metabolisma badan tinggi ke. Tapi aku ni 24 jam lapar. Bangun tidur dah fikir nak makan apa. Tengahari sah-sah kena makan. Malam lagi. Nak tidur kalau lapar tak boleh tidur. Mesti kena makan jugak. Dah la En AA bising kata aku makan tak baca Bismillah la, bela jin la. Hoi dah I lapar acaner? Tengok orang pun serupa I nak telan ok.


Jan 21, 2013

Busuk !

Kepada sesiapa yang kerja melibatkan orang lain, tolonglah berwangi-wangian. Kalau taknak pakai perfume pun pakai la deodorant. Kalau takut boleh sebabkan kanser seperti digembar-gemburkan, tolonglah mandi dan berus gigi. Kalau lepas makan lepas tu terpaksa berdiskusi dengan orang makan la gula-gula ke chewing gum ke apa.

Sebab bila melibatkan kesejahteraan hidung orang lain, tolonglah peka. Aku tak dapat fokus dengan apa yang ko kata ok. Sebab otak aku dah pening mual migrain dengan bau ko. Badan ko, ketiak ko, mulut ko.


Kredit: Google

Tolong la keluarkan sedikit bajet supaya orang selesa dengan ko. Ni top to toe kemain stylo tau bau elok sikit je daripada sampah apa kes. Makan eclipse macam kat atas tu pun dah ok. bukan mahal mana pun. Berlambak kat 7e. Tak pun makan gula-gula Hacks tu. Pun boleh.

Kredit: Google

Tapi eclipse blackcurrent tak pernah mengecewakan aku. Mesti standby ni dalam beg dalam apa jua situasi.

Kredit: Google

Aku bukan suruh ko beli perfume yang harga ratus riban tu. Kang terlebih pakai sampai ada orang naik syahwat dosa pulak. Asal ada bau sedap sikit pun dah ok. Badan busuk tu kan aib. AIB PERLU DITUTUP YE. Kalau bukan diri sendiri yang tutup aib diri nak harap sape lagi. Kalau malas jaga kebersihan jangan jumpa orang. Takde sape pun marah.

Jan 15, 2013

Bersalin di Gomen / Private Hospital

Kalau ikut kata kakak & majoriti kak ipar diorang kata tak kira mana-mana pun sama je sakitnya. Bersalin je kat gomen. Aku ada je cita-cita nak bersalin kat private. Bukan nak kondem GH tapi sebab servis. Bukan GH servis tak bagus sebab kak ipar semua kata sekarang GH dah ada supervisor yang monitor nurse-nurse buat kerja. Mana-mana nurse berkasar ke tengking pesakit ke siap la kena panggil ( Taktau la kena sound ke kena tindakan disiplin ke). Tapi servis GH sekarang dah bagus la.

Tapi ada terbaca kata-kata seorang bakal doktor ni. Boleh rujuk di SINI. Dia kata apa sebagai bakal seorang doktor.

Sumber: Bakal Doktor

"At one point there was more than 10 people in the delivery room. So to those of you who wants some privacy, i suggest you to start saving up money and go to private hospital."
Ok En AA. Marilah kita menabung bersama demi privacy masa I deliver baby hokey. 10 orang nak tengok. Err aku dah le pemalu. Orang suruh bukak tak pasal je aku makin kepit. Tapi kalau takdir Allah dekat GH pun aku redho. Dapat layanan baik Alhamdulillah. Kalau sebaliknya anggap le penghapus dosa diriku yang sangat BANYAK.

Jan 14, 2013

Notis Berhenti

Aku memang dah lama fikir nak resign dari company ni sebab macam-macam sebab yang malas aku senaraikan. Aku memang dah inform big boss pasal ni. Dan aku ada jugak mention nak settlekan semua kerja dalam tangan aku sebelum nak handover kepada orang lain.

Masalahnya sekarang big boss aku patut standby dah sape-sape untuk ganti tempat aku. Orang tengok macamkan aku ni relaks je padahal banyak je keje aku yang rumit lagi kompleks. Lagi 1 aku inform kat big boss nak settlekan keje-keje aku yang masih tak siap sebelum resign. Boleh dia tambah lagi kerja aku. Nanti yang keje yang ada tak siap yang dia tambah tu tergantung pulak.

Tak kisah la. Dalam sebulan dua ni je aku kena sabar. Lepas-lepas ni pandai-pandai la korang cari fail dalam folder PC ni. Ni pun dah cukup bagus aku susun elok-elok fail dalam folder. Sebelum ni takde sape pun pandang aku dok buat keje sorang-sorang. Segala hal ehwal ofis dan mak nenek kompeni aku handle. 

Sampai kerja cuci mencuci bersih membersih pun aku nak kena buat. Belum bab kemas ofis lagi. 10x aku kemas 100x sepah balik. Dah macam nursery pulak memasing perangai macam budak-budak padahal masing2 dah layak shave seminggu 2x. 

Dan antara sebab utama aku nak resign adalah kerana aku serupa pencacai cuci taik orang kat toilet. Padahal masing2 melayu agama islam taktau ke kebersihan tu sebahagian daripada IMAN. Sebab pasal agama kemain masing-masing berkobar nak bersuara lantang. Nak flush jamban lepas guna pun MALAS!

Jan 10, 2013

Jauhi Manusia NEGATIF !

Image Google

Image Google

Image Google

Image Google

Malas nak layan orang negatif. Fikir negatif cakap negatif tingkah laku negatif. Kalau benda salah dikata tak betul takpe gak. Ni yang betul pun dikata tak betul. Dia sorang je yang betul. Lantak kamu le labu. Hidup le dengan cas-cas negatif. Aku ni suka aura-aura positif je. Terus naik AURA SERI aku bila aura +ve aku bergabung bersama hati yang luhur eheheh =P 

Kadang-kadang aku curik je aura positif KC ELLA tu ha. Sejuk sikit perut aku walau baru lepas makan nasik lemak. Serius aku kata orang negatif ni walau kita tak dekat dia, tapi jahatnya aura tu sampai sakit hati & kepala bawak ke tido. Kadang sambung lagi lepas tu. Asyik rasa nak marah rasa tak puas hati. Nyah kau syaitonnnn dari sanubariku......................


Jan 8, 2013

First Who Wants to Be A Millionaire Winner $1,000,000


Hehe...kelakar sangat. ingatkan dia call si ayah nak minta bantuan untuk jawapan terakhir sebelum jadi millionaire. Rupanya dia just nak inform kat si ayah yang dia akan menang 1m tu. =)

Dah lama ni tahun 1999 kot. Muka macam skema je kan. Congrats lagi sekali =)

Benci BOS ?

Lagi 1 aku suka juga baca blog JUTAWAN ni. Banyak tips perniagaan yang dia kongsi memang otak aku boleh terima dengan  hati terbuka.

1 benda yang En Shahabudeen ni kongsi di blog beliau:


5 Perkara Yang Dibenci Terhadap Seorang Boss


1. Tidak Memberitahu Perkara Sebenar – Pekerja sebenarnya menginginkan anda memberitahu secara terus terang perkara yang sebenar. Masalah ini berlaku apabila seseorang boss itu takut memberitahu perkara sebenar kepada pekerjanya.

Contohnya jika seorang pereka grafik membuat sesuatu rekabentuk yang tidak cantik dan tidak menepati apa yang anda mahukan. Terus terang kepadanya mengenai hal ini. Ini adalah lebih baik daripada anda bersembunyi di sebalik kata-kata yang manis.

Ini sebenarnya menjimatkan masa anda dan masa pekerja anda. Jika dari awal hubungan antara pekerja dan anda terlatih sebegini, pekerja anda tentu dapat memahami perkara ini dengan mudah.

Mengkritik dalam bekerja tidak bermakna anda tidak menyukai pekerja itu. Bezakan hal ini dalam diri anda dan beritahu pekerja anda juga mengenai hal ini. Setelah dikritik mungkin anda masih boleh berjenaka bersama mereka selepas itu.

2. Boss Tidak Tahu Semuanya – Anda mengambil pekerja bukan saja untuk membuat kerja fizikal untuk anda. Jika ini yang anda lakukan, maka anda sebenarnya hanya mempunyai buruh sebagai pekerja. Anda perlu mengambil pekerja yang mahir dan mampu berfikir sendiri.
Pekerja seperti ini akan memberitahu anda apa yang patut dilakukan bukannya anda yang memberitahu mereka apa yang patut dilakukan.

Zaman boss tahu segalanya telah berakhir. Jadi sebagai boss “Anda tidak tahu semuanya”, anda adalah ejen untuk membolehkan pekerja anda membawa syarikat anda mencapai tahap yang lebih tinggi. Jadi anda adalah ejen pemangkin dan pemberi sokongan. Bukan lagi ejen pemberi maklumat.

3. Menggunakan Kayu Ukur Yang Sama – Semua pekerja anda mempunyai bidang tugas yang berbeza antara satu sama lain. Jadi kaedah anda mengukur kejayaan mereka juga berbeza.

Anda tidak boleh mengukur kejayaan seorang salesman dengan graphic designer. Ini adalah seperti menilai kuda dan monyet mengikut kemampuan mereka untuk memanjat pokok. Sudah tentu anda sebenarnya membuat penilaian yang salah.

Jadi pastikan anda menilai orang yang berlainan dengan kayu ukur yang berlainan. Ini penting supaya anda tidak mematikan motivasi sesetengah pekerja anda yang lain.

4. Jangan Jadi Boss, Jadilah Pemimpin - Pemimpin dan boss mungkin nampak sama tetapi peranannya nyata berbeza. Sebagai boss, anda ditakuti. Sebagai ketua, anda dihormati.
Boss memainkan peranan untuk menakutkan pekerja supaya mereka bekerja dengan lebih keras. Sekali lagi, kaedah seperti ini sesuai hanya jika pekerja anda ialah buruh atau hamba abdi. Pada zaman sekarang, seseorang boss itu berperanan seperti ketua atau abang dalam rumah tangga.

Dia berperanan untuk memotivasi pekerja dan mencungkil bakat mereka ke satu tahap yang lebih tinggi. Dengan berbuat demikian, mereka akan memberikan yang terbaik kepada anda dari segi hasil kerja mereka.

Jadi kepada para majikan di luar sana. JADILAH PEMIMPIN YANG MEMBIMBING BUKAN JADI PENG-ARAH SAJA =P 

Aku Taknak Kaya !

TIPU....mesti la aku nak kaya hehe =) Kalau ada duit banyak masalah boleh selesai. Cuba takde duit. Bukan masalah pun boleh jadi masalah. Tapi kalau kaya pun semoga aku TAK LUPA DIRI. Yela kaya pun kadang-kadang ujian Allah kan. Ingat tu.

Aku suka sangat baca blog JUTAWAN ni. Sebab aku tak rasa apa yang dia cakap tu teori semata-mata. Dia dah praktikkan baru dia kongsi dengan orang. FREE pulak tu. Sebab ada orang nak share tips-tips niaga ni kan nak suruh kita beli buku la, beli ebook la, pergi ceramah dia la, pergi bengkel dia la, semua kena keluar kos. Yang jutawan yang aku follow blog dia ni, semua tips dia kongsi secara PERCUMA. Yang penting kena ada internet la. Baru boleh baca tips dia ye dak =)

Ok yang aku baca hari ni. Aku tulis point penting je la ye.

Aku tak mau jadi kaya...ayat popular orang kita


Apa yang saya pasti adalah, semua yang mengulangi ayat tersebut memang benar-benar tidak kaya. Mereka sekadar jadi warga biasa yang hanya mampu menyara kehidupan diri sendiri dan anak serta isteri.
Orang yang sama juga, yang mengulang ayat tersebut tidak punya pencapaian yang baik dalam bidang keilmuan. Mereka juga tidak menjadi tempat bergantung orang lain sebagai tempat rujukan masalah serta hukum hakam agama.

Ringkasnya mereka:
  • Tidak ke mana dalam bab ilmu sains
  • Tidak ke mana dalam ilmu agama
  • Tidak ke mana dalam bab kekayaan
Persoalannya, wahai saudara-saudara Islam ku di luar sana, kenapakah kamu terlalu mementingkan diri sendiri? 
  • Kamu belajar ilmu sekadar untuk kegunaan sendiri
  • Kamu belajar agama sekadar untuk lepas masalah diri
  • kamu cari kekayaan sekadar untuk kegunaan sendiri.
Apakah begitu anutan yang perlu dianuti oleh semua umat Islam?

Jika jawapannya tidak, maka sila pilih sesuatu untuk anda mendalami dan menempa kejayaan dalam kehidupan anda yang singkat ini.

Jika keusahawanan yang anda pilih, binalah sebesar-besarnya, untuk anda dan juga untuk masyarakat. Bukan pentingkan diri sekadar untuk lepas anak bini dan yang lain biarkan mereka mampus usaha sendiri!

Jika anda ustaz, jadilah ilmuan sekurang-kurangnya ke tahap Mujtahid. Biarlah anda menjadi rujukan di mana saja anda tinggal. Bukannya sekadar tahu serba sedikit untuk anak bini saja.
Jika anda ahli sains, jadilah pakar yang menyumbang kepada masyarakat dengan kemudahan teknologi yang baik. Biarlah anda mampu menjadi tempat berlindung dan pusat berteduh mereka yang ada di sekeliling anda. jangan sekadar tahu serba sedikit khas untuk anak bini anda saja!

Oleh itu, bagi para usahawan, janganlah segan silu menyatakan azam dan tekad anda untuk berjaya. Saya yakin anda pilih keusahawanan kerana anda bukanlah seorang ulama.
Kalau anda tak boleh berikan sumbangan ilmu sebagai seorang ulama, maka berilah sumbangan lain yang mampu anda lakukan, berilah sumbangan ekonomi pada umat Islam!

Selepas ini diharapkan tiada lagi pembaca yang sekadar mahu menyorok dan menjalani kehidupan sendiri tanpa sedikitpun memikirkan tentang apa nasib saudara sekeliling kita! Bangun dan jadilah penyumbang yang hebat.

Cuba bagitau aku tang mana salahnya apa yang En Subhi ni kata. Aku setuju 200% kata-kata beliau. Jangan pentingkan diri ye. Bantulah orang-orang keliling kita. ERTI HIDUP IALAH DENGAN MEMBERI.......... 

Jan 4, 2013

Mohon Keringanan Dan Kemudahan



Kredit: Darussyifa'

Permulaan awal tahun baru. Semoga yang aku rancang akan dipermudahkan. AMIN.

Lepas tengok/baca/dengar banyak-banyak doa, aku rasa kebanyakannya dah ada dalam Al-Mathurat. Ayat Ruqyah ke doa Manzil ke banyak juga yang terkandung dalam Al-Mathurat. Haishhhhh...............bila aku nak start baca balik taktau. Dulu selalu baca masa matrik je kot. Masuk U dah lalai sikit. Bila mula kerja lagi banyak lalai. Astaghfirullah...........semoga dunia dan akhirat aku seiring.