Disable Copy

Dec 31, 2012

Tata 2012 Hai 2013

Saja la nak mengada gedik update hari terakhir 2012. Hakikatnya memang banyak la pahit manis sepanjang 2012 ni. Nak senaraikan malas le pulak sebab banyak yang tak tercapai. Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku pada masa akan datang. In Shaa Allah.

Harapan untuk 2013 ada banyak. Aku doa semoga tahun 2013 ni lebih gemilang untuk aku. Semoga hidup aku dengan semua kesayangan mendapat lebih keberkatan. AMIN

Aku harap juga dapat lebih rajin menulis entry hidup aku dalam blog ni. Macam sedih juga banyak kenangan yang aku tak masukkan dalam ni. Yela tiap kali nak tulis masa tu la lupa nak gambar. Bila bawak sibuk sangat pulak tak sempat nak ngadap blog. Moga banyak keceriaan 2013 nanti yang boleh aku letak kat sini untuk kenangan.

Semoga 2013 dan tahun-tahun seterusnya merupakan tahun cemerlang untuk aku. AMIN In Shaa Allah....


Dec 21, 2012

Saat Lafaz Sakinah



Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda


AYAHANDAKU
prechorus:
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


chorus:

Dulu esakkannya sandar di bahuku

Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya


SUAMIKU
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


*Indahnya andai dapat si bapa yang menjadi wali dan si ibu bersama di sisi saat diri ini dinikah (T_____T)

*Andai kata Allah takdirkan rasa hidup berumahtangga aku akan suruh bapak aku baca depan suami sambil bersalam tangan antara mereka berdua. Kat Melaka dgn Johor je kot buat camni. Tapi aku nak buat jugak masa aku nanti. Supaya si suami sedar akan tanggunbgjawab dia nanti.


Bila Waktu Telah Berakhir


Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu


Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu


Dunia dipenuhi dengan hiasan

Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya


Bila waktu telah memanggil

Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi

Ruang Rindu


Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke ujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada

Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi

Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Terlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut mencari makna
Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada

Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu ..

Bertemu...

* Cinta tak semestinya memiliki...cinta tak seharusnya didustai dan cinta tidak perlu disulami air mata khianat..oleh itu, andai menyintai,andai menyayangi,andai merindui...tasbihlah kepada Pencipta yang memberikan kita rasa cinta...In Shaa Allah......

Dec 20, 2012

OGAWA Revitalisor

Hari tu ada pergi rumah jiran bawah sebab nak bincang hal-hal rumah. Biasa la dok apartment je kan banyak ragamnya. Memang jarang sangat jumpa jiran-jiran ni. Yela ada yang subuh-subuh dah keluar pergi kerja, nak tengah malam baru balik. Macam aku kerja nak kata dekat tu tak jugak. Jauh sangat pun tak jugak. Kira matahari naik baru aku keluar. Kalau terserempak pun jiran-jiran yang surirumah je la. Yang lain-lain bukan kata nama dia, muka pun tak pernah nampak. Orang bawah ni pun berapa kali sangat la terserempak pun. Tapi masing-masing penat baru balik kerja. Jadi hai2 bye2 jela. 

Kali pertama masuk rumah dia. Cantik jugak. Simple but nice. Siap ada treadmill lagi. Rasa macam nak tumpang sekaki time dia exercise tu. EH, BUKAN MATA AKU MELIAR SUKA CEK APA ADA KAT RUMAH ORANG EK. AKU PERASAN SEBAB MEMANG DEKAT PINTU MASUK. Dan aku tersangat la berkenan pewangi rumah dia ni. Tapi teramat malu pulak nak tanya. Macam kepochi pulak sangat. Sampai terbayang-bayang berhari-hari. Jenuh la nak cari kat internet tapi taktau apa ke nama dia. Last-last dapat jugak jawapannya. Nak tau apa yang aku terbekenan tu.

TADAAAAAAAA........................

Laa...nama dia Ogawa Revitalisor. Ni pun copy dari website Ogawa je. 
Berapa harga dia? Mana nak cari ni? Please help me sebab nak terjah mall or so ever place yang ada jual kura-kura ni. Tapi jiran aku punyer kaler ijo. Macam lagi cantik je ijo macam daun dah rupa.

Nak tau fungsi dia apa. Cekidout:

Get good clean air with a flick of a switch. The Revitalisor gives you a noticeable difference through: 
  • Drawing and treating the air around you
  • Eliminating odours
  • Eliminating bacteria
  • Eliminating fungi
  • Dec 11, 2012

    Hadapi Dengan Senyuman...Tiap Yang Terjadi Tetap Terjadi...


    Hadapi dengan senyuman
    Semua yang terjadi biar terjadi
    Hadapi dengan tenang jiwa
    Semua kan baik baik saja
    Bila ketetapan Tuhan
    Sudah ditetapkan tetaplah sudah
    Tak ada yang bisa merubah
    Dan takkan bisa berubah
    Relakanlah saja ini
    Bahwa semua yang terbaik
    Terbaik untuk kita semua
    Menyerahlah untuk menang

    Nov 30, 2012

    Suamiku...

    Suami Kita Di Akhirat Nanti....


    MARI kita RENUNGKAN BERSAMA SIAPA SUAMI KITA DI AKHIRAT NANTI... .

    MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT KELAK?

    1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

    Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

    2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin Sesudahnya.

    Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

    3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

    Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelAki yang masuk syurga.

    4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

    Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

    5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

    Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia
    sekiranya suaminya masuk syurga.

    6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya

    Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali di aberkahwin.

    Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir".


    *ERM...sape la suami aku nanti...THINKING (-_-)


    Nov 23, 2012

    Semakin Berusia Kita..Semakin Kurang Cerdas Anak Yang Bakal Dilahirkan..

    Cuba baca tajuk kat atas tu. Aku baca kat mana entah tadi. Lupa nak copy link. Sebabnya habis je baca aku terus pangkah. Bukan sebab marah atau benci dengan penulis. Tapi sebab fikir nasib diri.

    Siapa yang taknak berumahtangga. Siapa yang taknak ada cahaya mata. Semua orang akan kata MAHU. Aku juga mahu. Dulu aku niat nak kawin umur 21 dan beranak seawal yang boleh. Manusia mampu merancang tapi Allah yang tentukan.

    Perlukah aku marah dan buruk sangka pada Allah? Memang la bila tengok kawan-kawan dan orang sekeliling hati aku terdetik untuk ada juga. Tapi nak buat macam mana. BUKAN REZKI aku. Aku dah usaha dan doa. Selebihnya tawakal je pada Allah.

    Cuma aku rasa macam marah la jugak bila orang bagi kenyataan elok kawin awal, beranak awal, nanti dah tua anak semua dah besar. Kita pun dah pencen masa tu. Tak perlu susah payah besarkan anak lagi. Lagi-lagi kalau yang cakap tu ilmu agama tinggi. Adakah dia menidakkan kuasa Allah? Rezki, ajal, maut kan kuasa Allah. Pasangan dan anak juga rezki. Rezki kan rahsia Allah. Kita taktau bila, di mana, bagaimana, semua la. Ada cepat ada lambat. Ada sikit ada banyak. Ada cepat dapat cepat hilang. Cepat dapat lama pulak kita pegang. Lambat dapat lambat pergi. Sudah la lambat dapat cepat pulak pergi. Pun ada jugak.

    Kredit: Mr Google

    Aku akui memang umur aku makin meningkat. Dah dekat 30 pun. Lagi-lagi aku perempuan. Mesti la pasangan aku lagi tua. Lain la kalau aku laki. Dah tua-tua pun laku lagi. Boleh pulak ke nak hukum anak aku nanti tak cerdik? Sedih ok kalau fikir. Tapi aku taknak percaya sangat. Sebab aku tau semua tu kuasa Allah. Anak sulung mak aku lahirkan masa umur 19 tahun dan anak bongsu mak aku lahirkan masa umur 38 tahun. Aku rasa semua adik-beradik aku cerdik je. Yang bongsu tu pun sepanjang masa dapat straight A dalam exam. So otak aku tolak fakta tu. Aku percaya semua tu bergantung pada cara didikan. Kalau didik tak betul lahir anak sulung masa umur 20 pun tak bape cerdik gak jadinya.

    Malas dah aku fikir cakap-cakap orang. Kalau layan nanti sakit jiwa pulak dibuatnya. 


    Kredit: Mr Google

    Kredit: Google jugak

    # In shaa Allah. Satu hari nanti akan ada juga potret keluarga aku sendiri. AMIN

    Nov 19, 2012

    Back To The Future

    Sesiapa yang lahir tahun 80an dan sebelumnya mesti pernah tengok cite ni. Sebab cite ni tayang tahun 90an rasanya. Seingat aku masa ni aku sekolah lagi. Aku tak pasti ada berapa siri tapi aku ada la tengok beberapa siri. Best jugak la.

      
    Credit: Mr Google

    Sebenarnya aku nak kaitkan dengan hidup aku. Yup, kalau boleh undur masa memang aku nak undur balik. Tapi taknak la kembali masa sekolah. Nak kembali lepas SPM. Nak betulkan balik jalan-jalan hidup aku. Jauh sangat aku menyimpangnye kan. 

    Tapi malam tadi ada tengok cite 17 Again. 

    Credit: Mr Google

    Yup, al-kisahnya dia dapat peluang kembali kepada kepada umur 17 tahun. Zaman kegemilangan dia masa sekolah. Potensi dapat biasiswa tinggi. Peluang belajar tinggi sebab dia kategori bijak. Tapi dia tolak semua tu sebab awek dia terpreknen dan dia buat keputusan untuk kahwin. Lepas kawen hidup huru-hara, tunggang-langgang. Yela kawen muda sangat kan banyak masalah. Then nak bercerai.

    Dalam tempoh nak cerai tula dia dapat kembali kepada usia 17. Dia nak betulkan la balik hidup dia supaya jadi manusia yang berjaya. Tapi walau dia ubah semua kesilapan tu tapi ia tetap tak mengubah nasib hidup dia. Nak cerita macam panjang la pulak. Tapi kesimpulannya ialah kalau dah takdir & nasib begitu tetap akan jadi begitu. Jadi, macam hidup aku. Kalau aku kembali ke zaman silam sekali[un, walau aku ubah sejarah hidup aku sekalipun, kalau dah nasib & takdir aku camni. Tetap la jadi macam ni. 

    Nov 6, 2012

    Sedih? Sakit Hati? Benci?

    Hari tu ada baca tentang KERETA MAYAT. Ada la part yang aku suka sangat apa yang dia tulis. Fokus dekat tulisan warna merah ye. Aku yang highlight merah tu ye bukan Hamka.


    Koleksi 7 hari Kisah laki bini?
     (lagi lagi lagi koleksi kisah laki bini, bab suka duka Laki bini berpisah selama beberapa hari, adohai) 

    * Walau Hamka tak pernah tunjuk wife beliau tapi aku sangat yakin wanita itu sangat cantik. Tengok saja gambar di atas =) 
    Sabtu--------- 
    Aku selalu juga berpimpin tangan dengan bini waktu jalan jalan, dengan syarat: tiada orang yang aku kenal di sekeliling sebab aku tak nak mereka sedih(jika belum kahwin) atau sakit hati(jika kekasih lama) atau meluat nak muntah(jika mereka anti sosial). 
    Bila berpimpin tangan dengan bini, kemudian ternampak ustaz atau kawan yang lain, cepat cepat aku lepaskan tangan, dan bini aku tak kecik hatipun, semua faham sudah, kami dah tua, jangan mengada sangat. 
    Semalam, jalan dengan bini berpimpin tangan, tiba tiba bini lepaskan tangan dan beredar dengan cepat. 
    Kenapa? Malu dengan kekasih lamakah? 
    Rupanya ada sales discount beg tangan wanita. 
    Hampeh! 
    Ps: macam macam hal kisah laki bini, ada ada aje.. : )


    #Setuju dengan apa yang dikata. Jangan tunjuk sangat apa yang kita ada dekat orang. Tak kira la harta, aset, pasangan, anak-anak, keluarga. Secara jujurnya aku juga pernah alami situasi camtu. Ye part SEDIH tu. Sedih bila orang ada aku takde, sedih bila orang dapat aku tak dapat. Tapi sebab aku dah didik hati aku supaya tak dengki, irihati, busuk hati, aku hanya lihat dengan pandangan sayu apa yang aku nampak depan mata tu. Cepat-cepat istighfar. Sebab aku tau aku juga ada apa yang mereka takde. Cuma aku taktau apa bendanya la. Allah kan Maha Adil.