Disable Copy

Sep 14, 2012

Baju Raya 2012 & Mesin Jahit Baru

Seperti biasa, aku ratu baju raya readymade. Jadi setiap tahun pun lagi berapa hari nak raya baru gelupur cari baju. Bajet body macam model. Kat mana-mana pun ada saiz =P Padahal lelemaks dah mula tersentil sana sini. TAK SUKA TAK SUKA TAK SUKA =(

Tapi tahun 2012 sangat la mengecewakan. Takde baju yang cun ok (ke aku yang siput sangat orang semua dah grab baju yang cantik-cantik). Entah berapa puluh kedai la keluar masuk. Belum kira entah berapa je mall yang diterjah. Tapi keluar dengan tangan kosong. Berbulu je En AA tengokkan. Jantanssss kan tak suka jalan-jalan cari baju camni. Cuba bawak gi tempat accessory kerete ke, gi tengok bola ke, gi tempat gajet-gajet ke. Laga-laga montot dengan orang pun sanggup aje kan you.

On the way balik kampung sebelum raya pun sempat lagi ronda cari baju raya dekat area pekan. Tapi NAN HADO =( Sedih je raya dengan baju lama. Orang lain kemain baju liplap-liplap. Meletops sangat. Aku je pakai baju asal ado kan.

Nak buat macam mana. Trend 2012 dalam kebanyakan kedai yang aku masuk bajunye:

  1. Sangat jarang - pakai baju 2 3 lapis pun boleh tembus kot. Sangat transparent. Dah la aku tak suka pakai baju berlapis-lapis. Nak suruh aku berinner bagai dengan baju kurung? Kirim salam je la. Malaysia ni panas ok. Lagi mauk aku pakai baju lapis-lapis. Bukan semua rumah ada aircond.
  2. Sarat manik & labuci - kalau sikit-sikit tu aku boleh terima lagi. Ni sampai sarat barat. Budak kecik ke anak buah tarik sikit mau terburai semua manik. Dah la tak boleh cuci mesin. Jadi keje pulak nak gonyoh pakai tangan.
Memang monyok je la balik kampung hari tu. Yela takde baju raya kan. Tak semangat hokey. Tetiba masa nak otter jubah yang aku present kat mak, tengok mesin jahit mak dah lain.

Dulu pakai yang ini ye:
*Bukan mak aku punye tapi pesennye lebih kurang gini ler

Sekarang dah pakai ini:
*Bukan mak aku punyer jugak tapi pesen ni ler mak baru beli

Aku dah cuba-try-test mesin baru mak aku ni. Memang terbaik la. Pelbagai fungsi. Dengan jahit tepi, sulam, jahit lurus tapi zig-zag, jahit mata lalat, karipap, tulang belut dan macam-macam lagi yang aku tak sempat explore masa balik kampung hari tu. Tapi memang aku dah TERBERKENAN. 

Sekali tanya mak berapa harga. OPOCOT! 2k++ ko. Tanjat gegel tau. Boleh tahan mak aku ni jahit baju koyak dengan kaki seluar bapak aku je pun mak aku sanggup beli yang ni. Alasannya: "Senang mak nak masuk benang guna mesin ni. Tak payah jegil bijik mata tengok lubang jarum kecik." Ye lah mak. Asalkan mak bahagia beli je la ape pun. Anakanda bagi duit tu untuk mak beli apa yang mak kenan la. Mintak kat En Apak mesti susah kan. Pompuan kan keinginan macam-macam. Sama la macam aku =P 

Tetiba teringin nak sambung belajar jahit. Nak masuk kelas yang lagi advance. Dulu belajar buat baju kurung je. Baju melayu teluk belanga ok ingat sikit. Cekak musang entah kenapa langsung terdelete dalam memory aku =( Teringin nak belajar pesen lain pulak. Barulah ada variety. Nak buat baju raya sendiri. Sedih tau 2012 takde baju raya.

En AA...I nak mesin ni jugak. Present la sempena belated bday I. 

No comments: