Kata-kata ni dipetik daripada Ustazah Fatimah Syarha. Suka sangat baca tulisan beliau. Ringkas, padat, mudah difahami, juga menusuk kalbu (akibat terkena batang hidung sendiri =P).
Nabi memujuk, “Seorang mukmin yang bergaul dengan masyarakat dan sabar dengan kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan oleh masyarakatnya, adalah lebih besar ganjarannya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas kepedihan, kepayahan dan kejahatan masyarakatnya.” (HR. Bukhari, al-Tirmizi dan Ahmad, sahih).
Ya, Allah, kami mengadu kepada-Mu dengan sikap manusia yang suka tergesa-gesa menghukum.
Kita tidak perlu membalas sikap keras mereka dengan kekerasan yang sama.
Selagi Bukan Dosa, Bebaslah Memilih...
Tenang dan yakinlah dengan setiap pilihan hidupmu.
Selagi ia bukan dosa, nikmatilah kebebasanmu memilih mengikut cita rasamu sendiri.
Berbahagialah menjadi diri sendiri.
Pandangan manusia itu penting tapi memuaskan pandangan mereka semuanya adalah suatu tindakan yang ‘gila’.
Paling penting, tiada konflik antara pilihanmu dengan kehendak Tuhanmu. =)
Payahnya melangkah sebagai manusia, jika ingin memenuhi kepuasan semua orang.
Relatif dan pelbagai.
Kata pepatah Arab, kepuasan manusia adalah matlamat yang mustahil boleh dicapai.
Nabi memujuk, “Seorang mukmin yang bergaul dengan masyarakat dan sabar dengan kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan oleh masyarakatnya, adalah lebih besar ganjarannya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas kepedihan, kepayahan dan kejahatan masyarakatnya.” (HR. Bukhari, al-Tirmizi dan Ahmad, sahih).
Ya, Allah, kami mengadu kepada-Mu dengan sikap manusia yang suka tergesa-gesa menghukum.
Kita tidak perlu membalas sikap keras mereka dengan kekerasan yang sama.
Biar kita tersalah tidak menghukum daripada tersalah menghukum.
QUOTE YANG PALING AKU SUKA =)
"Nikmatilah 'kemudahan' memilih apa yang baik selagi masih dalam batasan tanpa perlu terikat dengan 'kesukaan' orang yang pelbagai."
"Jika mereka tetap ingin melabel dan mengumpat, tersenyumlah."
"Sedih itu fitrah tapi usah bersedih-sedih. Di akhirat nanti, kita perlukan mereka untuk memikul dosa kita. Kita juga boleh mengikis pahala mereka. Indah bukan? "
No comments:
Post a Comment