Disable Copy

Sep 14, 2012

Pergi Jauh

Cerita lama. Dalam seminggu lepas raya tapi baru ada masa nak tulis. Hari tu ada baca cerita adik Kak Filla iaitu Busu yang telah kembali bertemu Allah. Walau aku dengan Kak Filla kat luar andai bertemu batang hidung sekalipun sah-sah dia tak kenal aku. Tapi entah kenapa aku sedih, terkejut, tersentak dengan pemergian Busu. Rasa macam kehilangan saudara sendiri. Semoga Kak Filla tabah ok. Ceriakan Wan dengan Atok tau.

Aku terbayangkan berada di tempat Busu. Ciri-ciri sama yang pastinya:

  • Muda
  • Sihat
  • Tiada penyakit kronik
  • Tidak terlibat dengan kemalangan jiwa
Tapi tiba-tiba aku jatuh rebah dan segalanya terhenti. Nafas, nadi, jantung dan semuanya berhenti. Bersedia ke aku? Sudah la dosa aku banyak. Perintah Allah yang wajib pun banyak yang rongak. Yang sunat lagi la jauh. 

Zuriat: aku belum ada anak lagi. Jadi tinggal anak yang soleh takde. Sedekah amal jariah: takat senyum-senyum kambing kat orang (lebih kepada sengih sebenarnya) dengan bagi duit raya pada budak-budak dengan hulur sikit-sikit pada orang tua. Sedekah-sedekah lain macam yilek je. Ilmu yang bermanfaat yang ditinggalkan: lagi la takde. Mengajar budak sekolah tak, menulis buku tak, menulis benda ilmiah kat blog lagi la takde. Apa yang aku tinggalkan bila pergi ke alam lain? (-_-).......

No comments: