Disable Copy

Feb 27, 2013

Job Function

Aku tengah sedih ni. Sedih sangat-sangat. Sampai termenangis, tapi bila orang datang cepat-cepat aku berlagak cool.

Ofis aku ni Sdn Bhd. Tapi staff bape ketul je. Sebab tak ramai maka masing-masing kena multitasking, multiskills dan segala mak nenek multi. Kami umpama sotong yang punya banyak tangan yang boleh buat semua benda dalam satu masa. Aku tak kisah kena handle admin, HR, finance, account, clerk, atau benda-benda berkaitan management. Sebab benda ni boleh belajar sendiri sikit-sikit. Lama-lama tau la selok-belok dia.

Tapi bab teknikal aku memang failed. Aku bukan budak engineering atau budak teknikal. Aku boleh je sambung kabel-kabel barang elektrik / elektronik semua termasuk barang komputer. Tapi tolong la jangan tanya wayar tu jenis apa, brand apa, spec dia apa, akau tau sambung je supaya barang tu berfungsi. Tapi sebab staff teknikal tak berapa ada dan yang ada pun macam chipsmore, aku kena handle benda-benda teknikal.

Macam baru ni, client nak RJ45 cable brand Panduit. Tempat keje aku ni buat trading. Jadi buat reseller je la. Aku mana la tau ape menatang cable yang client nak ni. Cari kat google ada macam-macam. Bos kata nak yang biasa je. Macam mana aku nak tau biasa ke tak kalau result yang keluar masa aku cari dia macam ni:


Ni je dah ada 53 pilihan. Macam mana aku nak tau yang paling biasa tu macam mana.


Bahagian accessories yang dah ada 9 jenis tu je dah ada 3 spec utama. 


Untuk cable assemblies je pun dah ada 9 jenis dan ada 3 main spec jugak.


Untuk modular dah terbahagi kepada 2 jenis.

Aku tunjuk contoh Plugs & Jacks je la. Ni pun Ada 38 jenis.


Ada 6 spec penting yang perlu diambil kira.

Macam mana la aku tak meroyan. Client deal dengan bos & 1 technical staff ni. Aku manusia yang taktau menahu bab teknikal. Suruh sambung ok. Tapi jangan tanya jenis ke spec ke untuk barang teknikal. Aku memang taktau. 

Sebab tu aku memang nak cepat-cepat berhenti. Bukan aku taknak terima cabaran. Kerja-kerja management aku pun dah cukup banyak. Lagi aku nak kenal kabel? Inikan pulak segala electronics/electric component parts. Boleh jadi gila aku.

En AA bila I boleh berhenti kerja ofis ni? I nak kerja dari rumah je. 



Feb 21, 2013

Peniaga Online

Tahun lepas aku ada la beli 1 produk tu. Aku taktau la market price dia berapa. Memang majoriti orang yang jual tak tunjuk pun harga sebenar berapa. Tapi sebab maklumat di hujung jari aku tau la berapa retail price dia. Aku beli jugak dengan sorang akak ni. Memang lebih rendah daripada retail price. Mungkin sebab dia selalu amik banyak dengan pengeluar, dia boleh dapat dengan harga lebih rendah. Aku percaya la dan terus proceed buat payment segala.

Dah lepas 4 bulan. Memang la hasil memberangsangkan. Jadi nak repeat order selalu dia kata boleh dapat lagi murah. Regular customer katanya kan. Order la aku. Mak datok....terkejut aku. Kenapa lagi mahal daripada retail price. Pastu dia claim nak bagi offer kat aku dengan harga sekian-sekian. Lagipun aku ni repeat customer kan. Padahal harga yang dia kata special tu sebijik harga retail. Bukan lagi murah pun.

Taktau la aku nak proceed dengan dia je ke atau cari dealer lain. Tapi dia punya consultation bagus jugak. Respond pun cepat. Tapi tula, taktau dia nak menipu aku ke, strategi bisnes dia dah tukar ke, dia nak untung banyak ke, nak kaya cepat ke, hanya dia yang tau. Tapi aku ni kan repeat customer =( Ke customer dia dah banyak lari so dia ketuk aku harga tu. Entah...tapi aku macam percaya kat dia. Acane???


Feb 20, 2013

Ragam Lelaki

Lelaki ni memang semua benda kena bagitau satu-satu ek. Kalau cakap 10 benda 1 je dia akan buat.

Contoh 1:
"Sayang, tolong basuh baju. Tekan-tekan je mesin tu. Nanti dah siap tolong jemur sekali ek. Sambil-sambil mesin pusing tu tolong la buang sampah kat luar. Dah penuh tu busuk la rumah. Jangan lupa kunci terus gate tu. Kang ada tetamu tak diundang pulak."
Aku kira ada 4 je pertolongan yang diminta. 

Tapi yang dibuat hanyalah masuk baju dalam mesin je. Kira cuci baju je la. Lepas tu ngadap tv ke buka internet ke ngadap paper ke. Nape tak buang sampah. Tak cek & kunci gate. Jemur baju siap cuci apetah lagi. Nak harap lipat lagi la takde bayang.

Solution 1:
"Sayang, tolong basuh baju. Letak sabun. Tekan-tekan je mesin tu."
Dah siap.
"Tolong buang sampah kat luar. "
Dah siap.
"Kunci terus gate tu."
Dah siap.
"Tolong jemur baju dalam mesin tadi." 
Tapi bila cakap camni kata macam bini mengarah pulak, bini bising pulak, bini asyik bebel pulak, macamkan bini tak buat apa pulak. 

Tupun baju kotor semua memang dalam bakul. Baju nursery anak pun dah humban dalam mesin jugak. Kalau tiap bilik ada bakul laundry sendiri nak kena kutipkan jugak. Kalau tak memang bakul sebelah mesin jela yang dicuci.

Banyak lagi nak bagi contoh. Memang jawapan yela I buat la. Buat memang buat tapi yang pertama je. Ayat yang seterusnya dah hilang dalam ingatan. Entah ape je yang difikir lelaki ni sebenarnya. Takpun kena bahagi tugas awal-awal. I masak U cuci pinggan. I basuh baju U sidai. I sapu lantai U mop rumah. I mandikan anak U siapkan kain baju dia. I kemas rumah U main/tidokan anak. I bagi susu anak U cuci berak kencing dia tukar pampers.

Ok...aku setuju idea ni =)

Image: Google

Image: Google

Image: Google

Image: Google

Image: Google

Image: Google


Marketing Strategy

Ada orang bisnes dia kata semua barang dia bagus, berkualiti, berkesan. Katanya dah memang terbukti.

Contoh:- Slimming Product
Kata boleh kurus, boleh pecah lemak, takyah senam pun takpe. Tapi si penjual pulak body 80-100kg. Macam mana orang nak percaya.

Contoh:- Skincare
Dia kata produk tu bagus. Buat muka putih, gebu, licin, takde jerawat. Tapi muka orang yang jual menggerutu, kusam, jerawat, parut jerawat semua ada. Macam mana orang nak percaya.

Contoh:- Supplement
Dia kata yang dia jual bagus nanti anak lahir kulit cantik gebu tak bersisik. Tapi yang dia tunjuk image baby mat saleh yang sah2 putih & pipi bibir pinkish gitu. Dok negara sejuk gitu le kekdahnya. Taknak pulak tunjuk anak sendiri ke, anak sedara sendiri ke, anak jiran yang guna. Kenapa mesti google. Macam mana orang nak percaya.

Dalam hidup aku tak pernah la mengata orang over weight, orang kulit masalah, orang tak sempurna fizikal. Sebab aku pernah juga rasa badan berisi, segala macam benda naik muka. Pernah lalui semua tu. Tapi tak suka la orang nak promote barang dia tapi dia sendiri pun tak guna. Patut diri sendiri dulu jadi testimonial kan. Baru orang yakin dengan apa yang dia jual.

Feb 19, 2013

Mari Belajar Bahasa Inggeris

Masa zaman aku belajar dulu masih guna Bahasa Melayu sampai sekolah menengah. Subjek English je guna Bahasa Inggeris. Tapi mula tahun bila entah kan subjek Math dengan Sc guna English. Aku sokong sangat-sangat walau ramai yang bangkang. Katanya lupa bahasa ibunda la, nak ikut Jepun la belajar guna bahasa negara sendiri je. Dasar pandang ke Timur katanya.

Tapi masyarakat kita ni pandang ke Timur bab bahasa je. Budaya hidup, budaya kerja, integriti, cintakan negara semua tu kenapa tak ikut Jepun. Bab bahasa je suruh ikut. Mungkin diorang taktau yang Jepun memang ada panel untuk alih bahasa semua buku rujukan yang diimport kepada bahasa Jepun. Jadi berlambak buku rujukan dalam bahasa Jepun. Takde hal la nak belajar walau sampai peringkat u sekalipun takde masalah cari rujukan bahasa diorang.

Tapi Malaysia berapa kerat je buku yang dialih bahasa. Nak taknak kena rujuk buku import yang sah-sah guna English. Lagi peringkat menengah dengan u. Nak buat research semua nak cari rujukan dalam bahasa Melayu susah sangat. Yang ada semua English. Kenapa ramai ibubapa yang bangkang? Anak diorang takde kata apa pun. Yang belajar anak kan. Ibubapa pulak yang emo lebih. Konon nanti tak boleh nak ajar anak masa buat homework. Agaknya dia tak pernah tengok berita kot. Ada anak orang miskin yang mak ayah tak habis sekolah boleh je dapat 5A UPSR. Takde pergi tusyen pun mak ayah tak mampu. Harap cikgu sekolah je. Boleh je pandai. Kenapa yang mampu sangat2 tak boleh nak hantar tusyen kalau tak boleh ajar. Math dgn Sc je pun in English. Yang lain masih guna bahasa Melayu kan.

Sampai ada yang kondem pemimpin yang bagi cadangan tu. Suruh belajar bahasa Inggeris bukan suruh ikut budaya diorang. Pemimpin tu suruh kamu cedok segala ilmu bangsa asing. Martabatkan ilmu bangsa sendiri. Kaji apa bangsa lain buat. Kalau kita nak promote negara sendiri pun senang kat orang luar sebab kita kuasai bahasa diorang. Takde la senang2 je orang nak goreng kita, kencing kita, tipu kita. Ada paham kalu?

Tadi baca dalam paper pasal penduduk Gaza nak belajar bahasa musuh. Boleh rujuk SINI (Sinar Harian).

Gaza
Pelajar Palestin jurusan kajian bahasa Ibrani di Universiti Islam di Gaza mengikuti kelas bahasa itu bagi memahami budaya dan pemikiran 'musuh mereka'.

Gaza
Kanak-kanak belajar menulis dan membaca bahasa Ibrani di Sekolah Persediaan Hasan Salama, Gaza.

Gaza
Kanak-kanak belajar menulis dan membaca bahasa Ibrani di Sekolah Persediaan Hasan Salama, Gaza.

Selepas lebih 15 tahun pengajaran bahasa Ibrani dihentikan di sekolah-sekolah Palestin, Kementerian Pendidikan kendalian Hamas di Gaza memutuskan memperkenalkan semula kursus bahasa itu di sekolah kerajaan dari gred tujuh hingga sembilan.
Bahasa Ibrani adalah salah satu bahasa rasmi selepas Arab dituturkan lebih tujuh juta orang di Israel.

Menurut pegawai Kementerian Pelajaran, Sumayya al-Nakhala, penting bagi suatu bangsa mahir menguasai bahasa negara yang mereka duduki kerana Palestin masih berada di bawah pendudukan Israel.

Sungguhpun, tentera mereka telah keluar dari Gaza pada 2005, namun wilayah itu masih bergantung kepada ekonomi Israel dalam pembangunan setempat.
“Pembelajaran Ibrani membuat kan kehidupan pelajar lebih mudah. Mereka dapat memahami media Israel dan dapat berurusan dengan mereka jika perlu berbuat demikian,“ katanya.
Pada ketika ini, ramai penduduk Gaza mampu berkomunikasi dalam bahasa Ibrani, terutama mereka yang bekerja di Israel sebelum pengambilan buruh dari Gaza dihentikan sejak tujuh tahun lalu.

Kini, bilangan terhad penduduk Gaza dibenarkan ke Israel, iaitu pesakit kritikal, ahli perniagaan dan pekerja organisasi antarabangsa.
Pada tahun pertama projek itu dilaksanakan, berpuluh sekolah asas di Gaza mula mempelajari bahasa Ibrani sebagai kelas elektif dalam gred sembilan.
Di Sekolah Persediaan Hasan Salama, di bandar Gaza, pelajar dilatih menulis Ibrani dan pada semester pertama mereka diajar membaca dalam bahasa itu.
Seorang pelajar, Nadine Al-Ashi, 15, berkata, beliau mendapati pembelajaran itu berguna dan menarik untuk dikuasai.

“Ia bahasa musuh kami. Penguasaan ini membantu memahami cara mereka berfikir," katanya.
Guru dari Sekolah Persediaan Nadine, Maysam Al-Khateeb, 45, berkata, walaupun berpuas hati dengan pencapaian pelajarnya, tetapi perkara itu banyak cabarannya.
“Selain perlu mengajar di Gaza dan Israel, medium pembelajaran terpaksa mengambil masa lama untuk disediakan,” katanya.
Menurutnya, bahasa Ibrani tidak lagi diajar di semua sekolah persediaan di Gaza kerana kekurangan guru.

“Kami ingin guru berkelayakan dan dapat mengambil tanggungjawab mengajar bahasa ini secara berterusan,” katanya.
Dalam usaha mendapatkan lebih ramai guru bahasa Ibrani, Universiti Islam Gaza baru-baru ini memperkenalkan program diploma dalam melahirkan lebih ramai tenaga pengajar.
Dekan di Universiti Islam di Gaza, Khaled Al-Kahlout mengatakan, tujuan  program bahasa ini adalah untuk meningkatkan pemahaman budaya lain.
“Ia sangat berfaedah terutama dalam memahami masyarakat Israel yang menjadi jiran penempatan mereka,” katanya.

Seorang pekerja bank, Mohammad, 54, berkata, beliau menyertai program ini selepas melihat iklan kelas tuisyen bahasa Ibrani di bandar Gaza.
“Saya berminat mempelajari banyak bahasa dan bahasa ini adalah penting untuk memahami apa yang berlaku di Israel sebagai sebuah kuasa penjajah,” katanya.
Pensyarah bahasa Inggeris dan Ibrani di Universiti Tel Aviv, Subhi Bahlol berkata, bahasa Ibrani akan digunakan di semua sekolah dan universiti di Gaza kelak.
“Bahasa Ibrani adalah kunci segalanya,” katanya.

Profesor kesusasteraan Ibrani berbangsa Amerika Syarikat, Gilead Morahg memberitahu, pengenalan bahasa Ibrani ke dalam kurikulum di sekolah adalah anjakan pembelajaran yang bagus.

Beliau yang lebih 35 tahun menguasai bahasa itu berpendapat, penduduk Gaza perlu menguasai bahasa tersebut supaya boleh memahami budaya masyarakat yang dianggap musuh untuk sekian lama.

“Mengetahui bahasa dan mengkaji budaya “musuh” mampu mengurangkan satu musuh,” katanya.
Tetapi wajarkan Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat membenarkan kurikulum ini disebarkan terhadap penduduk Palestin, sekali gus menyaksikan penjajahan ‘secara halus’ terus berlaku di Palestin.

Faham tak kenapa pemimpin suruh belajar bahasa asing? Bukan English saja. Nak belajar bahasa lain pun lagi bagus. Tengok Mahadzir Lokman tu. Dengan kuasai bahasa je dia boleh dapat pendapatan puluh2 ribu. Jadi juruacara, jurucakap, translator, baca berita. Sampai CNN pun offer dia keje dengan diorang. Tapi Mahadzir Lokman tolak dengan baik sebab nak jaga ibu dia yang meningkat usia.

Bagus apa tau banyak bahasa. Setakat ni akau tau bahasa Melayu, English, Jawa dengan Arab je sikit2. Kalau boleh aku nak belajar Mandarin, Cina, Korea dengan Jepun. Tengok drama takyah baca subtitle lagi =P

Feb 13, 2013

Aku Makin Gemuk

Oh tidaaakkkkkkkkk............

Sesuatu yang aku tak boleh terima bila meningkat usia. Metabolisma yang semakin menurun! Hoi dulu nak makan apa semua aku boleh telan tanpa ada rasa bersalah langsung. Berat maintain je 45kg. Seluar jeans semua longgar siap kena pakai belt. Kalau tak yang kat pinggang tu boleh turun melepasi montot.

But now, nak sarung masuk peha pun hazab. Yes tu seluar yang sama. Levis saiz 27. Dulu longgar sangat. Sekarang tak muat. Muat la tapi seksa nak pakai seksa masa pakai. Sendat dah. Fuhhhh terpaksa aku diet ni. Taknak la gems =(

Feb 8, 2013

Saat Berjalan Kaki

Lately aku terpaksa naik public transport. Tak suka tapi what to do. Aku hanya rakyat marhaen. Naik public transport bukan la masalah besar. Masalahnya nak ke bus stop terdekat aku kena jalan kaki dekat 1/2 jam. Ni pun jalan laju. Kalau lenggang mak limah mau 1 jam baru sampai. Kalau balik ok la. Tapi kalau pergi, sampai bus stop habis dah baju kena puluh. Harap-harap jangan la bau masam. Harap-harap deodorant aku pakai memberi kesan di tahap maksimum =)

Sebagai perempuan ayu bertudung litup berbaju kurung terkedek-kedek berjalan kaki di gigi jalan raya, mendapat hon daripada pemandu-pemandu yang lalu perkara biasa =P Tapi selalunya lori dengan motor la. Kereta jarang nak hon-hon tak tentu pasal. Ada juga yang berhenti tanya ke mana, kalau sejalan boleh hantar sekali. Being me, aku takkan naik kereta yang orang yang aku tak kenal walaupun perempuan. Kalau niat dia suci murni aku doakan Allah limpahkan rahmat ke atas dirinya. Sedih kot tengok aku bak perempuan melayu terakhir berbeg galas, dengan pegang payung, dengan botol air, dengan nak cover baju kena tiup angin, dengan beju kurung melekat ke badan, totally basah kuyup kena hujan. Hanya wajah dan tudung terpelihara (Bajet ayu le konon!).

Kawasan rumah aku pulak boleh tahan sibuknya. Kira jalan utama. Yang dekat bus stop tu pun sama. Semua benda nak berpusat kat situ. Nak melintas jalan boleh kata agak ngeri la jugak. Dah lama aku didik hati menjadi positif dan baik. Aku doa selalu agar orang juga akan berbuat baik pada aku. Kebanyakan pemandu memang kurang adab di jalan raya. Tapi tiap kali nak lintas biasanya ada je kenderaan yang bagi laluan supaya aku melintas (Jalan tu jalan lurus. Memang banyak kenderaan yang laju tak kira lori, bas, motor, kereta). Ya Allah...semoga mereka yang berbuat baik kepada aku mendapat limpah rahmat daripadaMu Ya Allah.

Image: Google