Disable Copy

Sep 4, 2012

Let Bygones Be Bygones

Dalam entry lepas kan ada aku cite pasal rasa jeles tu. Setelah bermuhasabah diri, aku rasa tak perlu sangat la aku fikir hal tu. Kenapa la aku perlu persoal apa yang orang ada apa yang orang dapat. Sedangkan aku tak tau langsung mungkin dia ada masalah yang lebih besar yang orang tak tau. Lebih baik aku bersyukur dengan apa yang aku ada apa yang aku dapat.

"Don’t compare your life to others’. You have no idea what their JOURNEY is all about."

So, kembali berpijak di bumi nyata. 

Let Bygones Be Bygones:


"Forgive and forget about unpleasant things that have happened in the past. Move on to more important things. What is past history is history. What is done is finished"

Bila aku intai-intai hidup orang lain patutnya aku lebih bersyukur. Banyak sangat nikmat yang Allah bagi pada aku. Jadi lepas ni mungkin aku akan happy-happy saja. Sedih setakat lite-lite tu boleh abaikan. Nak cerita pasal anak cucu pulak. PEACE =)

Aug 28, 2012

Termengintai Orang Itu

Sebab ngantuk sesangat aku cari la bahan bacaan kat internet ni tadi. Kerja-kerja yang dibuat macam ribut tadi semua dah hantar. Jadi nak merehatkan minda la kejap (KONONNYE). Tiba-tiba terbukak page kawan lama. Memang lama sangat pun kenal dia tapi ada la dekat 10 tahun tak jumpa (KAWAN SEKOLAH LER).

Entah kenapa tiba-tiba terasa jeles (SIKIT JE LA). Padahal takde hujung pangkal pun nak jeles dengan dia. Dia apatah lagi langsung takde dosa dengan aku. Istighfar aku banyak-banyak. Setiap orang ada rezki masing-masing. Rezki tu macam-macam. Duit banyak rezki kerja hebat rezki kahwin cepat rezki, dapat zuriat rezki, kereta beso rezki. Tapi jangan la lupa sihat dan hati yang tenang juga rezki. Betapa aku mendongak ke langit sampai tak perasan tanah mana yang aku pijak. 


Astaghfirullah.............kenapa harus aku berkeluh-kesah tak dapat mencapai bintang di langit sedangkan kat depan aku bertaburan intan permata. 

Hidup aku sekarang mungkin begini:

Mungkin akan terduduk, tergolek, atau tersungkur dalam meniti hidup seperti ini:

Tapi aku mesti bangkit dan teguh berdiri dalam menempuh badai berduri ni:

Dalam perjalanan, mungkin akan mendapat teman/pasangan/musuh seperti ini (ambil kesempatan atau ikhlas dalam sama-sama berjuang hanya dia yang tahu):

Melihat kehidupan yang luas terbentang. Termenung nak pilih jalan mana nak dilalui:

Oh, mungkin sudah ternampak ini. Terasa bernafas kembali =)

Di seberang pokok nun jauh kelihatan seperti ini =)):

Dan mungkin juga ini =))):

***Allahu Akbar Tuhan Sekalian Alam. Nikmat mana yang harus kudustakan. Sungguh indah aturanMu***


Standby Mode...

Entah apa-apa je nak standby bagai. Macam kan keje doktor je keje sampai 36 jam. Ye...aku belum tidur lagi sejak semalam. Gara-gara nak kejar dateline kerja. Yang owner project pun 1 hal. Ada ke patut naik je cuti raya dah nak kena submit semua. Sah-sah la ramai yang cuti. Mana sempat nak siap kalau kena hantar lepas je cuti raya. Cuti raya ofkos la sebenar-benarnya cuti. Mana ada nak bukak pc ke laptop ke nak cek email bagai. Kalau pakai android ke smartphone sekalipun confirm takkan cek punya hal-hal kerja masa cuti raya.

Kalau ikut hati memang nak balik awal sikit. Tapi nak buat macam mana. Ada majlis kat rumah kampung. Bukan rumah orang, rumah keluarga sendiri jugak. Kalau tak nampak muka kang orang bunyik pulak. Tunjuk la jugak batang hidung yang tak mancung ni depan orang. Tak nampak jugak siap la kome. Sudahnya sekarang rasa mata ni dah macam panda je. Tak yah nak sorong bantal, baring atas lengan je pun boleh terus hanyut ke alam lain terus. Mengantuksssssssss.

Aug 10, 2012

Raya 2012M/1433H

Nak balik kampung ke tak. Nak balik kampung ke tak. Nak balik tapi sedih =( Tak balik pun sedih jugak =(

Kepada yang nak kata macam-macam ke bukan-bukan tentang aku takpe la. Kalau nak tambah dosa walau hari raya suka hati korang la.

"Nikmatilah 'kemudahan' memilih apa yang baik selagi masih dalam batasan tanpa perlu terikat dengan 'kesukaan' orang yang pelbagai. Jika mereka tetap ingin melabel dan mengumpat, tersenyumlah."

"Sedih itu fitrah tapi usah bersedih-sedih. Di akhirat nanti, kita perlukan mereka untuk memikul dosa kita. Kita juga boleh mengikis pahala mereka. Indah, bukan? Moga Allah sudi ampunkan kita dan mereka."

Terima kasih buat Ustazah Fatimah Syarha . Penulisan ustazah buat jiwa saya tenang kembali. Nak baca blog beliau ada di sini.

Aug 3, 2012

My New Baby

Uhuk2...

My sis baru je dapat baby 1/8 hari tu. Anak ke-4 tapi baby girl dia yang pertama. Seronok sangat le dia dah lama tunggu nak dapat anak dara kan. 3 orang hero tu pun dah besar. Dah pandai bawa diri. Tiada istilah jealous kot. Sayang lagi ada agaknya. Adik bongsu perempuan kan.

My ofismate pun baru je dapat baby tapi baru anak sulung. Mesti la dia happy sesangat kan.

Ok...tumpang happy je la. Malas nak cakap lebih2. Tapi bila diorang tanya bila pulak my turn? Ya Allah...boleh tak aku jawab dengan air mata je (T________T) Entah la...sama ada diorang memang tak sensitif dengan perasaan orang lain ataupun diorang teringin sesangat nak tengok anak aku.


Kredit: Nina Chan

* SPEECHLESS - aku langsung taktau nak jawab apa bila orang tanya. AKU BUKAN TUHAN.

Jul 27, 2012

Rindu Nak Bukak Pose Kat Kampung =(

Setakat 7 hari puasa ni belum lagi buka kat kampung dengan mak bapak. Kalau ikut hati memang nak balik. Tapi sebab tau kudrat aku takat mana je. Hari biasa kalau skip breakfast dengan lunch pun aku boleh gigil kepala lutut. Inikan pulak puasa. Sebab tu aku tak kisah langsung amik heavy breakfast yang kebanyakan orang nak elak. Tapi aku takde hal. Makan nasik campur pagi2 pun ok je.

Kalau setakat balik Sabtu Ahad macam tak berbaloi. Memang tak puas dok rumah pun. Sebab selalu kalau balik paling kejap pun 4 hari lepak kampung. Hilangkan segala rindu pada mak bapak dengan masakan mak semestinya. Tapi biasa aku memang amik cuti seminggu terus.

Rumah yang dok sekarang kadang ada orang kadang takde. Memang bosan der. Buka puasa seorang diri umpama sambut 1 syawal di perantauan hokey. Sambil makan macam dengar lagu dendang perantau pulak. Boleh menitik air mata.  Nak bukak puasa kat luar dengan member2 diorang pun dah ada hidup masing2. Yela umur2 macam aku sekarang mesti la masing2 sibuk bagi laki dengan anak makan kan. Hmm.........what to do........(T_____________T)

MISS MY MOM & FAMILY SO MUCH.............
Rindu nak makan masakan mak...........
Rindu nak buka ramai2 macam masa kecik dulu...............
Rindu nak duduk mengadap juadah walau masa buka lambat lagi (kena book tempat feveret..dekat dengan menu feveret ofkos..dekat dengan jug air feveret juga..senang nak refill =))....................
Rindu nak dengar bising2 berebut part ayam feveret....................
Rindu nak isi air sedap penuh2 untuk kita tapi untuk orang lain letak separuh je =P 
Rindu nak makan 2nd round buka (biasa lepas solat kan lapar balik)..................
Rindu segalanya tentang rumah kat kampung..........................
TAPI PART KENA CUCI PINGGAN 4-5 TRIP MEMANG TAK RINDU .....SEBOLEHNYA NAK NGELAT CUCI PINGGAN....hehehe.............)



Jul 20, 2012

Kronologi Jerawat (Minggu 3)

Skip minggu 2 sebab tak update blog pun.


  • Jerawat baru dah takde
  • Tinggal parut je sikit lagi


Gigih aku tak nak tengok cermin selalu. Yeah memang jadi la petau ni. Kalau tengok selalu macam dulu macam tak surut-surut je jerawat ni. Bekas jerawat pun macam tak hilang-hilang. Tapi bila jarang ngadap cermin, tiap kali tengok macam "Eh, dah takde la jerawat. Eh, dah makin hilang la parut."

=) HAPPY

Jul 12, 2012

Hidup Tak Seindah Impian Kerana Impian Bukanlah Kenyataan

Selama ni aku bercita-cita tinggi. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku dalam menimba ilmu. Jalan yang dilalui masa tu memang lancar. Ada juga onak duri tapi tak la sampai kena redah lautan api. Aku fikir masa depan aku juga akan menjadi mudah dengan apa yang aku ada pada ketika itu.

Tapi aku silap. Rupanya realiti hidup tidak semudah yang aku sangkakan. Ilmu akademik dengan ilmu kehidupan memang jauh beza. Ada la juga kaitannya tapi teori dengan amali kan tak sama. Indah sungguh saat belajar dulu. Tak banyak benda nak fikir. Hanya fikir belajar, tugasan, exam. Tu je la pun. Perkara lain semua orang fikirkan.

Bila dah tamat belajar baru la bermula cabaran hidup. Susah rupanya nak hidup. Kena fikir macam mana nak makan, mana nak tinggal, bil banyak mana nak bayar, bayar loan lagi, belanja seharian lagi. Banyak betul benda nak bayar. Semuanya perlukan duit. Duit perlu dicari bukan melayang turun dari langit. Nak dapat duit tu pun memang terasa lelahnya. 




Sumber: Pak Cik Google

Ye...kadang-kadang memang rasa macam dah putus asa. Tapi hidup mesti diteruskan. Selagi bernafas selagi bernyawa kena usaha juga. Semua dugaan ini akan buat kita lebih dekat dengan Allah. Mungkin aku telah lalai dan leka dengan tanggungjawab sebagai hamba ni. Ni peringatan yang Allah bagi.

Patut la ramai pelajar cemerlang tetap kecundang dalam hidup. Patut la ramai anak orang miskin orang susah lebih berjaya hidupnya di kemudian hari. Kerana apa, kerana mereka telah terbiasa dengan perit jerih hidup. Hati mereka lebih tabah. Jiwa mereka lebih kental dan cekal. Setakat caci maki dengan pandang rendah orang lain, mereka dah lali. Dah tak peduli pun. 

"Jika Engkau Tidak Sanggup Menahan LELAHNYA BEKERJA, Engkau Harus Menanggung Pahitnya KELAPARAN"

Jul 11, 2012

Kronologi Jerawat (Minggu 1)

Selepas seminggu jerawat berumahtangga di wajahku:


  1. Dah surut dah kering pun. Tak la merah-merah lagi jerawat tu.
  2. Tinggal bekas jerawat je lagi. Tak la hitam sangat parut tu. Takat coklat-coklat je. 


Kesimpulan:

  • Jangan picit jerawat - Parut hitam dan lambat hilang (Bekas jerawat bulan 4 pun tak hilang lagi ni T___T)
  • Jangan tepek macam-macam kat jerawat - Parut hitam juga macam burn gitu kat tempat jerawat tu & susah juga nak hilangkan
  • Biar je bagi pulih sendiri macam luka kat badan. Parut kat badan senang je hilang kan kalau luka ke apa. 
TIPS: ***Ada terbaca kat mana entah suruh tekup dengan ais batu kat jerawat tu bagi cepat surut***

Jul 2, 2012

Stress Dengan Jerawat !

Takde angin takde ribut tiba-tiba jerawat bermaharajalela di wajahku =(

Sebenarnya aku tak kisah kalau kulit sedikit gelap tetapi jangan la muka ada jerawat ke bekas jerawat ke. Memang aku pantang nengoknya. Tangan pulak kalau muka ada jerawat punya la gatal nak picit. Dah parut-parut. Tambah lagi jerawat-jerawat yang baru naik. Lagi pulak aku kulit cerah. Segala noda-noda di muka memang jelas kelihatan.


TAK SUKA TAK SUKA TAK SUKA !!!



*Kredit: Pak Cik Google
**Nak letak gambar betul macam seram pulak T____T

Selama ni takde la masalah sangat pun dengan kulit muka. Jerawat sikit-sikit tu biasalah. Pompuan kan macam-macam hormonnya. Hormon bulanan, hormon gatal, hormon stress, macam-macam la. Tapi dalam bulan 6 lepas kemain lagi mencanak naiknya. Padahal aku baru je masuk 27 tahun bulan 6 tu (ehem2 dah makin tua aku ni). Bukan baru masuk 17 hormon tak stabil. 

Antara punca-punca yang aku rasa la kan:

  1. Stress 
    • tak mungkin la kot sebab sejak azali lagi memang aku stress tak kira la hal hidup ke hal keje ke.
  2. Terdedah pada persekitaran (asap, debu, habuk)
    • mungkin la jugak kot sebab lately aku terpaksa guna public transport atas sebab-sebab yang tak boleh nak elak.
  3. Pencuci muka (konon nak makin cun)
    • baru2 ni tukar guna produk lain. ok la seminggu pertama tone warna kulit makin sekata dan lembut je kulit. tapi seminggu lepas tu macam-macam la keluar kat muka ni.
  4. Mekap 
    • memang tak pakai mekap pun. sebab kalau aku mekap bukan makin cun tapi takut orang konpius mana aku mana cik ponti ---> kate je tak reti mekap cik adik oiiiii......
  5. Lain-lain takde kot
    • aku tak fikir punca lain sebab tak penah jadi gini.

PENYELESAIAN:

Dah cuba macam-macam dari cara tradisi ke cara moden memang tak jalan. Orang kata paling koman pun nak hilangkan parut amik masa 6 bulan (OH TIDAK!). Masalahnya sekarang setiap hari ada je naik jerawat baru. Kalau dulu sebulan sekali je kot.

Nanti kalau makin ok aku roger2 la aku guna apa. Sekarang masih try & error. 

***Mintak-mintak masa raya nanti ok la. Kalau tak aku taknak kuar bilik (>_<)***