Disable Copy

Sep 24, 2012

Untuk Kamu...

Sumber: Pok Cik Gugel

Sep 21, 2012

Kerja Banyak TAPI Gaji Sikit...


Ok...marilah kita sama-sama muhasabah diri. En AA sila take note =)

Sep 19, 2012

Selagi Bukan Dosa, Bebaslah Memilih

Kata-kata ni dipetik daripada Ustazah Fatimah Syarha. Suka sangat baca tulisan beliau. Ringkas, padat, mudah difahami, juga menusuk kalbu (akibat terkena batang hidung sendiri =P).


Selagi Bukan Dosa, Bebaslah Memilih...
Tenang dan yakinlah dengan setiap pilihan hidupmu. 
Selagi ia bukan dosa, nikmatilah kebebasanmu memilih mengikut cita rasamu sendiri. 
Berbahagialah menjadi diri sendiri. 
Pandangan manusia itu penting tapi memuaskan pandangan mereka semuanya adalah suatu tindakan yang ‘gila’. 
Paling penting, tiada konflik antara pilihanmu dengan kehendak Tuhanmu. =)

Payahnya melangkah sebagai manusia, jika ingin memenuhi kepuasan semua orang. 
Relatif dan pelbagai. 
Kata pepatah Arab, kepuasan manusia adalah matlamat yang mustahil boleh dicapai.

Nabi memujuk, “Seorang mukmin yang bergaul dengan masyarakat dan sabar dengan kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan oleh masyarakatnya, adalah lebih besar ganjarannya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas kepedihan, kepayahan dan kejahatan masyarakatnya.” (HR. Bukhari, al-Tirmizi dan Ahmad, sahih).

Ya, Allah, kami mengadu kepada-Mu dengan sikap manusia yang suka tergesa-gesa menghukum.
Kita tidak perlu membalas sikap keras mereka dengan kekerasan yang sama. 
Biar kita tersalah tidak menghukum daripada tersalah menghukum.

QUOTE YANG PALING AKU SUKA =)
"Nikmatilah 'kemudahan' memilih apa yang baik selagi masih dalam batasan tanpa perlu terikat dengan 'kesukaan' orang yang pelbagai."

"Jika mereka tetap ingin melabel dan mengumpat, tersenyumlah."


"Sedih itu fitrah tapi usah bersedih-sedih. Di akhirat nanti, kita perlukan mereka untuk memikul dosa kita. Kita juga boleh mengikis pahala mereka. Indah bukan? "



Sep 14, 2012

Baju Raya 2012 & Mesin Jahit Baru

Seperti biasa, aku ratu baju raya readymade. Jadi setiap tahun pun lagi berapa hari nak raya baru gelupur cari baju. Bajet body macam model. Kat mana-mana pun ada saiz =P Padahal lelemaks dah mula tersentil sana sini. TAK SUKA TAK SUKA TAK SUKA =(

Tapi tahun 2012 sangat la mengecewakan. Takde baju yang cun ok (ke aku yang siput sangat orang semua dah grab baju yang cantik-cantik). Entah berapa puluh kedai la keluar masuk. Belum kira entah berapa je mall yang diterjah. Tapi keluar dengan tangan kosong. Berbulu je En AA tengokkan. Jantanssss kan tak suka jalan-jalan cari baju camni. Cuba bawak gi tempat accessory kerete ke, gi tengok bola ke, gi tempat gajet-gajet ke. Laga-laga montot dengan orang pun sanggup aje kan you.

On the way balik kampung sebelum raya pun sempat lagi ronda cari baju raya dekat area pekan. Tapi NAN HADO =( Sedih je raya dengan baju lama. Orang lain kemain baju liplap-liplap. Meletops sangat. Aku je pakai baju asal ado kan.

Nak buat macam mana. Trend 2012 dalam kebanyakan kedai yang aku masuk bajunye:

  1. Sangat jarang - pakai baju 2 3 lapis pun boleh tembus kot. Sangat transparent. Dah la aku tak suka pakai baju berlapis-lapis. Nak suruh aku berinner bagai dengan baju kurung? Kirim salam je la. Malaysia ni panas ok. Lagi mauk aku pakai baju lapis-lapis. Bukan semua rumah ada aircond.
  2. Sarat manik & labuci - kalau sikit-sikit tu aku boleh terima lagi. Ni sampai sarat barat. Budak kecik ke anak buah tarik sikit mau terburai semua manik. Dah la tak boleh cuci mesin. Jadi keje pulak nak gonyoh pakai tangan.
Memang monyok je la balik kampung hari tu. Yela takde baju raya kan. Tak semangat hokey. Tetiba masa nak otter jubah yang aku present kat mak, tengok mesin jahit mak dah lain.

Dulu pakai yang ini ye:
*Bukan mak aku punye tapi pesennye lebih kurang gini ler

Sekarang dah pakai ini:
*Bukan mak aku punyer jugak tapi pesen ni ler mak baru beli

Aku dah cuba-try-test mesin baru mak aku ni. Memang terbaik la. Pelbagai fungsi. Dengan jahit tepi, sulam, jahit lurus tapi zig-zag, jahit mata lalat, karipap, tulang belut dan macam-macam lagi yang aku tak sempat explore masa balik kampung hari tu. Tapi memang aku dah TERBERKENAN. 

Sekali tanya mak berapa harga. OPOCOT! 2k++ ko. Tanjat gegel tau. Boleh tahan mak aku ni jahit baju koyak dengan kaki seluar bapak aku je pun mak aku sanggup beli yang ni. Alasannya: "Senang mak nak masuk benang guna mesin ni. Tak payah jegil bijik mata tengok lubang jarum kecik." Ye lah mak. Asalkan mak bahagia beli je la ape pun. Anakanda bagi duit tu untuk mak beli apa yang mak kenan la. Mintak kat En Apak mesti susah kan. Pompuan kan keinginan macam-macam. Sama la macam aku =P 

Tetiba teringin nak sambung belajar jahit. Nak masuk kelas yang lagi advance. Dulu belajar buat baju kurung je. Baju melayu teluk belanga ok ingat sikit. Cekak musang entah kenapa langsung terdelete dalam memory aku =( Teringin nak belajar pesen lain pulak. Barulah ada variety. Nak buat baju raya sendiri. Sedih tau 2012 takde baju raya.

En AA...I nak mesin ni jugak. Present la sempena belated bday I. 

Pergi Jauh

Cerita lama. Dalam seminggu lepas raya tapi baru ada masa nak tulis. Hari tu ada baca cerita adik Kak Filla iaitu Busu yang telah kembali bertemu Allah. Walau aku dengan Kak Filla kat luar andai bertemu batang hidung sekalipun sah-sah dia tak kenal aku. Tapi entah kenapa aku sedih, terkejut, tersentak dengan pemergian Busu. Rasa macam kehilangan saudara sendiri. Semoga Kak Filla tabah ok. Ceriakan Wan dengan Atok tau.

Aku terbayangkan berada di tempat Busu. Ciri-ciri sama yang pastinya:

  • Muda
  • Sihat
  • Tiada penyakit kronik
  • Tidak terlibat dengan kemalangan jiwa
Tapi tiba-tiba aku jatuh rebah dan segalanya terhenti. Nafas, nadi, jantung dan semuanya berhenti. Bersedia ke aku? Sudah la dosa aku banyak. Perintah Allah yang wajib pun banyak yang rongak. Yang sunat lagi la jauh. 

Zuriat: aku belum ada anak lagi. Jadi tinggal anak yang soleh takde. Sedekah amal jariah: takat senyum-senyum kambing kat orang (lebih kepada sengih sebenarnya) dengan bagi duit raya pada budak-budak dengan hulur sikit-sikit pada orang tua. Sedekah-sedekah lain macam yilek je. Ilmu yang bermanfaat yang ditinggalkan: lagi la takde. Mengajar budak sekolah tak, menulis buku tak, menulis benda ilmiah kat blog lagi la takde. Apa yang aku tinggalkan bila pergi ke alam lain? (-_-).......

Sep 4, 2012

Let Bygones Be Bygones

Dalam entry lepas kan ada aku cite pasal rasa jeles tu. Setelah bermuhasabah diri, aku rasa tak perlu sangat la aku fikir hal tu. Kenapa la aku perlu persoal apa yang orang ada apa yang orang dapat. Sedangkan aku tak tau langsung mungkin dia ada masalah yang lebih besar yang orang tak tau. Lebih baik aku bersyukur dengan apa yang aku ada apa yang aku dapat.

"Don’t compare your life to others’. You have no idea what their JOURNEY is all about."

So, kembali berpijak di bumi nyata. 

Let Bygones Be Bygones:


"Forgive and forget about unpleasant things that have happened in the past. Move on to more important things. What is past history is history. What is done is finished"

Bila aku intai-intai hidup orang lain patutnya aku lebih bersyukur. Banyak sangat nikmat yang Allah bagi pada aku. Jadi lepas ni mungkin aku akan happy-happy saja. Sedih setakat lite-lite tu boleh abaikan. Nak cerita pasal anak cucu pulak. PEACE =)